“INI untuk denda sebab awak ada hati nak kenakan abang. Sejak dari rumah Nenda lagi, awak buat perangai. So, sekarang ni nak buat lagi tak? Kalau nak, abang berbesar hati bagi denda dekat awak.” Amaran tegasnya bersertakan senyuman nakal.
Semakin merah pipi aku apabila terlihat senyuman nakal terbit dibibirnya tu. Gaya dia memang nampak sungguh nakal waktu ni tapi cute!! Kelu lidah aku nak menjawab kata-katanya tu, otak pulak terus tak dapat nak berfungsi dengan baik. Perut sedia ada memang sakit, bertambah sakit pulak aku rasakan.
Lepas makan makaroni bakar special dia tu, terus aku terdampar dekat atas katil sekali lagi dengan menahan kesakitan diperut aku. Terkejut gamatnya perut aku sebab terkena penangan ciuman yang tidak terduga itu dari dia. Waa... nak kenakan dia tapi asal aku yang terkena balik ni? Dah la dia kenakan aku terus buat aku terdiam dan terkaku. Yang tak boleh tahan, senyuman nakal dia tu. Arghh!!
Mata aku yang dah mula nak layu kembali, terus jadi sebesar alam secara tiba-tiba. “Kejutkan abang bila masuk waktu Asar.” Pesannya sambil tangan kirinya memeluk erat pinggang aku dari belakang. Waa... sakit perut belum hilang, jantung aku pulak buat hal.
Terus badan aku kaku apabila ternampak tangan kanannya melingkar memeluk bahuku. Terasa belakang badan aku hangat apabila dia mengeratkan lagi pelukkannya, terasa setiap lekuk tubuhnya melekat ditubuh aku. Langsung aku tak boleh tidur, nak-nak nafas hangatnya menampar lembut dekat tengkok aku dan sesekali terasa hidung mancungnya bergesal ditengkok aku. Berdiri terus bulu roma aku. Kalau macam ni, memang hilang terus mengantuk aku dibuatnya. Waaa... cepat la masuk waktu Asar, rasa dah tak sanggup nak menunggu ni. Ada jantung aku terkeluar dari badan ni.
Sepanjang menunggu waktu Asar masuk, aku berada didalam keadaan yang begitu tidak menyelesakan kerana lengan kanannya terkena dada aku. Sudah beberapa kali aku mengalihkan tangan kanannya itu tetapi tangan kanannya tetap kembali kepada kedudukkan asalnya iaitu memeluk bahu kiri aku. Rasa nak gigit aje lengan pakcik kerek ni tau, pandai sungguh tangannya melanding dekat dada aku macam tuannya. Sebenarnya, pakcik kerek ni tidur ke buat-buat tidur sambil mengambil kesempatan ni?
Sekali lagi dia buat aku terkedu dengan kucupan hangatnya ditengkok aku apabila aku mengejutkannya. Ketika dia bangkit dari pembaringan, sempat lagi dia mengenyitkan mata sambil tersenyum manis dekat aku. Masa tu, aku hanya mampu memandangnya tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Kelu. Mata aku hanya mampu mengiringi langkahnya ke bilik air. Aku menyentuh lembut dada aku yang sudah berdegup dengan kencang. Waa... tak lama lagi aku kena tukar jantung baru sebab jantung yang sedia ada ni pun macam tak larat aje nak mengepam.
Sehari suntuk dia buat jantung aku berdengup dengan tidak normal. Sekejab naik sekejab turun, sekejab laju sekejab perlahan dan kekadang, seakan terhenti. Aku sudah tidak larat mengikuti kursus cara-cara mengawal degupan jantung dari berdegup dengan pantas. Setiap saat dia buat jantung aku lari sedikit dari paksinya. Hanya dengan senyuman mengodanya, lirikan mengodanya, pergerakkan mengodanya. Apa saja yang dia lakukan saat ini, betul-betul menggugat keimanan aku. Abang!!!
