"Hah?"
"Boleh dia hah-hah dekat orang. Otak fikir apa Puan Balqis Faqihah oiii...?" Bebel Arsyad.
"Tak fikir apa-apa. Cuma nak ingat balik formula yang Doktor Ha.." Baru nak sebut aje nama dia, terus kejadian malam tadi menerpa ke fikiranku. Serta-merta pipiku merona merah.
"Asal muka tetiba jadi merah ni? Dia okey tak?"
"Okey."
"Betul ni?"
"Betul."
"Nak orang panggilkan Doktor Haq tak?" Semakin merah pipiku mendengar nama dia. Cepat-cepat aku menggeleng. Mataku meliar sekeliling kafe untuk mengurangkan ingatanku pada dia dan tiba-tiba mataku jatuh kearah dia yang sedang duduk tiga meja bertentang dariku. Dan apabila mata kami berdua bertemu, cepat-cepat aku menunduk. Semakin menerjah-nerjah kejadian itu di mataku.
"Balqis."
"Saya okey."
"Okey apanya kalau tunduk sampai dahi sentuh meja ni. Cakap dengan orang kalau dia tak sihat."
"Saya okey."
"Kenapa ni?" Terus jantung aku berlari anak ke Hospital Pantai apabila terdengar suara dia bertanya. Memang dah tak boleh nak angkat muka dah. Rasa melekat dekat meja pun, ye. Malu!
"Doktor... Balqis ni, saya tengok macam tak sihat aje tapi dari tadi dia kata dia okey. Okey apa ye kalau muka merah menyala macam orang demam." Adu Arsyad dengan panjang lebar.
Aduiii.... kenapalah Arsyad bagitahu dekat dia? Mesti dia tahu sebab apa muka aku merah padam. Sebab kerja dialah muka aku merah padam.
"Ye ke? Tak apa, biar saya hantar dia balik sebab lepas ni saya tak ada class." Dengar aje dia nak hantar aku balik terus aku angkat muka.
"Tak apa... saya ada class." Kataku tanpa memandang dia yang berdiri di sebelahku.
Bulat mata Arsyad. "Jangan nak buat perangai. Nota kelas Doktor Yusof nanti orang bagi dekat dia. Sekarang ikut suami dia balik rumah."
Aku jeling mata pada Arsyad. Sesuka hati aje arahkan aku. Dia ingat dia siapa, Komandor ke?
"Erkk... awak tahu, Arsyad?" Soal dia dengan teragak-agak.
Arsyad mengangguk.
"Dah lama saya tahu dan sebab tu, saya kawan dengan Balqis. Saya tengok Balqis langsung tak nak berkawan dengan budak-budak dekat sini. Mungkin, dia tak nak orang lain tahu yang dia dah kahwin dengan doktor. Jadi, saya offer diri jadi kawan dia." Arsyad tersengih.
Bangang punya jawapan Arsyad. Ada kepatut dia jawab macam tu. Dia tahu tak yang Doktor Haq kesayangan dia yang melarang jangan bagitahu sesiapa tentang perkahwinan kami berdua? Aduiii.... aku kerling dia yang sudah berubah riak. Terasalah tu.
*****
SEPANJANG perjalanan pulang dari kolej, dia hanya mendiamkan diri dan aku bukannya DJ nak berceloteh di sebelahnya. Mungkin, pada awal-awal perkahwinan kami aku boleh banyak cakap tapi sekarang aku banyak cakap dalam hati aje sebab sakit jiwa dengan sikap dia yang berubah-ubah tu. Tersentak aku apabila pahaku diurut tiba-tiba oleh dia. Keras aje kepala aku nak berpaling memandangnya. Aku rasa aku pakai baju kurung yang tutup all aurat aku, siap pakai tudung sekali. Jadi, datang dari mana seksi tu? Erk....
Aku jentik-jentik tangan dia apabila tangan dia mula melampaui batas ketika memandu kereta. Erk?? Apa-apalah tapi yang penting memang bahaya. Dibuatnya dia hilang fokus, tak ke naya aku dengan dia.
"Aik... main jentik-jentik pula. Malam tadi bukan main." Merah padam aku mendengar kata-kata dia tu. Memang saja betullah dia ni.
"Abang tahu tak yang abang tengah bawa kereta?"
"So?"
Memang nak kena hempuk guna bukulah suami aku ni.
"Bahaya tau tak."
