AKU mendengus kasar mendengar arahan Opah itu. Hati melonjak ingin membantah, namun melihat renungan tajam Opah buat aku mengalah dan bangun perlahan-lahan dari sofa. Terlihat saja dia, aku hadiahkan jelingan tajam, namun riak wajahnya masih tenang seperti tadi. Langsung tidak terkesan dengan jelingan aku tu.
Mamat ni tak ada perasaan ke apa?
Sebaik saja aku berdiri di sebelah Opah, aku masih merayu, namun Opah tidak mengendah rayuanku malah menolak tubuhku. Dengan perasaan sebal aku menyarung selipar, namun melihat tindakan dia meninggalkan aku, buat aku semakin sebal. Terkial-kial aku mengejar dia.
Ishh... Mamat ni, kalau ya pun tunggulah kejap. Ini tidak, menonong aje berjalan tak toleh belakang langsung.
Tersentak aku dengan tindakan dia berhenti secara mengejut. Dengan pantas aku mematikan langkahku sambil mengimbang badan dari terdorong ke depan. Sikit lagi aku nak terlanggar dia, apabila dia berpaling aku jeling dia tanda protes.
"Okey."
Berkerut dahiku mendengar bicaranya itu. Okey, apa yang okey ni?
"Apa?"
Dia tidak langsung menjawab soalanku, sebaliknya bersandar di kereta mewah miliknya dengan mata memandangku.
"I dah sampai dekat kereta I. So, you tak perlu nak temankan I lagi, kan?"
Aku mengetap gigi menahan geram mendengar bicaranya itu. Tak tahu pulak selain dingin mamat ni kerek semacam. Hailaaa... Apa nasib aku dapat tetamu macam dia ni?
"Atau... You nak tunggu I masuk kereta dan kemudian, lambai tangan bila I beredar nanti?" kening diangkat.
Aku mencebik. Sungguh saat ini, aku terasa nak hempuk dia guna penyapu. Soalan kerek sungguh mamat ni. Ishhh... Untung Opah ada dekat depan pintu. Kalau tidak, tak tahulah nasib mamat kerek ni.
"Right?" riak muka bangga.
Aku tersenyum sinis sebelum berpaling dan melangkah. Peduli dengan bebelan Opah nanti. Aku dah tak sanggup nak berdepan dengan mamat perasan bagus ni.
"By the way... Nice to meet you."
Pergi ke lautlah nice to meet you kau tu, mamat kerek. Aku menjuih bibir. Masih beriak selamba melangkah tanpa ingin berpaling memandang dia. Aku tahu dia masih berdiri disisi keretanya dan memerhatikan aku. Langkahku terhenti mendengar bicaranya itu.
"And see you later.."
Cepat saja aku berpaling dengan riak muka tak puas hati.
"Tak dan tak akan!" jelir lidah.
Terpegun aku melihat senyuman tergaris di bibirnya sebelum dia masuk ke dalam keretanya. Aku masih berada di dalam keadaan yang sama ketika dia beredar dari perkarangan rumah.
Senyuman itu...
"Aryan."
Tersentak aku apabila terdengar orang memanggilku. Dengan pantas, aku mendongak dan terlihat Encik Haikal sudah berdiri di depan meja aku. Dengan muka bersalah, aku tersenyum sumbing.
Hailaaa... Bos cekup aku tengah mengelamun! Ishh... Ini semua pasal mamat kerek tu lah. Kalaulah mamat kerek tu tak muncul, tak adalah hidup aku hura-hara macam ni. Tapi ngok-ngek juga aku sebab teringatkan mamat keret tu. Haiilaa-hailaa... Aku dah tak betul.
"Tekun betul you buat kerja sampai I ketuk pintu berkali-kali pun you tak sedar. Busy?"
Semakin sumbing senyumanku mendengar soalan Encik Haikal tu. Memang soalan maut betul soalan Encik Haikal tu, terkena betul-betul batang hidung aku.
Encik Haikal... Ini soalan saja-saja ke soalan memerli ni? Terasa saya tau, Encik Haikal. Tahulah saya tengah tekun tadi. Tekun mengelamun. Melihat senyuman tersungging di bibir Encik Haikal, aku beranggapan soalan Encik Haikal tu adalah soalan saja-saja.
"Tak adalah, Encik Haikal. Tekun mengelamun."
Dengan Encik Haikal ni aku tak boleh nak corner-corner sangat sebab dia dapat membaca semua gerak-geri aku dan apa yang aku fikirkan. Lagak dah macam nujum Pak Belalang. Encik Haikal menarik kerusi dan duduk.
