BERKERUT dahiku apabila dia suruh aku duduk depan dia dekat bilik bacaannya. Aku hanya memerhatikan dia tengak baca sesuatu dekat fail warna kuning tu. Sebab tunggu dia lama sangat nak bagitahu apa sebabnya dia suruh aku masuk ke bilik bacaan selepas sarapan tadi, mata aku mula meliar ke setiap sudut bilik bacaan ni. Bilik sebesar bilik tidur aku dekat rumah Opah dibuatnya bilik bacaan, agak membazir betul. Bukannya boleh buat apa-apa pun kalau bilik bacaan sebesar alam ni, Cuma nak baca buku aje kan? Lain la kalau ada niat lain.
Kelihatan, ada dua rak buku yang dah penuh dengan bermacam-macam jenis buku tersusun elok aje. Kalau ada masa, aku nak tengok la buku apa aje yang tersusun tu. Mana la tahu pakcik ni ada letak novel cinta melayu ke, boleh la aku tumpang baca sekali. Tapi dari gaya pakcik ni, nak ke dia baca novel cinta melayu ni? Entah!!
“Nah..” aku pandang dia yang sedang hulur fail kuning yang dia baca tadi dekat aku.
Berkerut dahi aku memandangnya.”Nak buat apa?” soalku sambil menyambut fail kuning tu.
Dia nak suruh aku buat apa dengan fail kuning ni? Buat balut nasi lemak ke? Tak pun sagu rendang? Aku belik fail kuning ni depan belakang. Belum sempat aku buka untuk tahu isi kandungannya, dia dah buka mulut.
“Abang nak awak teliti akaun syarikat kita. Lepas awak dah teliti, abang nak awak buat report ringkas tentang akaun syarikat kita dan bagi abang report tu petang ni.” cakap dia sambil silak fail warna biru.
“Hah?”
Dia pandang aku dengan muka serius dia. Aku terus silak fail kuning yang ada dekat tangan aku sekarang ni. Sesekali aku jeling juga dia yang tengah teliti fail biru tu. Apa maksud dia sebenarnya? Dia suruh aku buat report akaun syarikat tapi kenapa? Aku garu kepala yang tidak gatal.
Aku teliti akaun am syarikat dari tahun 2005 hingga la sekarang. Rasa berputar-putar biji mata aku melihat nombor-nombor yang tertera dekat kertas A4 ni. Kena ambil coklat dekat peti ais ni, kalau teruskan juga mahu aku kena serangan menyucuk-cucuk dekat kepala aku ni. Kalau baik dalam seminit dua minit tak apa la juga, ni sampai berjam-jam. Kekadang, sampai satu hari suntuk. Tak boleh sakit kepala sebab belum masak untuk tengahari lagi, nak suruh dia makan kayu jati ke? Aku bangun dari kerusi.
“Nak kemana?” dia dongak dan pandang aku yang tengah berdiri.
“Nak turun ke dapur. Nak buat air dengan nak ambil benda yang boleh dimakan.”
Dia mengangguk dan pandang balik fail biru tu. “Buatkan abang air kopi macam malam tadi.” Berkerut dahi aku mendengar permintaan dia tu.
“Macam malam tadi?” Dia dah jeling tajam dekat aku apabila aku soal dia.
Aku tersengih dan keluar dari bilik bacaan ni. Nak minta tolong pun ego. Cakap aje la kopi yang aku buat tu sedap, tak payah nak buat mata sakit dengan asyik nak dok menjeling dekat aku aje. Tengah aku bancuh kopi untuk dia tiba-tiba telefon aku berbunyi. Tersenyum aku melihat si pemanggilnya.
“Ada apa, Nani?” soal aku lepas salam aku dibalas oleh Nani.
“Akak dengan abang ada dekat rumah tak?”
“Ada. Kenapa?”
“Ohh.. Nani ingat nak datang melepak dekat rumah akak la. Kat rumah Nenda ni ada orang menyakitkan hati Nani la.”
“Siapa?” soalku walau aku tahu siapa yang dimaksudkan Nani tu.