Pap!!
Aku mengosok paha aku sambil memandang Lina yang sedang memandang aku dengan pandangan pelik. Terasa perit paha comel aku dek layangan tapak tangan Lina tu. Giler apa makcik ni? Tetiba pukul aku tanpa sebab. Nak rasa siku aku melekat dekat mulut ke apa?
“Sakit la, weii.. asal pukul aku?” mahu berbekas paha comel aku dengan tapak tangan gajah si makcik ni. Dibuatnya, pakcik tu salah faham dengan bekas tapak tangan dekat paha comel aku ni, macam mana? Sia-sia aje dia kata aku curang dekat dia.
“Aku suruh kau datang rumah aku sebab nak minta kau tolong aku. Bukannya, suruh kau termenung sambil tersenyum miang dekat sini.”
“Manada aku tersenyum miang?” Aku buat muka sambil meletakkan reben dekat gubahan sejadah.
Berkerut dahi aku memandang gubahan sejadah yang berada dihadapan aku. Rasanya dari tadi aku sentuh sejadah ni aje, asal lambat pulak aku menggubah ni? Kalau dari tadi kepala dok teringatkan pakcik kerek tu, macam mana nak cepat? Badan aje dekat sini, fikiran melayang dekat pakcik kerek yang tengah buat apa entah dekat pejabat dia tu. Kerja la apa lagi, takkan main poker pulak.
Ini semua gara-gara pakcik kerek la. Kalau dia tak buat macam tu dekat aku, tak adanya aku teringat-ingatkan dia dari tadi. Dah la pagi tadi pakcik kerek tu buat aku tercengang lagi. Merah padam muka aku apabila aku berpaling selepas dia beredar dengan kereta mewahnya ternampak Opah berdiri ditepi pintu dengan senyuman mengusik. Masa tu, memang aku dah pasang niat nak terjun dalam gaung aje. Dia bagi aku morning kiss!! Untung dia kiss dekat dahi aku. Kalau dibuatnya dekat bibir aku, memang aku tak tahu nak cakap apa lagi. Memang jadi bahan usikan Opah aje la.
“Hah!! Termenung lagi.” sergah Lina.
Kus semangat!! Terkebil-kebil mata aku memandang Lina. “M-Mana ada. Kau jangan kacau aku boleh tak? Ada yang tak menjadi gubahan ni.” kata aku untuk menutup perasaan terkejut dek disergah dengan Lina tadi. Ishh!! Malam ni, memang kena pakcik kerek tu dengan aku.
Lina mencebik. Makcik!! Kau ingat kau buat mulut macam tu lawa sangat ke? Nampak macam muncung itik tau tak.
“Ye la, ye la. Tapi esok kau jangan jealous tau.” Kata Lina sambil meletak gula-gula didalam kotak telur.
Jealous? Macam tak ada kerja aje nak jealous dekat makcik ni. Setakat bertunang aje, bukannya ada duit berjuta-juta jatuh dari langit pun. Jatuh dari langit? Ingat Ayah Pin ada buat nazar nak tabur duit dari langit ke apa sampai duit jatuh dari langit?
“Kalau setakat nak jealous dekat kau sebab esok kau bertunang, baik tak payah. Aku dah kahwin, okey.” Kata aku sambil meletakkan gubahan sejadah ke tepi.
Aku memandang Lina yang tengah mencebik sambil mengambil kain lap bersih yang telah dicelup dengan minyak makan dan mengambil buah epal yang berada didalam beg plastik dan mengelapnya dengan perlahan-lahan.
“Cehh!! Makcik ni berlagak pulak. Untuk pengetahuan kau, esok Encik Haikal datang ke majlis aku.”
