-KU TERINGAT HATI, yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta?
Perjalanan sunyi, yang kau tempuh sendiri
Kuatkan la hati, cinta
Ingatkan kau kepada, embun pagi bersahaja
Yang menemanimu, sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada, angin yang berhembus mesra
Yang ‘kan membelaimu cinta
Kekuatan hati, yang berpegang janji
Genggam la tanganku, cinta
Ku tak akan pergi, meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu, cinta
*Khas utk wife abg yg kene tdo tnpa abg mlm nie....
Aku tersengih lagi membaca mesej dia yang untuk keberapa puluh kali selama dua hari ni. Senyum pun dah macam orang tak siuman, tak betul, dah mereng. Kira satu pakej la untuk syarat-syarat kemasukan hospital bahagia. Dah la aku landing duduk dekat pangkin bawah pokok rambutan Opah sambil membaca mesej dia, dek nampak orang kampung conform diorang cap aku tak betul, dah sewel tahap meroyan sebab tersenyum semacam nak apa tengokkan telefon. Macam la telefon aku ni buat aksi baby ketawa terbahak-bahak.
Dah nak buat macam mana, dah rindu dekat pengirim mesej ni tapi ego sangat tak nak call atau mesej dia. Semua nak tunggu dia call atau mesej dulu, lepas tu baru nak layan. Hehehehe.. tak apa, hari tu mesej dia kata nak rindu dia kan? So, sekarang ni dah rindu tahap maut dah ni. Semua tempat yang aku pandang, semua nampak muka hensem dia aje. Dah kritikal sakit angau dan rindu aku ni.. abang cepat la balik...
Belum cerita waktu subuh lagi, macam terasa dia kejutkan aku dengan pelbagai cara unik dia tu aje. Aduiihh.. aku dah meroyan rindukan dia ni, baju yang dia gunakan sebelum berangkat ke Perak tempoh hari dah renyuk semacam aje bila setiap malam aku peluk dan cium bajunya untuk menghilangkan rindu aku dekat dia tapi hanya untuk seketika aje la. Aku nak buat apa ni? Sekarang ni, memang aku nak sangat dengar suara dia, dah macam kucing hilang anak aje kalau tak dengar suara dia walau sekejab. Call dia.. satu suara menjelma. Tungu dia call aje.. satu lagi suara dok menjelma. Call.... jangan.... call... jangan... call!! Jangan!! Aduiihh.. aku dah pening kepala pulak dengar suara-suara ni dok bertekak. Call dia aje la. Dengan penuh debaran di hati, aku menunggu dia mengangkat panggilan aku. Mesti dia gembira abis sebab dapat call dari aku yang tidak sepernah-pernahnya nak call dia selama dia dekat Perak. Jangan dia buat aksi melompat dekat sana sudah. Aku tersenyum manis apabila panggilan aku diangkat.
“Hello..” berkerut dahi aku mendengar suara perempuan yang berada di sebelah sana. Aku macam kenal aje suara perempuan ni. Tengku Fiona?! Kenapa minah ni yang jawab? Bukan ni nombor telefon hubby aku ke? Ke aku salah tekan nombor? Tapi aku mana ada simpan nombor minah gedik ni, macam tak ada kerja nak simpan nombor minah gedik ni. Aku pandang skrin telefon. Eh.. betul la!
“Hello..” sekali lagi Tengku Fiona berkata. Erkk.. jangan cakap yang minah gedik ni pun ada dekat sana. Bengong la kau, Aryan. Dah sah-sah minah gedik ni dok menjawab panggilan hubby kau, mesti la minah gedik ni ada dekat sana. Takkan la hubby kau berkongsi telefon dengan minah gedik ni pulak. Tiba-tiba rasa macam kena tipu aje dengan dia, dah la tak bagitahu aku yang minah ni pun ada sekali. Kalau aku tahu minah ni ada sekali, mesti malam tadi aku setuju aje ikut dia pergi Perak. Rasa menyesal pulak tolak pelawaan dia tu. Waaaa....
