ADUIIIHH... sakitnya pinggang dengan perut aku ni!! Rasa macam urat perut tersimpul jadi rama-rama, pinggang pulak macam dilipat-lipat berbelas kali. Untung dia tak banyak soal masa nak sembahyang subuh apabila aku suruh dia sembahyang dulu. Tadi pergi dapur siapkan sarapan pun macam tak lalu aje kaki aku nak jejak lantai. Tak boleh berdiri lama-lama, kalau lama-lama macam kena cucuk aje perut aku. Bertambah sakit perut aku apabila bau mihun goreng yang aku goreng untuk breakfast. Itu aje yang mampu aku buat time-time sakit ni. Nak buat banyak-banyak tunggu la time aku dah sihat.
Aku memeluk lutut sambil berselubung didalam comforter. Terdengar pintu bilik dibuka dan ditutup. Mesti dia dah balik dari berjoging. Itu memang rutin harian dia sejak duduk dekat rumah banglo ni. Cuma sejak akhir-akhir ni, dia joging ambil masa yang agak lama dari sebelum ni. Takkan dia maksudkan dengan apa yang dia cakapkan tempoh hari? Kuatkan stamina? Erkk.. tetiba rasa seram pulak aku dengan dia ni.
“Eh.. sambung tidur lagi? Bukan awak kata nak pergi rumah Opah sebab nak tolong Lina?” soalannya aku biarkan sepi.
Tak boleh nak buka mulut sebab tengah tahan sakit perut ni. Ya Allah, rasanya macam nak tercabut aje pinggang aku ni. Kalau boleh cabut pinggang aku ni, dah lama aku cabut. Lina?! Alamak!! Sakit punya pasal sampai aku lupa nak bagitahu Lina. Tak apa, nanti aku mesej bagitahu dia yang hari ini aku tak dapat nak tolong dia gubah hantaran, esok boleh la kot.
“Abang kena keluar awal sebab nak jumpa client dekat club golf .”
“A-Abang keluar dulu la. Nanti saya naik cab ke rumah Opah.” Bergetar suara aku kedengaran kerana menahan sakit.
Aduiihh.. bertambah sakit pulak perut dengan pinggang aku ni. Rasa macam di uli guna mesin uli aje. “Awak kenapa?” suaranya sedikit berubah.
“T-Tak ada apa-apa.” Lepas aje aku jawab, terasa comforter yang menyelubungi aku ditarik.
“Kenapa ni?” soalnya lembut. Aku hanya mengeleng dengan mata terpejam.
Abang!! Abang jangan keluarkan suara lembut macam tu. Buat Aryan nak menangis aje, Aryan tengah cuba buat kuat depan abang ni. Aduiihh!! Semakin kuat aku menekan perut. Tangan yang menekan perut aku dialihnya dan dia mengusap perut aku dengan lembut. Waa.. ini yang nak menangis ni, tak boleh ada orang bagi perihatin dekat aku time-time aku tengah sakit macam ni. Mudah betul air mata nak keluar.
“Awak sakit perut ke? Semalam awak makan apa?” soalnya semakin lembut.
Huk, huk, huk.. kenapa dia buat suara macam tu lagi? Dah tak boleh nak tahan perasaan ni, nak menangis ni. Terasa air hangat mengalir dihujung mataku. “Eh.. sakit sangat ke? Abang bawa pergi klinik sekarang.” Katanya dengan nada cemas.
Aku membuka mata dan memandangnya sambil mengeleng. “Tak ada gunanya pergi klinik sebab penyakit ni tak ada ubatnya. Setiap sebulan sekali mesti dia datang balik.” Dahinya berkerut mendengar kata-kata aku tu.
“Hah!! Kenapa dibiarkan aje? Dah.. abang nak bawa awak pergi klinik juga.” Tegasnya sambil cuba dukung aku.
Aku tahan dia. “Saya sakit perempuan la, bang. Jangan risau. Tak menjejaskan apa-apa pun Cuma sakit perut aje.” Lepas aku cakap macam tu, dia menghela nafas lega.
“Awak tunggu kejab, ye.”
Aku hanya memandangnya mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia nak call siapa? Doktor? Ish.. aku kata tak payah. Kalau jumpa doktor boleh hilangkan sakit aku, dah lama aku pergi jumpa doktor. Tak payah nak tunggu dia. Membazir duit aje, bulan depan tetap datang lagi sakitnya.