Aku berhenti mengelap epal apabila terdengar nama Encik Haikal. Betul ke apa yang aku dengar ni? Si makcik ni bukan tengah goreng aku kan? Kalau ya, memang aku goreng dia dekat luar rumah. Aku angkat kening dan buat muka tanda amaran dekat Lina kalau dia ada niat nak mempermainkan aku. Lina, aku sekarang ni tengah dalam mood beruang hampir-hampir terlepas dari kandang ni. Jangan sampai kena terkam dengan aku sudah.
“Well.. macam la kau tak kenal BFF kau ni, aku boleh buat orang ikut kehendak aku tau.”
Aku mencebik. Macam la aku tak tahu taktik kotor yang dia gunakan. Mesti dia dok mengugut Encik Haikal sampai Encik Haikal setuju nak datang ke majlis dia. Apa aje makcik ni dok mengugut Encik Haikal? Kesian Encik Haikal ada orang bawahan macam makcik ni. Kalau Encik Haikal ada sepuluh orang bawahan macam makcik ni, sure Encik Haikal angkat kaki dari Perdana Holding.
“Kau ugut Encik Haikal apa aje?” soalanku tu buat Lina ketawa.
“Kau ni tahu aje aku guna taktik tu?”
“Dah nama BFF, mesti la aku tahu.” Kata aku sambil meletak buat epal kedalam bakul yang telah siap dihias dengan reben.
“Aku ugut Encik Haikal kalau dia tak datang majlis aku esok, aku mogok kerja.”
Boleh pulak macam tu? Tak pasal-pasal kena tendang keluar dengan Encik Haikal dari Perdana Holding, sia-sia aje selama ni buat-buat rajin depan Encik Haikal. Macam ada pengalaman aje aku ni? Hahahaha.. ada la sikit pengalaman dulu masa kerja dibawah pimpinan Encik Haikal tu tapi makcik depan aku ni lagi banyak pengalaman sebab dia selalu terkantoi dengan Encik Haikal time dia melepak dekat meja aku time kerja.
“Mogok la. Dibuatnya, Encik Haikal berhentikan kau. Padan muka kau.”
“Mana berani aku nak ugut Encik Haikal. Aku just cakap yang kau ada dekat majlis aku, itu aje.” Lina tayang gigi dengan muka tak bersalah.
“Cehh!! Jual nama aku nampak? Berapa aje kau dapat? Pas-pas la duit yang kau dapat tu dekat aku sebab nama yang kau gunakan tu nama aku.” kata aku bersertakan bibir dicebik.
“Nak ek? Setakat Encik Haikal aje yang aku dapat. Tak mahal mana pun nama kau tu.” aku hanya mengeleng mendengar kata-kata Lina tu.
Macam tak ada kerja aje makcik ni? Kalau tak ada kerja pun, jangan la nama aku sekali dibabitkan. Aku banyak kerja tau, nak bermanja dengan pakcik kerek, nak peluk-peluk dengan pakcik kerek, nak hide and seek dengan pakcik kerek. Apa lagi, ye? Nak buat satu team bola sepak dengan pakcik kerek... hahahahaha..
“Ohh.. Encik Haikal..” berkerut dahi aku memandang Lina yang sedang buat gaya teruja.
Giler apa makcik ni? Tetiba aje sebut nama Encik Haikal, dibuatnya Encik Haikal tengah makan mahu tersedak. Ehh... wedgeg!!! Untung makcik ni sebut nama Encik Haikal tadi. Kalau tak, mahu berkurun gift Encik Haikal duduk menghuni dekat dalam laci almari baju tu. Tapi macam mana aku nak ambil? Terbang? Kalau ada kuasa macam superman la. Naik cab? Nak kena sembur dengan pakcik kerek tu? Aku mengeleng. Tak nak kena sembur dengan hubby. Dah tu? Hemm.. ah!! Pakcik kerek kan ada, lagi pun mood pakcik kerek tu memang tengah baik. Harus la aku mempergunakan kesempatan ni. Hehehehehe..