“Fyi.. you nampak I punya telefon tak? Rasanya, macam tertinggal dekat bilik you.” Tersentap aku apabila terdengar suara dia bertanya. Bi-Bilik? Dia buat apa aje dekat bilik minah ni sampai tertinggal telefon dia? Diorang buat apa? Main catur ke? Tak pun main daun terup? Waa.. minta-minta la diorang main kedua benda ala tu sekali. Tapi... entah-entah, diorang.. ish!! Jangan fikir yang bukan-bukan, Aryan.. cuba percaya dekat dia.
“Ni..” ternaik kening aku terdengar suara manja Tengku Fiona dekat sebelah sana. Minah gedik ni nak goda siapa? Hubby aku ke? Aryan, siapa lagi kalau bukan hubby kau? Kau rasa selama ini minah gedik tu nak goda siapa aje kalau bukan hubby kau. Waa... ini yang buat aku meronta-ronta nak ke sana ni.
“Eh.. ada orang call ke? Siapa?” soalnya dengan nada terkejut. Terkejut ke saja-saja terkejut? Waaa... makcik ni!!
“Entah.. you letak nama pemanggil Hanny.”
“What?!” terdengar suara naik dua volume.
“Why?” soal Tengku Fiona dengan nada yang masih sama.
“Give me back my phone.” Kedengaran sedikit bunyi bising. Mungkin, bunyi telefon bertukar tangan. Aku pejam celik mata untuk beberapa kali sebelum mendengar dia memanggil aku.
“Awak.” Aku mengetap bibir menahan perasaan yang bercampur aduk di dalam hati. Tak tahu nak bagi respon apa dekat dia selepas benda macam ni terjadi. Ini baru aje aku call secara mengejut, belum lagi aku datang secara mengejut. Hah!! Masa tu entah apa-apa aje aku nampak. Waaa... rasa macam nak menangis aje..
“Awak.”
“Sorry, ganggu.” Pintas aku dan aku terus putuskan panggilan tanpa dengar penjelasan dia dulu. Terasa dada aku sesak dengan kejadian yang tidak terduga ni. Tak sanggup aku nak bayangkan dia berdua-duan dengan Tengku Fiona di tempat asing. Lagi tak sanggup nak fikirkan dia berada di dalam bilik Tengku Fiona. Aku tahu Tengku Fiona tu sepupu dia tapi Tengku Fiona tu perempuan dan dia lelaki, lagi pun aku bukan percaya sangat si minah gedik tu. Dibuatnya, minah gedik tu goda dia, tak ke naya. Astaghfirulla al-Azim... Aryan bawa mengucap.
Aku mengetap bibir apabila perasaan geram aku muncul secara tiba-tiba. Miss aku konon... sebenarnya saja nak menyedapkan hati aku dekat sini yang dah separuh nyawa rindukan dia tapi dia dok berfoya-foya dengan minah gedik tu dekat sana. Patut la malam tadi dia pujuk suruh aku pergi Perak pun macam acuh tak acuh aje. Rupa-rupanya, dia dah ada agenda sendiri kalau aku tak nak ikut dia. Huh!!
Tersentak aku apabila telefon aku berbunyi. Sekilas aku memandang nama pemanggilnya dan aku biarkan sahaja telefon aku berbunyi dan berhenti untuk beberapa kali. Hampir dua puluh kali dia call aku sebelum dia hantar mesej dekat aku. Aku membaca mesej dia dengan tidak berperasaan
-Please angkt fon.. jgn wat abg cm nie.. smo yea slh fhm aje.. just angkt fon n abg explainkan smo yea. Please..
