PETANG sabtu yang pada mulanya damai tenang... tiba-tiba terdengar bunyi bising di bilik sebelah. Berkerut dahiku mendengar barang-barang di lemparkan. Pasti, dia mengamuk lagi. Kini, sebab apa dia mengamuk? Pagi tadi sudahlah keluar tergesa-gesa tanpa sempat menyapa aku di ruang dapur dan balik-balik saja, buat perangai.
Aku tidak sangka, lelaki yang selama ini aku kenali dengan sikap lemah lembut, sopan dan penyabar. Rupa-rupanya, seorang yang panas baran dan mudah melenting. Ke mana sikap dia yang dulu aku kenal dia sebagai uncle hensemku? Sikap dia mula berubah menjadi baran dan mudah melenting sejak aku belajar di kolej yang sama dengan tempat dia mengajar. Tak pasti sebab apa sikap dia berubah. Sebelum ini, dia layan aku dengan lemah lembut tapi kini, aku di layan seperti pesalah yang melakukan kesalahan berat. Aku mengeluh.
Abi... sampai bila Aqis kena hidup macam ni? Abi kata dia insan yang terbaik dapat menjaga Aqis selepas Abi tak ada. Tapi sekarang... Abi doakan Aqis hidup bahagia, ye.
Gedegang!!
Aku berpaling apabila terdengar pintu bilik ditutup dengan kasar. Aku lihar dia sedang merenung tajam kearah aku yang sedang duduk di tepi katil. Melihat wajah menyinganya membuat perutku kecut. Tidak berani hendak melawan renungan matanya, aku kalihkan mata kearah lain. Dari hujung mata aku dapat lihat dia berjalan mendekatiku. Cepat-cepat aku bangun dan menjauhkan diri.
"Kalau abang masuk sini nak ajak Aqis gaduh. Aqis tak nak. Aqis dah penat asyik nak bertikam lidah dengan abang. Abang nak tahu sebabnya apa?"
"Sebab Aqis dah bosan hidup dengan abang, kan?!" Jerkah dia tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya. Aku berpaling dan memandang tepat kearahnya.
Aku menggeleng. Ya Allah, sabarkanlah hati hambamu ini.
"Kenapa geleng? Tak betul ke apa yang abang katakan?"
"Malas Aqis nak layan abang."
Aku berlalu, namun lenganku ditarik kasar hingga mukaku tersembam di dada sasa miliknya. Merona merah pipiku kerana ini kali kedua aku berada begitu dekat pada dia selepas aku menangis di dadanya ketika Abi dikuburkan. Aku mendongak memandangnya yang turut terkejut dengan kejadian tadi.
"A.. abang."
Terus dia melepaskan lenganku dan dia meruap wajahnya berkali-kali.
"Maafkan abang." Seraya berkata dia melangkah.
"Apa guna maaf abang sekarang?" Langkahnya terhenti tapi dia tidak berpaling menghadapku.
Sekarang, aku seperti dihembus semangat yang datang dari mana. "Selama setahun abang perlakukan Aqis dengan status yang kabur. Kekadang, Aqis keliru samada kasih sayang yang abang tunjukkan pada Aqis adalah kasih sayang dari ayah atau suami."
Dia berpaling memandangku. "Aqis keliru, bang. Aqis tahu, Aqis membesar di mata abang selama ini tapi itu dulu. Sekarang, Aqis isteri abang."
"Aqis... kita bincang kemudian." Kedengaran suaranya mengendur.
Aku mengetap bibir. Setiap kali aku bangkitkan soalan itu pasti jawapan itu yang keluar dari bibirnya.
"Sampai bila abang nak mengelak. Sampai Aqis dah tak ada dekat depan mata abang?!"
"Aqis!" Jeritnya. Aku tersentak mendengar jeritannya. Ini kali pertama dia menjerit padaku. Betapa kecewanya hatiku menerima jeritannya itu. Perlahan-lahan, air mataku mengalir. Melihat aku teresak-esak, dia mula menghampiriku. Perlahan dia menyentuh bahuku.
"Aqis..." Lembut suaranya memanggilku.
"Aqis benci abang!" Aku tepis tangan dia dan berlalu ke biliknya. Aku buat tak endah dengan panggilan dia.
*****
SEJAK pergaduhan aku dengan dia tempoh hari, aku sebaik mungkin menghindari diriku dari bertembung dengan dia. Di rumah pun aku mengelak sebaik mungkin, cuma kekadang aku bertembung juga dengan dia secara tidak sengaja dan apabila aku bertembung dengan dia, aku cepat-cepat berlalu meninggalkan dia.
"Balqis!" Tersentak aku apabila belakang tapak tangan aku di tepuk menggunakan fail.
Aku memandang Arsyad dengan kerutan di dahi.
"Penatlah orang cakap dengan dia ni. Dengar tak orang cakap apa?" Aku menggeleng. Memang aku tak fokus dengan apa yang Arsyad katakan. Sepatah perkataan pun tidak lekat di kepala aku. Arsyad mengeluh
"Orang rasa orang nak beli pita perakamlah."
"Nak buat apa?"
"Senanglah kalau dia termenung masa orang tengah bercakap dengan dia. Bila orang tanya dia dengar ke tak, orang bagi aje pita perakam tu dekat dia. Suruh dengar apa orang cakap dekat dia."