Aku mengambil telefon bimbit aku diatas meja solek Lina dan mencari nombor pakcik kerek tu. Laju aje jemari comel aku menari dekat keypad telefon dan ibu jari aku menekan butang send dengan senyuman manis terukir. Selang beberapa minit, tertera nama pakcik kerek diskrin telefon aku. Aku membalas salam dia dengan penuh nada lembut. Kata nak minta tolong, mesti la kena minta baik-baik kan?
“Tak ada la busy sangat sebab abang kan masih cuti lagi. Why?” kedengaran suaranya turut bernada lembut. Aduihhh... longlai badan aku mendengar suara lembut dia tu. Ni yang datang kegedikan aku ni.
Aku memintal kain yang dibuat mengelap buah epal tadi. “Hemm.. abang balik terus rumah Opah ke rumah kita dulu? Saya tertinggal barang dekat rumah la, ingat nak minta tolong abang ambilkan kalau abang balik la. Kalau abang tak balik rumah kita pun tak apa, benda tak penting.” Aku buat suara manja. Lina naik kening apabila terdengar suara manja ala-ala anak kucing aku. Sibuk la!!
Bukan dia tak pernah buat macam ni pun, dia lagi dahsyat kalau bergayut dengan Amar. Dengan suara kucing miang siap buat gaya sotong tak bertulang depan aku, tak ada pula aku nak naik ke turun kening aku ni. Cuma naik jemu aje tengok drama terlebih bersiri antara dia dengan Amar sebab dah dekat empat tahun diorang dok ulangkan episode yang sama dekat aku. Dah hafal pun semua skrip yang diorang gunakan. Love you, ling. Take care, ney. Ney merajuk ngan ling ke? Only ney, ling punya sweetheart. Bla... bla.. bla..
“Ohh.. ingatkan tadi, tak nak bagi abang balik rumah Opah.” Cehh!! Tak adanya Aryan tak bagi abang balik rumah Opah. Kalau Aryan tak bagi abang balik rumah Opah, macam mana Aryan nak tidur sebab Aryan dah biasa tidur berteman. Hehehehehe...
“Abang balik rumah sebab abang kena kemas baju sikit.” Berkerut dahi aku mendengar kata-katanya itu.
“Kemas baju?” suara aku dah bunyi lain macam.
Dia nak buat apa aje sampai nak kemas baju bagai? Takkan nak lari kerumah Nenda sebab aku dera dia? Ishh!! Tak adanya aku dera dia. Dia dera aku ada la. Dera perasaan aku kaw-kaw.
“Tadi abang dapat emergency call dari pengurus dekat site. Abang terpaksa ke Perak tiga empat hari sebab nak tahu apa masalah dekat site sana.” Aku melepaskan nafas lega tapi hanya untuk seketika apabila terdengar ayat lastnya tu.
“Ohh..” sepatah aku menjawab, lemah aje nada aku apabila mengetahui dia kena pergi Perak untuk tiga empat hari. Rindu la macam ni, Aryan. Abis la... Aryan tak boleh tidur lena tiga empat hari ni.
“Kenapa ni? Jangan la buat suara macam tu. Kalau boleh, abang memang nak bawa awak sekali tapi abang kena gerak awal pagi esok. Macam mana dengan majlis Lina kalau awak ikut abang?” soalannya itu buat aku memuncung bibir.
Kenapa dia kena pergi Perak time Lina nak bertunang? Hari lain tak ada ke? Kalau tak, boleh aku ikut sekali dengan mengabiskan masa bersama dengan dia berdua dekat Perak tu, boleh honeymoon sekali. Mana tahu, tup-tup dapat satu team bola sepak. Hahahahaha..
“Abang janji lepas abang balik dari Perak, kita pergi makan angin. Awak nak kemana aje, abang ikutkan. Abang jadi driver awak, ye.” Pujuk dia. Alahaiii... lemah kepala lutut Aryan dengar suara lembut abang tengah memujuk ni.