Aku terus matikan telefon aku dan tanggalkan bateri dan sim cardnya. Malas nak layan panggilan dan mesej dia tu. Aku tengah sakit hati dengan dia sekarang, aku tak ada mood nak layan dia ke fikirkan dia ke. Aku tak ada mood. Aku bangun dan melangkah dengan fikiran melayang entah kemana. Kejadian ni, betul-betul buat jiwa aku tersentap dan terluka. Aku tak boleh nak terima dengan apa yang berlaku sekarang, aku betul-betul tak mampu.
“Aryan.” Aku berpaling apabila terdengar Opah memanggil nama aku. Terkebil-kebil mata aku memandang Opah yang sedang duduk di ruang tamu. Bila masa aku melangkah ke rumah ni? Bukan tadi aku duduk dekat bawah pokok rambutan melayan perasaan kecewa ke? Ya Allah, hebatnya penangan dia keatas diri hambaMu ini.
“Kalau kamu terasa nak mengunyah, Opah ada buat jemput-jemput pisang.” Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata Opah dengan perasaan hambar dan Opah pun tak banyak tanya macam tahu-tahu aje aku tengah cekiwa dekat dia. Waaa..
Aku menutup pintu dan merebahkan diri di atas katil dengan perasaan frust terlebih tertonggeng. Waa... cekiwanya. Macam ni ke perasaan orang dikecewakan? Waa.. sakitnya!! Tak tertanggung rasa sakitnya. Aku berguling-guling dekat atas katil sambil peluk bantal yang selalu dia gunakan. Benci dia, benci dia... aku campak bantal dia sampai jatuh ke lantai. Tapi Aryan sayang abang.. aku turun dari katil dan mengutip balik bantal dia. Hukhukhukhuk.. sampai hati abang buat Aryan macam ni, abang memang suka tengok Aryan macam ni, kan? Rasanya, abang akan rasa puas hati bila Aryan dah masuk hospital bahagia gamatnya. Sampainya hatimu.. membiarkan diriku.. cekiwa macam kena tolak dari gaung. Waaa... aku merangkak naik keatas katil dan hanya memandang sepi telefon aku yang tak berbateri dan bersim card itu terdampar di atas katil tanpa berfikir untuk memasangnya kembali. Abang...
BERKALI-KALI AKU GOSOK kelopak mata aku. Terkena penangan cekiwa punya pasal sampai aku tertidur dengan perut kosong. Tiba-tiba, teringin nak makan mee goreng pulak, hebat sungguh penangan hubby aku ni. Berkerut dahi aku apabila aku baru tersedar yang aku berada di dalam pelukan seseorang. Aku besarkan anak mata aku untuk melihat siapa yang memeluk aku dengan sedaya upaya sebab suasana bilik aku gelap gelita. Kan tadi aku kata, melayan perasaan cekiwa sampai tertidur.
Bulat mata aku memandang dia yang sedang tidur lena sambil memeluk aku. Makin besar mata aku apabila terlihat dada bidangnya yang terdedah sebab dia tidak pakai baju. Heh!! Aku masih bermimpi ke apa ni? Takkan kecewa punya pasal sampai aku dah tak berapa nak betul ni? Conform tak lama lagi aku masuk hospital bahagia ni. Pelukkan dia yang terasa semakin erat membuatkan aku yakin yang aku bukan sedang bermimpi atau sebab otak aku tak berapa nak betul, memang dia berada di sisi aku sekarang.
Aku memerhatikan wajah letihnya walau sedikit samar kerana bilik aku hanya disinari oleh lampu dari tepi jalan. Tumpah perasaan kasihan aku melihat keadaan dia sekarang ni. Mesti dia drive dari Perak semata-mata nak jelaskan kejadian petang tadi dekat aku. Aku gigit bibir bawah sambil menahan perasaan dan jari aku mula gatal nak menyentuh bibir merah dia yang selalu mencuri cium di bibir aku. Abang.. Aryan sayang sangat dekat abang. Hati Aryan dah sepenuhnya untuk abang tapi perasaan sayang Aryan dekat abang masih tak dapat mengatasi perasaan cemburu Aryan terhadap Tengku Fiona. Maafkan Aryan sebab buat abang susah hati tadi.
