Salam all,
Hehehehe.... Betullah apa yg korang baca tajuknya 2... Sinopsis TS... Tau... ia... memang... Sepatutnya lama dah sinopsis TS adakan tapi baru skang Cik MI kuarkan... Hahahah... Kesilapat Cik MI... Jom layan sinopsis TS...
Pertemuan mereka berbeza dengan pertemuan orang lain. Pertemuan yang disebabkan amanah dari kedua pihak keluarga. Amanah yang telah berpuluh tahun wujud diantara kedua pihak keluarga. Dan kini, tiba masanya untuk mereka tunaikan.
Aryan Hani- Ya... pada mulanya diri ini tidak dapat menerima kenyataan selepas dirimu memberitahu bahawa dirimu dan diri ini terikat diantara satu sama lain sejak dulu lagi. Namun, lama-kelamaan perasaan aneh mula menguasai hati kecil ini. Saban hari nama dirimu sentiasa meniti di bibir ini. Riak wajah dirimu sentiasa menghiasi pandangan ini. Kedinginan dirimu sentiasa dirasai diri ini. Bila diri ini sudah mengenal pasti perasaan itu, satu rahsia terbongkar dan membuatkan diri ini jauh dari dirimu. Setiap kali memandang dirimu terasa diri ini tertipu. Adakah perasaan aneh itu masih kekal apabila diri ini sudah mengetahui siapa dirimu yang sebenarnya?
Tengku Sarhan- Bukan pinta diri ini untuk bersikap sebegitu. Diri ini hanya ingin mengelakkan dirimu dari jatuh cinta pada diri ini. Kerana diri ini tidak layak untuk cintamu. Kerana diri ini, dirimu menderita atas kehilangan insan yang amat dirimu sayangi. Kerana itu, diri ini bertekad untuk menjarakkan hubungan diantara kita walau hubungan diantara kita sudah tersimpul mati. Namun, sejauh mana usaha diri ini. Akhirnya, diri ini tercundang jua di kakimu. Perasaan cinta semakin berbuku di hati diri ini. Dan ketahuilah sejak dulu lagi diri ini amat mencintaimu.
Perjalanan hidup mereka penuh dengan liku-liku yang tidak dapat mereka hindari. Kehadiran insan ke-tiga diantara mereka menambah rencah di dalam hubungan mereka. Dan akhirnya, satu rahsia yang selama ini dirahsiakan terbongkar. Membuat hubungan mereka yang memang bergelora semakin bergelora. Benarkah tiada kebahagian diantara mereka? Adakah memang takdir mereka sebegitu? Akankah cinta mereka dapat menyelamatkan hubungan itu?
Jeng... jeng... jeng.... Sorry ler... Cik MI xpandai nak wat sinopsis nie... Main tibai aje.. Kalau ada yg faham 2 alhamdulillah.. Kalau ada yg xfaham 2, harap maaflah sbb Cik MI pun xdpt nak nolong... hehehe... Bye3x





2 Batang lolipop untuk Cik MI:
Dah lama tertunggu bila cerita Tengku Sarhan nak diterbitkan???... cerita macam best ja.... dari dulu I FOLLOW....
Wah.... dah stop utk siapkan manuskrip ye? ok best...
i ada baca entry sebelum ni yg cik mi nak ubah part tutttttt yang ada dalam entry sebelum ni. pendapat saya, novel cik mi ni ok je. takde plak part yg berlebihan. setakat yg biasa2 tu rasanya masih boleh di terima. dan saya rasa takde ape yg perlu di ubah. sebabnye, kita dah best baca entry yg sebelum ni. kalau di ubah bebanyak kang, takut tak best plak baca. tapi kalau nak ubah menjadi lebih baik daripada tu dialu2kan... anyway, gud luck for u...
Catat Ulasan