“Okeyy.. abang nak saya kemaskan baju abang ke?” soalku sambil tepis bunga telur yang Lina gunakan untuk menganggu aku. Kacau daun betul, makcik ni.
Aku tunjuk lutut aku dekat Lina dan Lina hanya ketawa melihat aksi aku tu. Memang ada orang nak makan lutut aku la sekarang ni. Jangan sampai esok sarung cincin dengan mata lebam sebelah pula.
“Awak nak balik naik apa? Cab? Abang tak benarkan. Awak tak ingat ke pesan abang tempoh hari, naik cab sorang-sorang tu bahaya? Tak apa, abang boleh kemas sendiri, bukan abang tak biasa kemas baju pun.”
“Ye la, kalau dah abang cakap macam tu.” aku jeling tajam dekat Lina apabila Lina meniru gaya aku bercakap dengan dia. Makcik ni memang nak kena dengan aku la.
“That my sweet wife. Barang yang awak tertinggal tu awak letak dekat mana?” and that my sweet hubby.
“Heemm.. ada dekat dalam laci, dalam almari baju tau.” Kata aku sambil baling kain lap ke Lina. Ambik kau!!
Aku ketawa kecil apabila kain lap yang aku baling tepat-tepat terkena muka Lina. Apa lagi, panjang la muncung Lina masa ni. Lina pandang aku dengan pandangan amaran dan membaling kain lap dekat aku. Lina buat muka apabila balingannya tidak mengena. Kau salah orang la, aku ni juara mengelak tau. Hahahaha..
“Okeyy.. kalau abang tak jumpa, abang call awak ye.” Minta-minta dia tak jumpa, boleh la dok bergayut dengan dia lagi. Hehehehe..
“Drive safely bila balik nanti. Assalammualaikum.” Lepas aje aku tekan punat merah terus aku terkam Lina bak harimau terkam rusa yang saja tayang paha sedapnya tu.
Terjerit-jerit Lina terkena serangan jemari comel aku dekat pinggangnya. Lina mengeliat ke kiri dan ke kanan untuk mengelak dari terus kena geletek dengan aku. Habis semua barang yang ada berdekatan dengan kami terabur terkena pelbagai jurus yang kami pamerkan sekarang ni. Gaya macam monyet cuit pinggang tenggiling. Huh?
“Weeiii... stop... hahahaha... uiii.. udah la... geli.. weeii.. hahahaha.” Tersekat-sekat suara Lina menahan kegelian dipendengaran aku.
“Ya Allah, budak berdua ni.” aku dengan Lina berpaling apabila suara Emak kedengaran. Emak pandang kami berdua dengan pandangan tajam. Alamak!!
Aku tersenyum sambil duduk di tepi Lina. Manakala, Lina merangkak jauh dari aku. Takut la tu kena geletek dengan aku lagi. Siapa suruh ganggu Puan Aryan Hanny bercanda-ria dengan inche hubbynya? Aku tayang ibu jari dekat Lina.
“Nak jadi apa la kamu berdua ni? Yang sorang dah berkahwin, yang sorang dah nak bertunang tapi perangai macam budak-budak. Malu mak bila dengar suara kamu berdua terjerit-jerit dari luar.” Bebel Emak.
Aku dengan Lina hanya mampu tayang muka seposen apabila Emak membebel siap bercekak pinggang. Aduiiihhh... mak dah buat gaya mak tiri la pulak. Kalau dah gaya tu mak pamerkan, mesti nak start class membebel plus tazkirah. Aku menghantar mesej melalui mata dekat Lina. ‘Apa lagi, tadahkan telinga tu.’. Lina menjawab dengan anggukan. Ini namanya kes menyerah kalah sebab kalau Emak tengah membebel kami dok menjawab mahu Emak membebel sampai kebas telinga dibuatnya.
“Sorry, Emak.” Serentak aku dengan Lina berkata.
“Sorry, sorry.. dah cepat siapkan, ada yang esok kelam-kabut.” Pesan Emak sambil melangkah keluar.