Terkejut aku apabila jari aku dikucup lembut oleh dia. Mata aku bergerak ke atas dan pandangan aku bertemu dengan pandangan redupnya. Dia tersenyum manis dekat aku tapi aku tidak mampu untuk membalas senyumannya kerana kejadian petang tadi masih utuh difikiran aku. Aku menarik tangan aku dari genggamannya dan cuba meleraikan pelukkannya tetapi pelukkannya semakin erat ditubuhku dan dia semakin merapati badannya dekat aku. Wangian Sean John Unforgivable miliknya menusuk lembut keliang hidung aku sehingga membuat dada aku berdebar.
“Abang.” Aku tak jadi nak sambung ayat apabila bibir dia dah memaut lembut bibir aku. Terasa ciumannya kali ini berbeza dari biasa, lebih mesra dan penuh dengan perasaan rindu. Aku memejamkan mata aku apabila terasa aku semakin lemas di dalam pelukkannya dan terbuai dengan belaian mesranya yang tak pernah ditunjukkan kepada aku.
Aku membuka mata aku apabila tangan kirinya mula menurunkan zip baju aku yang terletak di bahagian belakang. Terkebil-kebil mata aku memandang dia yang sedang memejam mata sambil mengucup bibir aku dengan mesra. Terkaku aku apabila terasa tangan kasarnya mendarat di belakang badan aku. Dia mengelus lembut belakang badan aku sehingga bulu roma aku berdiri tegak dan terasa tangan kirinya cuba menanggalkan blaus yang tersarung di tubuh aku.
Disebabkan cemburu aku masih membara di hati, aku terus menolak dada bidangnya walau perasaan aku turut memprotes dengan tindakan aku. Dia memandang aku dengan pandangan begitu mengharap selepas pautan bibirnya terlepas dari bibir aku. Aku menjarakkan pembaringan kami berdua dan aku meletakkan tangan kiri aku di atas dada menahan debaran yang begitu hebat sekali. Aku memandangnya seketika sebelum membelakangkannya.
“S-Saya masih cuti.” Rasa nak hentak kepala dekat bucu meja aje apabila aku bercakap macam tu dekat dia. Kenapa aku cakap macam tu? Macam bagi harapan dekat dia aje.
Dia peluk aku dari belakang dan dia mengemaskan lagi pelukkannya hingga aku tidak mampu untuk bergerak walau seinci pun. Terasa badannya bersentuh dengan belakang badan aku yang sedikit terdedah akibat perbuatan dia sebentar tadi, membuatkan degupan jantung aku semakin pantas dan aku tahu dia dapat merasakan degupan jantung aku ketika ini.
“Abang boleh explain.”
“Dah la.. saya mengantuk ni. Saya tak nak dengar apa-apa.” Lepas aku cakap macam tu terus aku pejamkan mata. Aku hanya berdiam diri apabila dia memberi satu kucupan hangat di bahu kanan aku. Tertumpa lagi perasaan sayang aku dekat dia tapi kejadian tu... terasa air mata aku mengalir tanpa dipinta, aku menutup mulut aku dengan tangan kanan agar esakkan aku tidak meletus dari mulut. Tak nak dia tahu yang sekarang ini aku tengah menangis, aku belum bersedia nak mendengar kata-kata pujukan dan sweet dari dia. Aku belum bersedia.
AKU TAK TAHU apa yang telah merasuk kedalam badan aku apabila aku bangun lebih awal dari dia. Selepas aku mandi, aku keluar dari bilik tanpa mengejutkannya. Aku memerhatikan keadaan dapur yang masih gelap menandakan Opah masih berada di dalam bilik. Aku menekan suis lampu dan berjalan kearah dapur untuk memasak air.