Tiba-tiba dia senyum. Aku tengok senyuman dia dah rasa lain macam. Asal seram sejuk ni?
"Aqis tak sakit. Kenapa paksa Aqis balik juga dengan abang?" Aku alih topik, nak dia lari sekejap dari apa yang dia sedang duk fikirkan sampai tersenyum menyeramkan aku tengokkan.
"Hrmm... saja. Nak sambung bermanja dengan Aqis sebab malam tadi tak puas bermanja." Serta merta darah menyerbu mukaku. Waaaa... panas!
"Dahlah... boleh tak jangan cakap benda tu lagi?"
"Nope..." Siap geleng lagi dia. Aku dah diam dengan berpaling wajah memandang ke luar tingkap. Tak nak cakap dengan dia lagi, sakit jiwa aje cakap dengan dia.
"So... nak pakai macam tu lagi?"
'Nak.'
"Apa?"
"Tak nak-tak nak." Cepat-cepat aku jawab. Ish... takkan dengar kot?
"Good..." Dia sentuh kepala aku. Dah biasa dengan kelakuan dia tu kalau aku ikut arahan dia lepas aku tunjuk perangai tak nak ikut arahan dia. "... tapi abang suka bibir Aqis."
Bulat mata aku dengar kata-kata dia. Aku tepis tangan dia dan dia hanya ketawa dengan kelakuan aku tu. Bikin aku makin panas aje. Waaaa....
*****
"I tak suka you dekat-dekat dengan Doktor Haq." Kata Doktor Herlina lepas aku masuk ke bilik dia. Tersentap juga aku dengar kata-kata Doktor Herlina tu. Siapa dia yang boleh larang aku dekat-dekat dengan suami aku?
"Maaf." Saja aku cakap macam tu. Memang nak tengok Doktor Herlina ni naik angin.
"I bagi warning last pada you. Jangan you nak gedik-gedik dengan Doktor Haq." Amaran Doktor Herlina. Eh... eh... dia gedik-gedik dengan suami aku boleh? Nak makan penampar sulong aku ke apa.
"Maaf... saya tak boleh buat macam tu..." Sebab saya isteri dia. Aku tengok Doktor Herlina mengetap bibirnya.
"I dah bagi warning dekat you. So, you ingat-ingatlah sendiri. You boleh keluar." Kata tegas Doktor Herlina. Aku buat muka selamba aje walau dalam hati dah mengelegak macam lava api nak meletus. Siapa isteri dia ni? Aku ke minah ni?
*****
AIR muka aku dah keruh semacam selepas dapat markah assignment yang diberi oleh Doktor Herlina. Aku tahu Doktor Herlina saja bagi markah teruk macam ni sebab masa Doktor Herlina bagi kertas assignment aku dia senyum penuh makna. Kenapalah aku jumpa makhluk Allah macam Doktor Herlina tu?
"Kenapa ni?" Soal dia lembut.
Aku hanya menggeleng. tak nak dia tahu apa yang berlaku padaku. Karang aku bagitahu dekat dia mesti dia bela girlfriend dia. Aku nikan isteri dia aje. Sekali lagi, isteri aje. Bila sampai rumah, terus aku keluar menonong dan masuk ke bilik. Kertas assignment aku renyuk-renyukkan sebelum lempar di dinding seperti membayangkan wajah Doktor Herlina yang kena baling. Puas hati aku.
Aku turut ke bawah bila jam dah angka 6 petang sebab nak masak untuk makan malam. Sakit hati punya pasal sampai tertidur-tidur aku dekat atas meja belajar aku. Bangun-bangun aje dah nak dekat pukul 6. Itu yang kelam-kabut aje aku. Berkerut dahi aku apabila menyedari dia tak ada dekat ruang tamu seperti kebiasaannya. Mungkin, dia pun tertidur juga kot. Biarkanlah.
Masa makan malam, dia tiba-tiba buat muka dingin mengalahkan iceberg dekat selatan. Tak pasti apa punca dia bersikap macam tu. Kalau dia dah tayang muka macam tu, ada baiknya jangan ganggu dia. Tanpa menghiraukan dia, aku menambah sawi Jepun masak tumis ke dalam pinggan aku. Sampai aku kemas meja, dia masih macam tu. Aku memang nak sekeh kepala orang yang duk buat angin suami aku tak berapa betul malam. Kecut aku nak hadap dia. Kalau orang yang buat onar menghadap dia 24 jam, okey juga. Ish!!