“Dato’ Amir. Ini saya, Tengku Sarhan.” berkerut dahi aku mendengar. Dato’? Bukan dia nak call doktor ke? Ke aku salah dengar? Mana la tahu dia sebut doktor tapi telinga aku tangkap dato’. Sakit perut punya pasal sampai telinga aku terkena gangguan siaran.
“I tak dapat jumpa you hari ni. My wife tak berapa sihat, tak sampai hati I nak tinggalkan dia dekat rumah sorang-sorang.” Huh? Bila masa aku sakit? Aku sihat aje ni. Habis yang dok berpusing ni, apa?
“Hahaha.. insya-Allah kalau memang rezekinya.” Rezeki apa? Takkan tak dapat jumpa lagi? Alamak!! Rasa serba salah pula, disebabkan aku dia kena cancelkan perjumpaan dia dengan client dia. Nak-nak kalau client tu adalah client penting dekat syarikat dia. Macam mana ni?
“Okey, Dato’. Assalammualaikum.” Dia letak telefonya di meja kecil tepi katil sambil memandang aku yang memang memandangnya.
“Sorry.” Dia mengerut dahi.
“Why?” soal dia sambil duduk disisi aku.
“Disebabkan saya, abang terpaksa batalkan appointment abang dengan client abang tu. Sorry again.. abang pergi la jumpa client abang tu. Saya tak apa-apa, benda kecik aje ni.”
Ye la tu benda kecik. Siap nangis depan dia tu, benda kecik? Tak habis belajar berlakon aku ni.
Dia tersenyum sambil mengusap kepalaku. “No big deal. Wife abang lagi penting dari appointment tu.”
Aku senyum. Caringnya abang. Bertambah-tambah sayang Aryan dekat abang. Rasanya, sakit Aryan dah berkurangan sebab prihatin abang dekat Aryan. Dia bangun dan berjalan ke arah almari. Mungkin, dia nak pergi mandi. Dah la penat sebab baru lepas berjoging, tup-tup balik aje aku sakit. Kesian dia. Aku pejam mata apabila sakit perut aku semakin menjadi-jadi.
“Awak bangun kejab. Pakai jaket abang ni.” suruh dia dengan nada lembut.
Aku buka mata dan memandangnya yang sedang memakaikan aku stoking. Aku bangun perlahan-lahan dan mengambil jaket yang berada dipaha aku. Aduiihh, aduiiihh... nak gerak pun sakit. Gaya macam orang baru lepas bersalin aje aku ni. Mana kau tahu sakit baru lepas bersalin, Aryan? Entah!! Melawak pula aku masa-masa sakit macam ni. Dia mengambil jaket dan tolong menyarungkannya dibadan aku. Pandai betul abang layan perempuan sakit ni. Dari mana abang belajar?
“Nani selalu kena macam awak kalau dia datang bulan. Abang sebagai seorang abang takkan nak biarkan adik sendiri macam tu.” terangnya sebelum aku soal dia.
Aku hanya mengangguk. Ohh.. Nani pun mengalami keadaan macam aku juga ke? Baru tahu. Patut la dia pandai menguruskan orang perempuan yang tengah sakit datang bulan ni. Rupa-rupanya, ada pengalaman. Hehehe.. Tengku Fiona takkan? Ish!! Time sakit macam ni pun nak cemburu. Tak padan sakit betullah aku ni.
“Dah tidur” lepas dia cakap macam tu, dia cium dahiku. Aku pejam mata dengan senyuman lebar dibibir.
AKU mengosok-gosok kelopak mata aku. Dah pukul berapa ni? Aku bangun perlahan-lahan sebab perut aku masih terasa sakitnya. Aku memandang sekeliling bilik mencari dia. Ke mana pula suami aku? Terdengar bunyi air dekat dalam bilik air. Mata aku terarah ke sofa berwarna hitam merah yang bersepah dengan fail-fail dan laptop terbuka diatas meja. Dia buat kerja sambil tunggu aku? Alahaii... caringnya dia. Aku mengambil telefon bimbit aku dan satu mesej tertera diskrin telefon.