Aku dengan Lina menutup mulut apabila ketawa kami meletus. Memang bergaya abis la kami berdua buat aksi lagak gusti. Sekali tengok nampak macam profesional, dua kali tengok nampak macam perempuan berebut lelaki dan tiga kali tengok nampak macam beruk berebutkan pisang. Nak gelak kuat-kuat, takut Emak datang dengan sudip. Naya aje kena masak gulai dengan Emak. Mau my hubby menangis meraung tengok keadaan aku yang dah selamat mandi kuah gulai. Hehehehe.. aku mencapai telefon aku yang selamat terguling-guling ke bawah katil gara-gara mengerjakan Lina tadi.
“Giler la kau, Aryan. Kau buat aku nak terkucil tau.” Rungut Lina sambil menyusun kotak telur yang bersepah dek gelagat kami sebentar tadi.
Aku hanya memandang Lina menyusun kotak telur, sebelum aku taburkan pandangan aku disekitar bilik. Ya ampun, bersepah sungguh bilik Lina ni. Nampak macam tongkang dek dilambung ombak tsunami aje gayanya. Belum lagi tikus yang tengok, mahu tikus tu cancel nak buat sarangnya dekat bilik makcik ni. Bersepah yang amat.
“Dah kau kacau aku, buat apa?” kata aku sambil mengutip beberapa biji limau dan epal yang terabur dek tendangan Lina tadi.
“Aku mana kacau, aku Cuma menganggu aje.” Lina sengih.
“Nak kena lagi ke?” ugut aku dengan jelingan tajam.
Lina mengeleng laju sambil mengutip gula-gula disebelah punggungnya. Tau takut, makcik ni. Ingatkan nak merasakan lagi jemari comel aku ni dekat pinggangnya.
“Tadi kau kata nak tolong kemaskan baju hubby kau, kan? Hubby kau nak kemana?” soal Lina sambil membuka pembalut gula-gula perisa laici yang dia kutip tadi dan masukkan kedalam mulutnya.
“Ohh.. awal pagi esok hubby aku kena outstation ke Perak.” Aku geleng kepala apabila Lina suakan aku gula-gula. Aku kutip coklat Cadbury Dairy Milk ditepi kaki Lina.
“Kau ikut sekali ke?” soalan Lina buat aku memandangnya dengan senyuman meleret.
Adakah disini makcik Lina ingin mengatakan bahawa aku boleh mengikuti pakcik kerek tu ke Perak? Adalah harus aku peluk cium makcik ni dan disertakan kad ucapan I Love You sampai makcik ni masuk kubur. Hahahahaha..
“Kau nak aku ikut hubby aku ke?” soalku bersertakan muka semanis kurma.
“Nak rasa bontot kuali dekat dalam mulut kau ke?” ungut Lina sambil angkat kening.
“Dah tu, asal tanya?” rungut aku sambil memuncungkan bibir. Aku mengunyah coklat Cadbury Dairy Milk macam mengunyah gula-gula getah. Sebenarnya tak berpuas hati sebab tak dapat ikut pakcik kerek ke Perak. Waa... Aryan nak ikut abang!!





10 Batang lolipop untuk Cik MI:
yeay....akhirnyer....huhu...cik mi..update la 2x seminggu cite ni..jgn la..skali smgu...letey nak menunggu....
kesian aryan kene tglla yer..hehe
best! cik dh ... cpt smbung ye...next2...datin is waiting...
hehehe... dah ade sambungan... best sangat.. nak lagi boleh tak???
sweet....
best3!sambung la lagi...
ala~
ikut la~
haha... bgus btul TS nih....
cik DH. siyesly nak tny ni...dimanakah bolehku jumpa stok cam inche kerek ni??? hahaha overdose suda~~`
best2..tak sbr nak tunggu sambungan die.. :)
Catat Ulasan