“Minah piano rosak aka MEG datang rumah menanyakan alamat rumah baru abang. Tapi awal-awal lagi Nani dah pesan dekat Nenda jangan bagitahu dia, suruh dia tanya abang sendiri. Jadi sekarang ni, dia tengah mengapu Nani suruh bagitahu alamat rumah baru abang dengan akak.”
“Ohh..” aku kacau air kopi dengan malas lepas dengar nama minah tu dengan niat minah tu. Sibuk aje nak tahu alamat rumah aku laki bini. Nak buat apa kalau dia tahu alamat rumah aku laki bini? Nak menganggu ketenteraman rumahtangga aku laki bini la tu.
“Boleh tak akak?”
“Boleh aje.. akak lagi suka Nani datang. Tak la boring sangat duduk berdua dengan abang time-time hujung minggu macam ni.” kataku sambil meletak tangan kananku dekat atas kaunter dan memandang terus ke luar tingkap.
“Nani nak gerak ke sana sekarang ni.”
“O..” eh!! Siapa yang rampas telefon aku ni? Aku belum habis cakap lagi dengan Nani. Aku berpaling dan kelihatan, dia tengah memegang telefon bimbit aku. Dia nak buat apa dengan telefon aku tu? Telefon canggih dia mana?
Bila masa aje dia turun ni? Tak perasan betul aku dengan kedatangan dia tu. Jalan punya la senyap, macam angin sepoi-sepoi terlebih bahasa aje. Tapi kenapa dia turun kebawah? Asal tak tunggu dekat atas aje? Lama sangat ke tunggu aku buat air?
“Nani tak payah kerumah abang hari ni. Kita jumpa dekat luar aje. Sebab abang dengan akak nak keluar berjalan. Okey.. dekat tempat biasa. Assalammualaikum.” Lepas dia tekan punat merah, terus dia bagi balik telefon aku.
Keluar berjalan? Tak ada pula dia cakap dengan aku tadi. Dia Cuma cakap suruh buatkan dia kopi macam malam tadi dengan nak report pasal akaun syarikat aje. Ke aku tak dengar dia ada cakap nak keluar? Aku hanya memandangnya yang tengah mendaki anak tangga. Berkerut dahi aku apabila dia berpaling dan menuruni anak tangga. Kenapa pula dia patah balik? Dia tarik tangan aku supaya mengikuti dia naik ketingkat atas. Eh!! Nak apa pula dia ni? Airr..
KEKOK sungguh keadaan aku sekarang ni. Tangan aku dipegang erat oleh dia, semua gara-gara budak-budak sekolah dok bersiul dekat aku masa aku berjalan nak ke pintu utama mall ni. Bila dia nak lepaskan tangan aku ni? Dah berpeluh tangan aku dibuatnya. Tak selesa berkeadaan macam ni. Aku pandang dia walau hanya nampak sisinya tapi wajahnya memang tampak tenang.
Dia sedar tak sekarang ni, dia tengah pimpin tangan aku macam sepasang kekasih tak pun pasangan suami isteri? Tapi kita orangkan dah kahwin. Jadi, macam pasangan suami isteri yang bahagia la kan. Dia makin mengeratkan lagi pegangannya apabila aku cuba menarik tangan aku.
Lama-lama, aku biarkan aje dia pegang tangan aku dan aku turut mengeratkan pegangan dia tu. Aduiihh... penat betul nak saing langkah panjang dia ni. Aku menarik tangannya agar langkahnya seiring dengan langkah aku. Dia menoleh dan mengangkat kening isyarat bertanya.
“Abang nak masuk pertandingan berjalan secara berpasangan ke? Penat la saya nak saing langkah abang yang panjang tu. Jalan slow-slow la, tak lari mana pun si Nani tu.” Lepas aje aku cakap macam tu, dia lepaskan pegangan dia.
Berkerut dahiku. Alaaa.. kenapa lepaskan? Aryan nak jalan sambil pimpin tangan macam pasangan kekasih walaupun kita suami isteri. Baru aje aku nak tarik muncung, tiba-tiba tubuh aku ditarik mendekati tubuhnya dan bahuku dipeluk mesra dengan dia. Dup dap, dup dap.. bunyi jantung aku apabila bau minyak wanginya kuat diliang hidungku. Aku dongak memandangnya yang memang sedang memandang aku.