"How your work today?"
Aku tersenyum mendengar bicara Encik Haikal. Bos paling prihatin pernah aku jumpa sebab dekat syarikat ini juga tempat pertama aku bekerja. Memang kali pertamalah jumpa bos macam Encik Haikal.
"So far okay lagi, Encik Haikal. Belum tiba masa lagi nombor-nombor ni ada niat nak bunuh saya walau saya asyik mengutuk dia orang aje."
Aku ketawa selepas berbicara. Memang aku berani bergurau dengan Encik Haikal sebab dia baik. Tak macam orang atasan lain, buat mulut aku terus terkunci. Kecut perut. Ketawa aku makin rancak apabila Encik Haikal turut ketawa kecil.
"Ada-ada aje you ni. Tapi kalau betul nombor-nombor tu ada niat nak bunuh you, haruslah I jadi penyelamat you. Betul tak?"
Pincang terus gelakku mendengar bicara Encik Haikal. Gurauan bermakna betul gurauan Encik Haikal tu. Aku nak jawab apa ni? Melihat aku sudah mula tidak selesa, Encik Haikal menukar topik.
"You dah luluskan bajet projek baru tu?"
Terkebil-kebil aku mendengar bicara Encik Haikal. Projek yang mana pula? Banyak kot projek yang tunggu aku approve kan. Sibu? KK? Or Kamunting? Kamunting?!
"Projek dekat Kamunting ke, Encik Haikal?"
"Haruslah dekat Kamunting. Projek mana lagi ni Cik Aryan Hani?"
Aku tersengih. Hailaaa... Terserlah sungguh lembam aku pada Encik Haikal. Baru dicekup mengelamun, terus blur bagai nak rak.
"Sorry... Lambat pick up pulak saya hari ni."
Lepas aku berbicara Encik Haikal hanya menggeleng dengan senyuman manis tergaris di bibirnya. Mungkin lucu dengan sikap kalut aku ni. Aku turut tersenyum. Saya suka tengok Encik Haikal tersenyum. Nampak sweet. Sweet? Bila masa kau masuk mood sweet bagai ni, Aryan?
"So..." berjeda.
Ternanti-nanti aku dengan bicara selanjut Encik Haikal, namun bila terasa agak terlalu lama aku mendongak memandangnya. Terkelu lidah aku menerima renungan redup dari Encik Haikal. Mata aku terus menangkap anak mata hitam memukau Encik Haikal. Anak mata yang menyimpan seribu satu perasaan dan rahsia hati milik tuannya.
Sungguh bertuah siapa yang menjadi inche wife Encik Haikal ni, dahlah baik, anak mata memukau pula tu. Belum lagi gelaran yang Encik Haikal sandang, lelaki edisi terhad. Jealousnya...
"Hermm!!"
Aku dengan Encik Haikal menoleh ke arah yang sama dan terlihat Maya berdiri di pintu bilik. Melihat renungan tajam Maya, fahamlah aku dia tak senang dengan keadaan tadi. Aku capai fail dan semak balik bajet projek Sibu.
"Yes?" memusing kerusi menghadap Maya yang berdiri di sebelahnya.
"Dato' Haris nak jumpa Encik Haikal di bilik beliau."
"Now?"
"Ya, Encik Haikal."
"Okey." Bangun dari kerusi.
"Aryan.." dilunakkan.
Aku mendongak. Memang mata aku dari tadi dekat fail tapi telinga aku yang duk bekerja dengar perbualan mereka. Manalah tahu perempuan tu buat aksi lagak berani mati dengan luah perasaan dekat Encik Haikal. Rupa-rupa hanya angan kosong aku aje bila perempuan tu sebut Dato' Haris nak jumpa Encik Haikal. Punah angan-angan aku!
"Kita sambung nanti perbualan kita."
Perbualan? Bila masa pula saya berbual dengan Encik Haikal ni?
Tadi tu, apa? Ohh... Bercakap aje bukannya berbual.
Tak sama ke? Fine!!
Aku mengangguk saja. Berkerut dahiku melihat Maya tidak melangkah keluar mengekori Encik Haikal. Ooookey! Yang perempuan ni berdiri tegak dekat dalam bilik aku, kenapa? Ada nak beri nasihat-nasihat berguna ke? Maya mendekati mejaku sebelum berbicara.
"I benci dengan apa yang you cuba buat." perlahan.