Aku mengetap gigi menahan geram. Sudahlah aku tengah serabut dengan masalah aku dengan Doktor Haq kesayangan dia. Boleh pula buat lawak tak berapa lawak dekat sini. Disebabkan terlalu geram, segera aku memukul lengannya menggunakan buku rujukkan.
"Adoii... sakitlah, Balqis. Tak padan lemah lembut dia ni tapi ganas giler." Aku mencebik.
"Padan muka."
Arsyad ketawa kecil melihat aku sudah membuat muka pada dia. Suka sangat menyakat aku. Ada aku campak dalam tong sampah kitar semula.
"Dia gaduh dengan Doktor Haq ke?" Soal dia tiba-tiba. Aku pandang dia tanpa mengelipkan mata. Macam mana dia boleh tahu?
"Tak ada sesiapa bagitahu dekat orang. Tengok muka dia pun orang boleh tahu." Aku menunduk. Sampai begitu sekali Arsyad mengenalinya walau kami berdua baru kawan rapat tak sampai 3 bulan. Tapi dia langsung tidak memahami perasaanku. Kenapa dia tidak seperti Arsyad.
"Termenung lagi?"
"Mana ada." Nafiku.
"Betulkan?"
Aku tidak mengangguk dan juga menggeleng.
"Sepatutnya dia tak boleh bersikap macam budak-budak sekarang ni. Tak cemburu ke tengok Doktor Herlina yang selalu duk berkepit dengan Doktor Haq. Belum lagi gosip-gosip jinak yang diperkatakan student-student lagi." Berkerut dahiku mendengar ayat Arsyad. Gosip-gosip jinak?
"Apa yang jinak?" Soalku lurus.
"Ishh... blur pula dia ni. Macam manalah Doktor Haq boleh kahwin dengan dia ni?" Seraya Arsyad berkata aku menendang kaki dia. Boleh dia keluarkan ayat macam tu. Ingat aku tak laku ke? Cuba ingat balik, siapa dulu yang duk kejar aku sebelum tahu aku isteri pensyarah dia? Ceh!
"Balqis!"
Semua orang di kafe memandang kami dengan pandangan hairan. Mana tidaknya, suara Arsyad bergema satu kafe memanggil aku. Aku buat muka poyo sambil menyedut air limau ais di hadapanku. Manakala Arsyad sedang memandangku bak sebelah pisau yang tajam.
"Lain kali mulut tu keluar ayat baik-baik ye." Pesanku.
"Kalau ye pun, tak payahlah tendang kaki orang. Sakit tau."
"Haq..." Aku berpaling apabila suara Doktor Herlina memanggil nama dia dan kelihatan, dia sudah keluar dari kafe.
"Jadi matang." Aku berpaling apabila Arsyad berkata begitu.
Jadi matang. Okey!
*****
AKU perasan mata dia sejak tadi memerhatikan aku. Sejak aku turun dari tingkat atas, ruang dapur, ruang makan dan kini, ruang tamu. Di mana aku duduk ketawa di sebelahnya. Pasti dia pelik dengan sikap aku yang tiba-tiba berubah dari nak menyorok dari dia terus terang-terang saja nak tunjuk muka pada dia. Jadi matang, okey!
"Abang tak suka tengok Aqis pakai macam ni." Tegur dia setelah dari tadi dia membisu. Aku mencebik dalam hati. Tak suka tengok tapi Doktor Herlina tu suka pula tengok. Aku buat tak tahu aje tegurannya tu. Setakat seluar pendek dengan baju bertali halus ni, apa barang? Doktor Herlina tu lagi seksi tau dari aku.
"Aqis."
Aku masih meneruskan gelakku melihat aksi Angah Raja Lawak masuk lif dengan motornya sebab nak lari dari Adnan tanpa menghiraukan dia. Tersentap aku apabila terasa ada sesuatu menjalar di pahaku. Terkebil-kebil mataku memandang tangan kasar dia sedang mengelus lembut pahaku. Mula-mula aku memang nak tepis tapi bila akal aku menyatakan bahawa dia cuba mendugaku supaya aku terasa tergugat dengan tingkahnya dan aku akan berubah fikiran untuk menukar pakaianku seperti yang dia suruh sebentar tadi. Aku takkan buat apa yang dia suruh.
Aku cuba menenangkan hati yang lagi sikit dah nak tercabut dengan cuba menfokuskan mata di skrin tv LCD. Ketawa aku meletus apabila melihat aksi Angah yang terus masuk ke dalam lori polis. Namun, bukan ketawa sebab lucu tapi lebih kepada menutup kegusaran di hatiku menerima sentuhan luar biasa dari dia. Dan disebabkan ketawa aku yang meletus tu, tangan dia mula naik ke bahuku dan menyelak rambut panjangku ke tepi. Keras badanku apabila kucupan hangat dia mendarat di bahuku.
Okey... sekarang, aku dah menyerah kalah. Dah tak nak dia duga aku lagi. Sekarang juga, aku tukar baju. Aku cuba tolak tangan dia yang sudah memeluk pingganku dan kucupannya mula menjalar di pipiku. Tak boleh jadi ni.
Aku berpaling memandangnya. "Abang..."





2 Batang lolipop untuk Cik MI:
nak lagi..nak lagii...
part 1 & part 2 done!!!
nak part 3 please~
hehe... cik MI, lama betul menyepi? :)
Catat Ulasan