"Aqis ke sini!" Ujar dia masa aku nak melangkah naik ke atas.
Terus kaki aku hala pada dia yang sedang duduk di sofa tanpa banyak soal macam selalu sebab angin dia tak berapa nak baik. ada dengan aku-aku sekali kena angin taufan dia tu.
"Duduk!" Aku terus duduk di hadapan dia. Tak berani nak duduk sebelah dia, takut senang aje dia nak hukum aku apabila aku buat salah. Buat salah? Aku tak buat salahlah.
"Kenapa tak bagitahu abang." Aku dah pandang dia terkebil-kebil apabila dia menyoalku. AKu tunduk apabila pandangan aku dibalas dengan renungan tajam dia. Kecut weiii...
"Kenapa tak bagitahu?" Soal dia lagi apabila aku masih membisu. Masalahnya, aku tak tahu nak jawab apa soalan dia tu.
"Bagitahu apa?" Soalku takut-takut.
"Ini!" Bulat mataku melihat kertas yang dia letak di atas meja kopi. Aku terus pandang dia. Macam mana dia boleh tahu?
"Kenapa tak bagitahu?"
"Erkk... bagitahu markah yang Aqis dapat ke? Aqis mengaku Aqis tak buat betul-betul masa buat assignment tu."
"Buat tak betul-betul?" Suara dia dah bunyi lain macam. Erkk... ada ayat aku tadi babitkan girlfriend dia ke? Rasanya, tak ada.
Aku mengangguk.
"Aqis kata buat tak betul-betul ni?" Suara dia dah naik satu volume.
"Erkk... entah!" Bulat matanya memandangku selepas aku jawab soalan dia tu. Ish... mulut, asal gatal nak jawab macam tu. Aku terus menunduk memandang lantai. Gaya macam kena marah dengan Abi aje bila aku nak sembunyikan sesuatu dari dia. Hukhukhuk....
"Kenapa Aqis masih nak berselindung dari abang ni?" Soal dia lembut.
Aku masih memandang lantai tanpa menghiraukan dia sedang berjalan mendekatiku. Terkejut aku apabila dia melutut di hadapanku dan mengintai wajahku yang dari tadi aku tundukkan. Dia tolak daguku naik ke atas menggunakan jari telunjuknya. Terus anak mataku memandang anak matanya.
"Dah berapa lama Lin buli Aqis?" Mula-mula aku tak dapat tangkap siapa 'Lin' yang di maksudkan dia tapi terus aje kepala aku duk fikir yang dia marah-marah aku tadi sebab assignment. Jadi, dia marah sebab ada orang buli isteri dialah, ye.
"Erkk... baru ni." Tak bang.... dah banyak kali.
"Betul?"
"Aaaaaaah. A'ah... a'ah." Aku jawab dengan kurang keyakinan. Kalau aku tak bagitahu dia pun, mesti kejap lagi dia tahu. Sebab dia tahu aku tak pandai nak sembunyikan masalah aku pada dia. Dah dia jadi tempat mengadu aku lepas Abi. Mestilah dia kenal perangai aku. Ye ke kenal perangai aku?
"Dah pergi masuk bilik tidur."
Aku mengangguk. Baru aje aku nak bangun, dia hadiahkan dahiku satu kucupan mesra. Terkebil-kebil mata aku memandang dia yang sedang tersenyum manis. Ah! Dah lama tak nampak dia senyum macam ni. Ini barulah uncle hensem aku.





4 Batang lolipop untuk Cik MI:
berapa umur doc haq ni? istri dia umur brapa?
@zm
Hehehehe... ingtkan xada org nak ty berapa umur Dr. Haq 2??? Umur Dr. Haq akhir 30 an... Heheheh... rasa part 1 or 2 Cik ada bgth berapa umur Abi yea Aqis sbb Dr. Haq umur yea lbh kurang ngan Abi Aqis
Salam Cik Mi..memang best citer ni..lain drp yg lain jalan ceritanya...tapi Cik Mi jangan la peram lama sangat..sebab cerita yg bagus kalau simpan lama2 rugi tau hihihi..so cepat2 la update new chapter ye...hihi..jangan marah ye Cik Mi..
Eiii.. Uncle hensem nii.. Suka ckp la suka.. Xyah le ngamuk2 bagaiii
Catat Ulasan