Aku mengetap bibir dengan perasaan geram. Miss aku konon... sebenarnya saja nak menyedapkan hati aku dekat sini yang dah separuh nyawa rindukan dia tapi dia dok berfoya-foya dengan minah gedik tu dekat sana. Patut la malam tadi dia pujuk aku suruh aku pergi Perak pun acuh tak acuh aje. Rupa-rupanya, dia dah ada agenda sendiri kalau aku tak nak ikut dia. Huh!!
Terkejut aku apabila telefon aku berbunyi. Sekilas aku memandang pemanggilnya dan aku biarkan sahaja telefon aku berbunyi dan berhenti untuk beberapa kali. Hampir dua puluh kali dia call aku sebelum dia hantar mesej dekat aku. Aku baca mesej dia dengan tidak berperasaan
-Please angkt fon.. jgn wat abg cm nie.. smo yea slh fhm aje.. just angkt fon n abg explainkan smo yea. Please..
Aku terus matikan telefon aku dan tanggalkan bateri dan sim cardnya. Malas nak layan panggilan dan mesej dia tu. Aku tengah sakit hati dengan dia sekarang ni. Aku tak ada mood nak layan dia. Aku tak ada mood. Aku melangkah masuk kedalam rumah dengan pelbagai perasaan. Betul-betul buat jiwa aku tersentap.
“Aryan.” Aku berpaling memandang Opah yang sedang duduk dekat kerusi kayu di ruang tamu. Bila masa aku masuk rumah ni? Layan perasaan cekiwa sampai tak sedar. Untung aku berjalan masuk ke rumah. Kalau dibuatnya, aku berjalan kearah jalan raya. Sia-sia aje aku terbaring dekat atas katil hospital.
“Kalau kamu terasa nak mengunyah, Opah ada buat jemput-jemput pisang.” Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata Opah dengan perasaan hambar.
Aku menutup pintu dan merebahkan diri di atas katil dengan perasaan frust terlebih tertonggeng. Waa... cekiwanya. Hukhukhukhuk.. sampai hati abang buat Aryan macam ni. Sampainya hatimu.. membiarkan diriku.. cekiwa macam kena tolak dari gaung. Waaa... aku biarkan telefon aku yang tak berbateri dan bersim card itu terdampar di atas katil. Abang...
Menonong aku masuk kedalam rumah tanpa membantu dia mengangkat luggage kami berdua. Biar la dia yang angkat. Tempoh hari pun dia yang angkat sorang-sorang sebab dia yang tak bagi aku tolong. Aku berjalan keruang dapur dan membuka pintu fridge. Aku tuang air fresh oren ke dalam gelas dan meneguk perlahan-lahan. Anak mata aku bergerak mengikuti dia yang sedang berjalan keruang dapur selepas meletakkan luggage kami berdua di dalam bilik.
Aku memandang ketempat lain sambil memusing-musingkan gelas yang berada di tangan aku apabila dia memandang tepat kearah aku. Tak sanggup nak pandang anak mata memukau miliknya, ada aku terus cair macam coklat cadbury. Tersentak aku apabila gelas aku yang masih ada separuh diambil olehnya dan dia minum dengan muka selamba. Weii.. air aku!! Panjang muncung aku apabila dia bagi aku gelas kosong dan aku letakkan di atas kaunter. Sesuka hati aje abiskan air orang.
Cup!!
Tersentak aku apabila tiba-tiba bibir aku diciumnya. Ini ambil kesempatan ke apa? Aku terus pandang dia yang sedang memandang aku dengan senyuman lebar. Suka la tu!! Aku mengalih pandangan aku apabila dia kenyit mata dekat aku. Terus jantung aku berdegup dengan kencang. Suka sangat buat muka cute macam tu, abis tonggang-langgang jantung aku mengepam.
Berkerut dahi aku apabila kedua tangannya memegang tepi kaunter. Aku memang dah tak boleh nak melepaskan diri dari dia dah. Semakin laju degupan jantung aku apabila tubuhnya semakin rapat dengan aku. Kepala lutut aku mula melemah apabila Sean John Unforgivable yang dia pakai mula menerjah keliang hidung aku. Kalau ada orang tolak dia dari belakang, conform dia terpeluk aku. Kini, aku betul-betul terperangkap diantara dia dengan kaunter. Terasa nafas hangatnya menampar lembut pipi kiri aku. Waa.. dia nak buat apa dekat aku ni?
“Kalau ikut pengiraan abang. Awak last cuti esok, kan?” soalan dia betul-betul buat jantung aku nak berhenti dari berdegup. Kenapa dia tanya soalan maut tu? Dia ada pasang niat nak buat apa-apa dekat aku ke kalau aku jawab ‘Ye’? Aku mengangguk dengan penuh perasaan berdebar.
“So, lusa abang dah bo-leh..” dia senyum menggoda sambil merenung tepat ke anak mata aku. Aduihh.. lemah kepala lutut aku dengan renungan menusuk kalbu dia ni, ada aku yang angkut dia pergi bilik. Sebenarnya, dia nak apa dari aku? Aku menanti sambungan ayatnya itu dengan penuh debaran di dada.
.................................
P/S 1:: diorg dh mula gaduh.. so, tpaksa la mcari feeling cemburu itu tak ada mata.. Hahahahahaha...
P/S 2:: Apa yg tjadi selepas ni.... Hehehehe.. tggu aje la n3 sterusnya.. hahahahha
teme ksh duan keladi.. nt baca lagi n jgn lupa komen... hehehe





10 Batang lolipop untuk Cik MI:
cik dian suka wat suspen..hahaha
=p
yay!!!
alaha...1st dah gaduh,
pastu baik dah... haha...wondering apa yang terjadi...huhu...
Hehehehe.. E2 hobi baru Cik MI.. buat suspen.. hehehehehehe...
macam ada something yg miss kan? apa yang Aryan nampak or sapa? hishhhh.... x faham.... so kena huraikan lagi lah nie....hehehe dan paling suka ngan yang last part tu..... :)
Mummy Hanan:: SSTS singkatan untuk Sedikit Sudutan Tengku Sarhan... So nak kena tggu full n3 la klo nak th apa yg blaku.. hehehe
waahhh...
berdebar gle....!!!
xsbar nk 2gu.!!
Cik Mi .... kalau dah di bukukan jangan lama sangat ya...
sebab takut terlupa pula ..... jalan cerita yang ringan dan mudah di fahami..
I like.... TQ
lemah jantung ble TS ckp cm2...cpt2 update ye cik mi...
takut jugak bile aryan merajuk..
fuhh..
pandai-pandaila ts pujuk kasi cair ye..
heee
wah bley bt jantung terkeluar la..... mnunggu cite kak mi ni...... ap2 mmg best.... ts goda aryan... chaiyok.... over lak.... hehehe
Catat Ulasan