Dahiku berkerut. Apa yang aku cuba buat? Hailaa... Susah betul ada perempuan jenis macam ni. Ayat sentiasa nak menang aje walau aku tak tahu apa yang dia maksudkan.
"Encik Haikal tunggu I."
Mata aku menyoroti langkah lenggang-lenggok Maya yang mengekori Encik Haikal. Sedar sikit cik akak oiii... Bos tak hadap awak pun. Kalau nak, tak adalah awak terhegeh-hegeh kejar bos tiap-tiap hari. Menyampah saya!
*****
AKU mengaru pelipis. Mata masih pada Opah yang beriak ceria siap senyuman lebar tergaris di bibirnya sejak letak kotak baldu berwarna merah di atas meja. Kalau nak diikutkan hati aku ni, dah lama kotak baldu ni terbang keluar dari tingkap dapur.
Mangkuk betul mamat kerek ni. Kes tempoh hari pun belum selesai, kau dah buat hal. Apa dah terlebih dos ke sampai hantar cincin siap sekali dengan pakej ayat membunuh? Memang ada niat mamat kerek ni nak bunuh aku!
"Opah memang berkenan dengan Syah. Baik budaknya. Sopan... Hormat orang tua... Lembut tutur bicaranya..."
Aku julingkan mata. Dari sejak dia bertadang ke rumah sampailah ke hari ni, ayat puji-memuji plus jual-beli keluar dari mulut Opah tanpa henti. Siap aku hafal lagi skrip yang Opah bicarakan.
Baik budaknya... Tak baik!
Sopan... Jauh benor sopan dia!
Hormat orang tua... Memang tak boleh nak disangkalkan.
Tapi lembut tutur bicaranya? Yaks!! Lembut lagi tutur bicara kambing Abang Im jiran Kak Tina tu. Kau mengayat apa aje dekat Opah aku, mamat kerek? Haila... Habislah aku!
Opah berbicara lagi apabila aku tidak memberi respon dengan bicaranya tadi.
"Opah bukan puji sembarang Aryan. Memang bertuah siapa yang jadi isteri budak Syah tu."
Aku mengiakan bicara Opah.
"Tertunai hajat Opah nak bermenantukan budak Syah tu."
Ternaik kening aku. Bila masa Opah pasang hajat bagai ni?
"Hajat?"
"Aah." angguk.
*****
AH: Finish sefinish-finishnya aku, Linlin!!
SS: Ye ke? Bila masanya kau habis ni?
AH: Semalam, weii... Ini semua gara-gara mamat kerek tu. Kalau aku jumpa dia, mati aku pulas leher dia sampai tersimpul.
SS: Wait, wait... Aku rasa macam lost something.
AH: Ada orang datang pinang aku.
Aku mengetuk jari di atas meja menunggu jawapan dari Lina. Bagus betul pekerja macam aku ni, orang lain sibuk bekerja aku sibuk berchatting dengan Lina. Tak jauh mana pun tempat aku dengan Lina. Bukan seorang dekat Alaska, sorang dekat Osaka. Jenguk dari pintu pun dah boleh nampak. Bosan tunggu Lina membalas, aku menaip lagi.
AH: Linlin... Kau ada tak ni? Jangan kata kau pengsan pula. Macam mana ni, Linlin? Opah dah terberkenan dekat mamat kerek tu.
"Aryan!!"
Terkejut aku mendengar suara nyaring Lina bergema di bilik. Pantas aku memandang Lina yang beriak tak percaya. Sawan apa makcik ni menjerit tiba-tiba. Selamat aku tak tergolek dari kerusi.
"Kenapa?"
Suhaila menjengah ke bilik. Mungkin terkejut mendengar Lina menjerit memanggil namaku. Melihat Lina masih terpaku memandangku, aku bangun dari kerusi dan mendekati mereka.
"Tak ada apa-apa, Su. Makcik ni nampak lipas tadi. Itu yang menjerit."
Suhaila mengangguk dan berlalu meninggalkan kami berdua. Aku tarik tangan Lina masuk ke bilik dan menutup pintu bilik.
"Giler apa jerit tiba-tiba?"
Lepas aku berbicara terus Lina peluk aku dengan erat sekali. Hampir saja aku nak tergolek sebab tindakan mengejutnya itu. Hailaa... Makcik ni, kenapa? Sah sawan!
"Weiii... Tak boleh bernafas aku. Weiii!!"
Aku cuba meleraikan pelukan erat Lina. Ya Allah, makcik ni memang nak bunuh aku.
"Lina!!" separuh menjerit.