Aku mengacau air kopi dengan fikiran melayang entah kemana sehingga air panas terpercik terkena tangan aku. “Auchh!!” aku menarik tangan aku dan meletakkan di bibir untuk mengurangkan kepanasan. Berkhayal lagi masa buat kerja, Aryan.
Terkejut aku apabila tangan aku ditarik oleh seseorang. Dia? Aku hanya memerhatikannya meniup tangan aku yang terkena air panas. Sejak bila dia ada di sini? Dah berapa lama dia perhatikan aku? Aku menarik tangan aku dari pegangannya dan aku berpaling tubuh untuk meneruskan kerja aku yang tergendala tadi. Aku memanaskan kuali. Kedengaran kerusi ditarik. Dia nak perhatikan aku buat kerja ke?
“E-Erkk.. kejab lagi siap la breakfast. Kalau abang penat sangat sambung tidur la, nanti Aryan kejutkan abang.” Kata aku sambil menumis sambal untuk mengoreng mee. Aku dengar kerusi bergerak dan bunyi orang berjalan. Aku mengeluh. Kenapa boleh jadi macam ni keadaan rumahtangga aku? Salah siapa? Aku? aku yang tak nak mendengar penjelasaannya. Atau dia? Dia yang tak berusaha untuk memujuk aku agar mendengar penjelasan dia.
“Eh.. Aryan, awal kamu bangun?” soalan Opah membuat aku berpaling. Aku tersenyum memandang Opah yang sedang berjalan kearah aku.
“Kamu masak apa?” Opah memerhatikan aku yang sibuk mengacau sambal.
“Aryan terasa nak makan mee goreng. Itu yang Aryan goreng untuk sarapan kita.” Kata aku sambil meletakkan beberapa bahan tambahan untuk mee goreng. Opah hanya mengangguk dan mengambil teko yang berisi air kopi yang aku bancuh tadi dan diletakkan di atas meja.
“Syah dah bangun?”
“Dah.. tapi Aryan suruh abang sambung tidur sebab Aryan tengok abang macam letih aje.” kata aku sambil memasukkan mee ke dalam kuali.
“Ohh.. memang patut pun kamu suruh dia berehat. Penat sangat Opah tengokkan dia masa dia balik pagi tadi.” Berkerut dahi aku mendengar kata-kata Opah. Dia balik pukul berapa aje? Aku memandang Opah dari hujung mata untuk melihat keadaan Opah pagi ni. Aku mengigit bibir bawa. Nak tanya Opah ke tidak? Kalau aku tanya, takut Opah kesan kedinginan antara kami berdua pulak. Macam mana ni?
“Opah.. semalam abang balik pukul berapa?”
“Semalam.. hemm.. dalam pukul satu pagi macam tu la.” aku mengangguk. Satu pagi? Dia sampai sini satu pagi, dia gerak dari Perak pukul berapa? Aku tak dapat nak membayangkan bertapa lajunya dia bawa kereta untuk sampai kerumah Opah. Untung tak terjadi apa-apa semasa dia dalam perjalanan balik kesini. Aku beristighfar.
“Kenapa kamu tak jawab panggilan Syah semalam?” soalan Opah buat dahi aku berkerut. Opah tahu ke aku tak jawab panggilan dia? Dia yang bagitahu ke? “Semalam Opah tanya Syah kenapa dia tak call kamu, bukakan pintu untuk dia. Dia kata kamu tak jawab telefon dia. Kenapa? Kamu berdua bergaduh ke?” soalan Opah memang buat jantung aku berdegup dengan pantas. Aku nak jawab apa dengan soalan Opah?
“A-Ah.. Aryan senyapkan telefon Aryan. Mungkin, itu yang tak tahu abang dah sampai rumah. Lagi pun, abang ada bagitahu yang abang balik lusa, tak tahu pulak Aryan abang balik malam tadi. Kalau Aryan tahu, mesti Aryan tunggu abang balik.” Kata aku sambil mematikan api dapur dan menyeduk mee goreng ke dalam mangkuk plastik. Wahh!! Lancarnya aku bercakap.