-It’s okey. Bgth Aryan, rht ckp2. Jgn rsau psl sy sbb sy blh uruskannya. Sy hrp awk jaga dia dgn pnh ksbran sbb dia manja sket klo skit. ;p
Berkerut dahi aku membaca mesej Lina. Apa yang makcik ni mengarut? Siapa cakap aku manja kalau tengah sakit? Pepandai aje buat cerita dongeng. Tapikan, makcik ni berbalas mesej dengan siapa? Akukan tidur. Mungkin, dia kot. Bulat mata aku apabila ternampak jam diskrin telefon aku. Satu lima belas minit petang. Alamak!! Aku belum masak lagi. Mesti sekarang ni dia tengah tahan lapar.
Kelam-kabut aku bangun. Aduiih, aduihh.. sakit perut aku. Tak padan sakit tapi buas semacam. Aku turun anak tangga perlahan-lahan sambil pegang perut. Sekali pandang macam orang mengandung nak turun tangga pulak. Melawak time-time sakit macam ni, jatuh bergolek berguling dekat tangga ni. Padan muka! Sampai aje aku dekat ruang dapur, aku nampak dekat atas meja ada tudung saji. Heh!! Takkan dia tak makan lagi mihun goreng yang aku goreng pagi tadi? Membazir aje aku masak.
Aku angkat tudung saji dan aku mengerut dahi memandang isinya. Bila masa mihun goreng aku bertukar jadi makaroni bakar ni? Ke pagi tadi memang aku masak makaroni bakar? Eh!! Bukan mihun goreng ke?
“Lapar ke?” aku berpaling dan melihat dia turun anak tangga.
“Tak la.” Muka aku masih dengan riak tadi. Pelik!
Aku tersengih apabila perut aku berbunyi. Dia tengok aku dengan kening naik sebelah. Itu nak perli aku la tu? “Kata tak lapar tapi perut berbunyi.” Perli dia.
Perut tolong jawab la sebenarnya, nak cakap terus-terang macam malu pulak. Dia ambil mangkuk yang berisi makaroni bakar dan berjalan ke arah kaunter. Dia nak bawa ke mana makaroni bakar tu? Walau aku tengah bingung datang dari mana makaroni bakar tu, aku tetap nak rasa sebab nampak menyelerakan. Ada kempunan aku tujuh hari tujuh malam.
“Abang panaskan kejab. Abang masak tengahari tadi, ingat nak makan sama-sama dengan awak tapi awak tak bangun-bangun. Tidur lena sangat, tak sampai hati abang nak kejutkan. Itu yang abang tunggu sambil buat kerja.” Kata dia sambil buka pintu micro wave dan masukkan makaroni bakar tu.
Berkerut dahi aku mendengarnya. ‘Abang masak tengahari tadi’?! Telinga aku salah tangkap ke apa? Ke aku masih mamai lagi sebab aku tengah sakit ni? Tapi apa kena-mengena aku sakit dengan salah tangkap ni? Betul ke dia yang masak? Pandai masak ke pakcik ni? Mana tidaknya, sepanjang sebulan aku duduk dengan dia tak pernah pun nampak dia sentuh sudip atau pun sedok. Alih-alih, kata dia masak. Makaroni bakar pulak tu. Sebenarnya, siapa yang sakit? Aku ke dia?
“Abang tahu awak tengah bendera Jepun. Tak payah la berdiri macam orang tengah naikkan bendera pula.” kata dia sambil buka peti ais.
Aku mencebik. Sikit-sikit perli aku, tau la terhutang budi dekat dia sebab dia sanggup jaga aku tengah sakit tak ingat dunia. Aku duduk sambil memandangnya menuang air oren dekat mug. Sebenarnya, tak habis lagi kepala aku memikirkan apa yang dia katakan dekat aku tadi. Betul ke abang yang masak? “Why?” soalnya.
“Hah?”
“Kenapa tengok abang macam tu?” soal dia sambil letak mug dekat depan aku. Baru aje aku nak capai mug tu, dia tarik balik. Berkerut dahi aku. Kenapa pulak? Buruk siku tau, dah bagi ambil balik. “Abang lupa yang awak tengah period pain. Mana boleh minum air sejuk-sejuk, bertambah sakit pulak. Nanti abang buatkan air panas. Susu?”
Aku gerakkan mulut aku ke kiri ke kanan. “Boleh juga.” Kalau dapat Hot Lemon lagi best. Makcik ni, orang bagi betis nak paha pula. Karang bagi tumit kaki, baru tau.
Ting!!
Dia mengeluarkan makaroni bakar dari micro wave dan diletakkan diatas meja. “Kejab, abang buatkan awak hot milk.” Aku mengangguk.