Dia menyentuh lembut kepala aku dan menunduk sambil matanya menikam anak mataku. “Kalau macam ni, okey?”
Terkebil-kebil mata aku apabila wajah dia begitu dekat dengan wajah aku. Terasa nafas hangatnya lembut menampar mukaku. Aduii... lemah kepala lutut aku bila dia dah masuk mood romantiknya. Terasa mukaku berbahang menahan perasaan malu apabila pengunjung-pengunjung mall mengerling kearah kami berdua.
Dia mengukir senyuman apabila aku melarikan anak mata aku ketempat lain. Malu!! “Dah, jom.”
Sepanjang kami berpusing-pusing dekat dalam mall, senyuman sentiasa terukir dibibirku. Mana tidaknya, dia tidak pernah meleraikan pelukkannya dibahuku malah makin dieratkan. Kekadang, aku mengambil kesempatan dengan melentok manja dibahunya dan setiap kali aku melentok manja dibahunya terasa kepala aku dibelai manja oleh dia. Makin mengedik la aku jawabnya. Bukan selalu dapat peluang bermanja dengan dia. Hehehehehe...
Aku duduk sambil memandang Nani yang sudah buat muncung itik. “Abang pergi mana aje? Lama tau, Nani tunggu dekat sini. Naik kematu punggung Nani.” Rungut Nani.
Macam biasa, dia tunjukkan air muka tenang tapi dinginnya tu. “Dah Nani bagitahu abang yang Nani sampai lambat. Itu yang abang pusing-pusing dulu.”
Makin panjang muncung Nani mendengar kata-katanya tu. “Dah tu, abang tak reti-reti nak angkat call Nani. Untung akak angkat call Nani. Kalau tak, mahu Nani jadi patung promosi dekat sini.”
Dia buat muka mengejek. Saja nak menaikan kemarahan Nani la tu. Bila berjumpa aje, bergaduh. Bila bertentangan mata aje, berperang. Bila bersemuka aje, bertekak. Pantang berjumpa betul la diorang ni. Perangai macam budak-budak la abang ni tapi bila berdua dengan Aryan buat perangai dingin ais batu dekat kutub utara. Huh!!
Aku hanya mengeleng apabila dua beradik ni tunjuk muka tak puas hati. “Dah la tu, asyik nak berpolitik aje bila berjumpa. Akak dah lapar ni, Nani. Abang pesan la makanan.” Kataku untuk meredakan ketegangan buat-buat mereka berdua tu.
Aku ketawa kecil melihat kelakuan mereka berdua. Nani berpaling dengan muka mencuka, dia buat muka poyo sambil menyilang tangan.
AKU mengeluh berat. Dinner dekat rumah agam Nenda. Tak berselara la aku nak makan nanti sebab mengadap muka minah tu. Siapa lagi kalau bukan sepupu gediknya aka Tengku Fiona tu. Haiii.. tak suka la macam ni. Sekarang ni, dengar aje rumah Nenda aje terus mood aku tak ada. Dah macam alergi aje aku kalau ada orang sebut rumah Nenda. Huh!!
“Kenapa?” soalannya buat aku menoleh kearah dia yang sedang memandu.
Nenda tadi call masa kami bertiga berfoya-foya lepas makan tengahari tadi dan suruh kami balik ke rumah agam, nak dinner sama-sama sebelum pakcik ni masuk kerja. Nenda cakap bila pakcik ni dah masuk kerja, busy dua puluh lima jam sampai nak tengok muka pun tak sempat walau duduk sebumbung. Ini lagi, dah tak duduk sebumbung. Mahu lagi payah nak berjumpa.
Dengar aje pakcik ni cakap dinner dekat rumah agam Nenda, terus aku tak ada mood. Makin bertambah tak ada mood aku bila pakcik ni kata itu semua adalah idea Tengku Fiona dan Nenda pun setuju dengan idea Tengku Fiona. Kepala aku terus tangkap muka gedik minah tu. Arghh!!! Kenapa la dia ada sepupu macam tu? Tak aman betul hidup aku. Huh!!