“Dah kejutkan Syah sarapan.” Kata Opah sambil mengambil mangkuk plastik yang aku bawa. Aku hanya mengangguk dan melangkah ke bilik dengan perasaan berat.
Aku membuka pintu bilik perlahan-lahan sebab tak nak tidur dia terganggu dengan bunyi pintu. Berkerut dahi aku apabila mendapati dia tak ada di dalam bilik. Kemana pula dia pergi ni, pagi-pagi? Takkan la terasa dengan aku sampai bawa diri. Aku melewati ruang tamu, namun tidak kelihatan kelibatnya berada di situ. Aku terperasan pintu utama terbuka sedikit. Aku melangkah menghampiri pintu utama. Kedengaran suara orang tengah berbual.
“You yang handle, I tak nak tahu apa-apa.” Tegas suaranya kedengaran oleh aku. Erkk.. nak panggil dia ke tak? Angin macam tak baik aje. Ada dengan aku-aku sekali kena sembur dengan dia pagi-pagi macam ni. Jadi, aku nak panggil dia ke tak? Kalau aku tak panggil, Opah pulak menanyakan pasal dia. Kalau aku tegur, takut pulak aku kena marah dengan dia. Dah la tadi aku buat perangai dengan dia. Aduiihh..
“Awak.” Aku tersentak dengan panggilannya yang tiba-tiba. Aku mengurut perlahan-lahan dada aku sebab terkejut sambil memandangnya.
“Sorry.. abang tak sengaja.” Kata dia sambil menarik aku kedalam pelukkannya. Terasa dia mengosok belakang badan aku untuk menenangkan aku. Kaku badan aku di dalam pelukkannya sebab aku takut nanti aku kena sembur pulak dengan dia.
“Aryan, Syah.. jom sarapan.” Kedengaran suara Opah memanggil tetapi dia langsung tak ada tanda-tanda untuk meleraikan pelukkannya. Aduiihh.. nak buat macam mana ni? Aku dongak untuk memandangnya tetapi rupa-rupanya, dia sedang memandang aku dengan senyuman terukir.
“Breakfast, bang.” Kata aku cuba menjarakkan badan aku dari dia. Berkerut dahi aku memandang dia yang masih tidak mahu melepaskan aku. Bulat mata aku apabila bibirnya mendarat sekejab di bibir aku. Terkebil-kebil mata aku memandang dia yang sedang berjalan keruang dapur. Tangan aku mula berlari kebibir. Dia.. dia cium aku!
“Sayang jom breakfast.” Bertambah terkejut aku dengan panggilan dia tu. Sayang? Siapa yang dia panggil sayang tu? Aku ke? Berkerut aku apabila dia berpaling dan berjalan kearah aku yang sedang berdiri dengan muka blur. Dia menggenggam tangan aku dengan lembut dan menarik aku supaya mengikuti langkahnya keruang dapur untuk sarapan bersama Opah.
AKU HANYA MENDIAMKAN diri sejak kereta BMW 7th series miliknya bergerak meninggalkan halaman rumah Opah tadi. Dia sendiri pun tak ada tanda-tanda nak bercakap dengan aku, apatah lagi nak memujuk aku. Memang pening kepala kalau dapat hubby yang tak reti nak pujuk wife dia yang tengah merajuk. Atau dia yang pening kepala dapat wife yang keras kepala macam aku? Entah!!
Menonong aku masuk kedalam rumah tanpa membantu dia mengangkat luggage kami berdua. Biar la dia yang angkat. Tempoh hari pun dia yang angkat sorang-sorang sebab dia yang tak bagi aku tolong. Aku berjalan keruang dapur dan membuka pintu fridge. Aku tuang air fresh oren ke dalam gelas dan meneguk perlahan-lahan. Anak mata aku bergerak mengikuti dia yang sedang berjalan keruang dapur selepas meletakkan luggage kami berdua di dalam bilik.