Mata aku masih lekat dekat dia yang tengah sibuk bancuh susu untuk aku. Cekapnya dia buat kerja dekat dapur, kalah aku yang perempuan ni. “Abang..”
“Ye..”
“Hemm.. tak ada apa-apa la.”
“Are you sure?”
“Hemm.. thanks sebab jaga saya time saya sakit.”
“No big deal. Mana tahu abang pula sakit, boleh awak jaga abang.” Kata dia sambil letak mug berisi hot milk depan aku.
Aku tersenyum. “No hal la. Setakat jaga abang, senang aje. Kalau abang tak nak makan ubat, minta aje doktor cucuk punggung abang.” Ketawa kecil aku apabila dia memasamkan mukanya. Cute!!
“Cuba makaroni bakar yang abang masak ni.” kata dia sambil menyedok ke dalam pinggan aku.
Aku suap ke mulut dan kunyah perlahan-lahan. Sedap!! Pandainya dia masak. Aku masak pun tak ada sesedap macam ni. Masa aku try masak makaroni bakar dulu, kena gelak sakan dengan Lina dan Opah. Lina kata aku punya makaroni terlebih bakar, hangit semacam. Opah kata pula rasa pelik semacam. Siap tanya aku letak apa aje dekat dalam tu. Aku letak apa yang ada dekat menu la, tak kuasa nak tukar-tukar menu.
“Macam mana?” soalnya sambul angkat kening sebelah.
“Hemm.. nak jawapan jujur ke jawab ikhlas?” soalku pula.
“Jawapan jujur.” Dia masih memandang aku.
“Okey.. hemm.. sedap macam makan dekat restoran.” Dia angkat kening apabila dengar jawapanku tu. Tak percaya la tu? Hello kitty.. tak ada masa nak tipu depan rezeki tau.
“Jawapan ikhlas?” berkerut dagi aku mendengar soalannya tu.
Nak jawab apa pulak? Sedap macam makan dekat hotel berbintang-bintang. Masalahnya, aku tak pernah makan dekat hotel berbintang-bintang hanya sebab makaroni bakar. Baik buat sendiri walaupun rasa hangit ke rasa pelik semacam. Lagi puas hati nak complaint ke apa. Aku tersengih penuh makna kejahatan. Padan dia!!
“Saya rasa baru tempoh hari, kita pergi beli barang dapur, kan? Takkan garam dah habis kot? Tak pun, abang lupa nak letak. Tawar.” Kata aku dengan muka tak beriak.
Sebenarnya, tengah tahan gelak sebab tengokkan riak muka dia macam nak apa entah. Aku perhatikan dia menyuap makaroni bakar ke mulut dia. Sesaat, dia kunyah perlahan-lahan. Dua saat, mata dia dah pandang aku dengan pandangan mengerunkan. Tiga saat, dia letak sudu dekat pinggan. Empat saat, dia tarik kerusi aku supaya aku dekat dengan dia. Lima saat, dia peluk pinggang aku dan menarik badan aku mendekati dia. Enam saat, bibir dia dah mendarat dekat bibir aku. Terkebil-kebil mata aku memandang dia yang tengah tutup mata dan bibir dia masih melekat dekat bibir aku.





15 Batang lolipop untuk Cik MI:
waa...suweeeet giler..mesti dia nk suh rase tu makaroni tu masin ke tak? haha..nakal betul t.s ni...hehe ;)
hahaha... lawak betulll... main2 lg dgn TS...tk psl2 dh kena... tk pe... Aryan suka,kn...best
suweeet gilos dapat hubby camneh weh! hari2 rasa nak tidow same! hahaahah!(:
adeh! adeh! adeh! pitam~ kat mne la bole dpt stok husband caring cmni ek??? in ur dream jek~ deng!
perghhh...best tuh....amboi makcik lex...
nk lg....next??? nanti cik DH mesti bgi hint dlu....nk buat ktorg teruja
nakal jgak ts ni..huhu..sweetlah dia org ni..best!! :D
nak jugak hubby camni...ari2 sakit pon sodapp
nak lg....bestnya dpt hubby mcm t.sarhan ni...pandai masak..hehehe...
alolo,tweetnye ts nih....
emmm... so sweet....
sweet betul cita ni.. :)
sweet sangat ts ni huhuhu sambung cepat2...
eh.eh. romantik terlebihla pulak...bukan tgh makan ke? hahaha...
bestnyer.....nak hubby cam ni.......
Catat Ulasan