“Tak ada apa-apa.” Jawab aku tak bersemangat sambil memandang keluar tingkap.
Terasa tangan aku diramas mesra oleh dia, aku hanya membiarkannya. Tak ada mood juga walau abang masuk mood romantik ke apa. Aryan tak suka sepupu gedik abang tu. Kita dinner dekat rumah aje tak boleh ke? Aku menongkat dagu dan mata masih memandang luar.
“Auchh!!” aku menarik tangan sambil berpaling memandangnya yang tenang memandu kereta.
“Sakit la!! Abang kenapa? Dah lapar sangat ke sampai gigit jari saya?” rungutku sambil mengosok jari telunjuk aku yang baru dia gigit tu.
Tiba-tiba aje gigit jari orang. Ingat jari aku ni kentang goreng ke? Kalau gigit slow-slow tak apa la juga, ini gigit macam gigit paha ayam goreng. Dah la aku tengah tak ada mood, boleh dia cari pasal dengan aku pula. Aku tarik muncung sambil berpaling. Merajuk dengan abang. Dan keputusan Aryan, muktamad!!
“Sini abang tengok.” Tangannya menyentuh lembut tangan aku.
Aku mengelak. Apa ni sentuh-sentuh tangan orang? Dah jangan nak pujuk Aryan. Aryan tak nak kawan dengan abang lagi. Malam ni, abang tidur luar. Aryan nak tidur sorang-sorang dekat bilik. Aku tepis tangan dia apabila tangan dia tersalah sentuh. Bulat mata aku memandang dia yang tengah tersenyum nakal tu.
“Opss!! Sorry.. dah awak gerakkan tangan awak kesana kesini. Kan abang tersalah pegang.”
Membahang muka aku apabila aku nampak senyuman nakal terbit dibibirnya. Macam tak pernah sentuh dada aje gayanya sampai senyum macam tu sekali? Entah!! Tapi bengong la kau, Aryan. Dia dah biasa sentuh dada sendiri. Dada kau dengan dada dia kan berbeza, itu yang dia senyum macam tu. Suka la tu sentuh dada orang. Aku mencebik. Tendang lelaju kan, baru padan muka.
“Sini tangannya. Karang abang tersalah pegang lagi.” Ada niat nak buat lagi nampak?
Aku hanya memandangnya yang sedang meniliti jari telunjuk aku yang dia gigit tu. “Tak cedera mana pun jarinya. Kalau cedera teruk, abang kena hantar ke hospital ni. Minta doktor jahitkan secepat mungkin, takut kena potong jari awak.”
Aku jeling tajam dekat dia. Cehh!! Buat aku makin sakit hati la dia ni. Macam cari gaduh aje gaya dia ni, meh la kita gaduh. Dia pegang pergelangan tangan aku dengan kuat apabila aku cuba menarik tangan aku dari dia. Ini apa hal main pegang tangan orang kuat-kuat? Macam tak ada tangan aje. Tak cukup lagi ke Allah bagi sepasangan tangan tu, sampai tangan orang pun nak? Tergamam aku apabila dia mengucup jari telunjuk aku.
“Dah baik dah jari awak sebab abang dah bagi ubat paling mujarab dekat dunia ni.” katanya sambil mengerling kearah aku yang terkaku dan dia mengucup lagi jari telunjuk aku.
Tanpa sedar, aku tersenyum dengan kelakuan romantiknya tu. Pandai betul abang pujuk Aryan, kan. Bila kena pujuk dengan abang, Aryan tak boleh nak jauh hati lama-lama. Cepat betul hati Aryan cair dengan sikap romantik dan caring abang tu. Macam mana la Aryan tak jatuh cinta dengan abang. I love you so much, Tengku Sarhan. Nope.. pakcik kerek!!





3 Batang lolipop untuk Cik MI:
hehe....dingin2 pn ttp romantika gitu...huhu...cair ;)
tangkap lentok...
aww~
ske TS sweet~~
aryan, jgn wat perangai eh~
hehehe
Catat Ulasan