Aku memandang ketempat lain sambil memusing-musingkan gelas yang berada di tangan aku apabila dia memandang tepat kearah aku. Tak sanggup nak pandang anak mata memukau miliknya, ada aku terus cair macam coklat cadbury. Tersentak aku apabila gelas aku yang masih ada separuh diambil olehnya dan dia minum dengan muka selamba. Weii.. air aku!! Panjang muncung aku apabila dia bagi aku gelas kosong dan aku letakkan di atas kaunter. Sesuka hati aje abiskan air orang.
Cup!!
Tersentak aku apabila tiba-tiba bibir aku diciumnya. Ini ambil kesempatan ke apa? Aku terus pandang dia yang sedang memandang aku dengan senyuman lebar. Suka la tu!! Aku mengalih pandangan aku apabila dia kenyit mata dekat aku. Terus jantung aku berdegup dengan kencang. Suka sangat buat muka cute macam tu, abis tonggang-langgang jantung aku mengepam.
Berkerut dahi aku apabila kedua tangannya memegang tepi kaunter. Aku memang dah tak boleh nak melepaskan diri dari dia dah. Semakin laju degupan jantung aku apabila tubuhnya semakin rapat dengan aku. Kepala lutut aku mula melemah apabila Sean John Unforgivable yang dia pakai mula menerjah keliang hidung aku. Kalau ada orang tolak dia dari belakang, conform dia terpeluk aku. Kini, aku betul-betul terperangkap diantara dia dengan kaunter. Terasa nafas hangatnya menampar lembut pipi kiri aku. Waa.. dia nak buat apa dekat aku ni?
“Kalau ikut pengiraan abang. Awak last cuti esok, kan?” soalan dia betul-betul buat jantung aku nak berhenti dari berdegup. Kenapa dia tanya soalan maut tu? Dia ada pasang niat nak buat apa-apa dekat aku ke kalau aku jawab ‘Ye’? Aku mengangguk dengan penuh perasaan berdebar.
“So, lusa abang dah bo-leh..” dia senyum menggoda sambil merenung tepat ke anak mata aku. Aduihh.. lemah kepala lutut aku dengan renungan menusuk kalbu dia ni, ada aku yang angkut dia pergi bilik. Sebenarnya, dia nak apa dari aku? Aku menanti sambungan ayatnya itu dengan penuh debaran di dada.
.........................
P/S 1: kepada yg rindukan TS... Cik MI bg korang bab 22 tapi tak full la.. Hahahahaha
P/S 2: kepada korang yg pening kepala dengan SSTS2... kehkehkeh..
P/S 3: kepada bdk2 yg bwh 18 tahun harap jangan baca bab nie sebab ada tut... tut... tut.... hahahahaha
P/S 4: Kepada korang smo sbnrnya bab ni belum sepenuhnya diedit.. kehkehkeh..
P/S 5:: jgn lupa drop komen...
teme kasih duan keladi.. nt baca lagi, yea.... ;)





10 Batang lolipop untuk Cik MI:
hahaha,dun worry cik DH!sy dh 20 taun!bile nk full ni?
aaa'ahh bile nak fullni x sabar nak tnggu ..huhu,,cepatla cik DH
bestx10..tak sabar tunggu full version ni.cepatlah update
wahh..bestnya..nexttt...nak lg...cpt2 mskkan full n3..plsss....
nak lagi cik dian!! best gilerr!!
wau besnya...thank penulis..hrap2 dpt post lg next n3..hehe
terbaikkkk!!!
xsabar nak tunggu n3 seterusnya...
cepat2lah sambung cik Dian ooiiiiiii! :|
tak sabor nk tunggu n3...huhuhu...lmbt lg ke?
Catat Ulasan