Tersengih Lina sambil meleraikan pelukannya dan tangan kirinya mengosok telinga yang kena jerit dengan aku.
"Sorry... Terlebih excited dengar perkhabaran gumbira dari kau."
Aku menggeleng memerhatikan gelagat Lina ketawa. Macam ni punya kawan pun ada ke? Menambah kecelaruan perasaan aje. Menyesal bagitahu dia.
"Bila?"
"Bila apa?"
"Ishh... Kau kena pinang bila?"
Erkk... Bila aku kena pinang, ye? Masa mamat kerek tu datang ke? Tapi tak ada pula dia dengan Opah sebut pasal pinang-meminang ni. Tau-tau pun Opah dah terima cincin dari dia. Bila dia bagi Opah aku cincin pun aku tak tahu. Tau-tau dah ada.
"Aku tak pasti pulak bila?"
"Pulak dah... Yang kau tahu kau kena pinang tu bila?"
"Semalam..."
"Semalam?" separuh terkejut.
Erkk... Apa pasal buat muka terkejut macam tu? Bukan aku kata nak kahwin hujung bulan ni pun.
"Tadi kata tak pasti... Muncul dari mana pulak semalam ni?" riak tak puas hati.
"Ohhh... Opah bagitahu aku semalam. Jadi, aku tahu semalamlah."
Lina mengangguk.
"Ada jumpa?" riak semakin teruja.
Dah... Jumpa siapa pula ni? Makcik ni kan, suka sangat ubah siaran tak bagitahu awal-awallah. Buat aku blur aje.
"Siapa?"
"Ishhh... Boleh tanya siapa. Bakal hubby kau lah." geram.
"Aaada,"
Dahi berkerut. Boleh ulang balik tak ayat Lina. Ayat Lina 'Bakal hubby kau lah.'. Lepas tu aku cakap 'Aaada,'. Erk... Macam dah betul aje mamat kerek tu bakal hubby aku?
"Hensem?" teruja.
"Hah?!" riak blur.
"Hensem tak?!" naik satu oktaf.
Hensem? Aku mengimbas kembali imej wajah dia. Muka bangga disertakan dengan soalan menyakitkan hati. Erkk... Tak hensem!
Aku juih bibir.
"Yelah tu?" senggol bahu aku.
"Agaklah..." senada.
"Agak aje ke?" riak tak percaya.
"Tipikal orang melayu, macam tulah hensemnya..." tapi muka dia macam ada mixed aje? Tak pastilah mixed mana.
Lina mengangguk.
"Jadi apa masalahnya sampai kau nak pulas leher dia?"
Bicara Lina buat perasaan geram aku kembali. Memang aku nekad nak pulas leher mamat kerek tu. Ngeee..
"Dia buat aku rasa menyampah." riak menyampah.
"Dia buat apa aje?"
"Cara cakap dia, riak wajah dia... Semua berkaitan dengan dia buat aku rasa nak... Rasa nak... Ishh!" riak geram.
"Sabar, ye. Bakal hubby kau juga."
*****
Salam u'all....
1. Tau2... dah lama Cik MI mendiamkan diri... Ini hah busy dgn manuskrip TS...
2. Aah.. lain banyak, bukan skt... InsyaAllah akan sama ms hantar dkt penerbit... dah xtukar2 lagi sbb Cik MI berpuas hati dgn permulaan bab kali ni.
3. Ada... tapi tggu Cik MI ada ms up bab2 yg lainlah ye...
4. Sorry klo ada salah eja ke ayat terbalik2 ke sbb lom edit lg... Cik MI edit bila dah siap... So u'all layan dululah yea...
5. Suka lama or baru... So... berilah pendapat u'all dkt sini... So, komen2 jgn tak komen...
6. Erkkk... xpasti lah bila TS nie kuar sbb Cik MI taip cam siput tapi siput lagi laju kot dari Cik MI...
7. Syg u'all ketat2.. peluk ketat2... kiss pipi kiri, kiss pipi kanan.... Rindu u'all...
Byeeeeeeeeeeeeeeeeee...............





2 Batang lolipop untuk Cik MI:
wah permulaan kali nie memg menarik lh...huhu lame x bce karya cik mi nie...ape2 pn all the best cik mi...
ayo..yo..yo..
apa dah jadi dgn TS ni...
apa status yg terbaru..
agaknya... mungkin MS dah nak siap...
setia menanti versi cetakan..
Salam Ramadan Mubarak cik Mi.. :)
Catat Ulasan