AKU naik anak tangga satu persatu dengan perasaan gembira. Mana tidaknya, ini kali pertama aku masak untuk dia. Sebelum ni, aku langsung tak dapat peluang nak tunjuk skill memasak aku dekat dia. Mana tidaknya, bila ada dekat rumah Opah aku keluar aje dari bilik, dah siap makanan terhidang diatas meja. Rumah Nenda lagi la tak payah sebab semua kerja dilakukan oleh maid. Aku baru aje nak jejak kaki dekat ruang dapur pun dah kena halau. Inikan, nak pegang kuali memang tak dapat punya. Huh!!
“Abang dinner dah siap. Jom, makan.” Kata aku sambil membuka pintu dan nampak dia tengah tengok aku berdiri dekat depan pintu bilik bacaannya.
Dia bangun dan mengemas meja kerjanya yang bersepah tu. Opss!! Sorry sebab ganggu abang tengah buat kerja. “Okey.. give me one minute.”
Aku menutup pintu bilik bacaannya dan menuruni anak tangga dengan senyuman lebar. Macam mana la komen dia nanti? Tak sabar aku nak tahu. Aku harap dia suka dengan masakkan aku. Sambil menunggu dia turun kebawah, aku menyusun kembali kedudukkan lauk-pauk dekat atas meja walau lauk-pauk tu dah tersusun elok.
Aku tersenyum apabila dia menarik kerusi dan duduk. Aku bangun dan mengambil pinggannya. Dengan penuh berhati-hati, aku menyeduk nasi kedalam pinggannya dan meletaknya dekat depan dia.
“Awak pakai shampoo apa?” terhenti tangan aku untuk mengambilkan lauk untuk dia. Aku pandang dia dengan pandangan pelik.
Shampoo? Huh? Asal tetiba bagi aku soalan luar alam ni? Shampoo la, takkan susu pulak. “Kenapa?” soalku dengan perasaan cuak. Mana tahu dia fikir aku dok merabiskan susu bertin-tin dekat dapur untuk basuh rambut, mahu dia sekat bekalan susu tu. Meraung aku sebab akukan suka minum benda yang bersusu ni.
“Tak ada apa-apa.” Berkerut dahi aku memandang dia yang tengah menyuap nasi kemulut.
Kenapa dengan shampoo aku? Bau semacam ke? Aku mencium rambut aku yang lembab tu. Wangi aje aku bau ke hidung dia yang ada masalah? Dah bertahun aku pakai shampoo tu, tak ada yang complaint pun selama ni melainkan pakcik kerek ni. Apa-apa aje pakcik kerek ni. Tahu la shampoo dia lagi mahal dari aku. Huh!!
“Abang rasa baru tengahari tadi kita pergi beli barang dapur, kan?” aku memandangnya. Kali ni, apa pula yang dia nak complaint?
“Takkan garam dah habis kot. Tak pun, awak lupa nak beli. Tawar.” Kata dia sambil menyedok sayur goreng. Huh?!
Tawar?! Aku punya la rasa berkali-kali untuk memastikan rasa semua masakan aku cukup rasa, boleh dia kata tawar. Ke lidah dia yang ada masalah? Tak pun, lidah aku yang dah rosak? Tak pun, masakkan aku ni tak sesedap masakan maid Nenda kot? Ye la, dia punya lidah dah sebati dengan masakan maid Nenda tu. Itu yang kali pertama merasakan masakan aku, dia punya lidah dah rasa something dan terus aje complaint.
Tetiba aku teringatkan Encik Haikal. Sob, sob, sob... Encik Haikal pun pernah rasa masakan aku, tak ada pula di complaint macam dia. Suka aje aku tengokkan air muka Encik Haikal masa dia mula-mula rasa masakan aku. Ceria teramat. Gaya macam dapat merasakan masakan chef terkenal aje. Rindunya nak dengar komen bunga-bunga Encik Haikal tu. Dia ni tak boleh jadi macam Encik Haikal sekejab ke? Dia ni memang tak pandai nak menghargai masakan aku.
“Hanya Encik Haikal sorang aje yang tahu menghargai masakan aku.” Perlahan aku cakap. Seakan berbicara dengan diri sendiri. Tak pun dalam dunia sendiri.
“Apa?” aku pandang dia yang tengah pandang aku dengan pandangan tajam. Erkk!! Dia dengar ke?
“Hah!! Tak ada apa-apa.” Aku mengeleng.
Aku pandang tempat lain. Bengong apa aku ni? Sejak jumpa Encik Haikal dekat Carrefour tadi, asyik nak sebut nama Encik Haikal aje. Gatal sungguh mulut aku ni!! Mahu tersedak Encik Haikal yang tengah makan dekat rumah Aunty Lya. Tersedak okey lagi kalau pengsan, tak ke kes penganiayaan namanya tu. Tak pasal-pasal aku tempah nama dekat penjara Pudu sebab tak terniat nak bunuh orang. Huh!!
“Tadi abang macam dengar awak sebut nama someone. Siapa?” dia pandang aku dengan pandangan tajam. Terus tekak aku rasa berpasir.
“Ahhh.. mana ada. Saya tak sebut nama sesiapa pun. Abang salah dengar tak?” aku terus menunduk dan menyuap nasi kemulut. Jangan sambung tanya lagi!!
Aku tarik nafas lega bila dia tak ada tunjuk tanda-tanda nak menyoal lagi. Rasa macam ada dekat tali gantung bila dia menyoal nama siapa yang aku sebut tadi. Fuhh!! Tapi kelegaan aku tu hanya untuk seketika apabila dia meletakkan resit bayaran dekat atas meja makan. Bulat mata aku memandang resit bayaran tu. Mana dia dapat resit bayaran ni? Nak hentak kepala dekat atas meja makan.
Bengong la kau, Aryan. Kenapa kau tak simpan sekali resit bayaran tu dengan giftnya? Memang cari bala betul aku ni. Terkulat-kulat aku memandangnya yang tenang menyuap nasi. Kali ni, aku nak merapu-meraban apa pulak? Memang mati selera aku malam ni walau aku masak lauk kegemaran aku. Sob, sob, sob..
“Abang jumpa resit ni dekat atas katil. Awak beli apa aje dekat kedai jam tu sampai bayar beribu? Awak belikan jam untuk siapa?” soalan dia dah buat aku mengelabah dan peluh mula menitik didahiku.
“Saya punya.”
Dahi dia berkerut. “Jam lelaki?”
“Saya memang suka pakai jam lelaki.” Aku tayang gigi. Memang cari bala!
“Hanny!!” volume dia dah naik sikit. Ternaik kening aku.
Hah?! Tadi dia panggil aku apa? Aku salah dengar ke? Dah lama aku tak dengar orang panggil nama belakang aku tu. Rasa janggal pula dengar nama tu. “Abang panggil saya apa tadi?” dia menjeling tajam dekat aku. Alamak!!
“Jangan nak tukar topik. Abang tanya apa tadi?”
Mendengar suara dan reaksi muka dia yang dah berubah tu, buat perut aku kecut. Baik bagitahu aje hal sebenarnya tapi siapa bakal pemiliknya jangan bagitahu dia. Mahu dia fikir yang bukan-bukan pula. Dibuatnya dia upah pembunuh upahan, tak ke Encik Haikal mati muda. Dengan-dengan aku sekali mati muda sebab kena serang dengan peminat-peminat Encik Haikal. Tak nak!!!!
“Sebenarnya jam tu saya nak bagi dekat someone.” Terus aku tunduk dan memandang pinggan. Tak sanggup nak tengok muka dia yang sekarang ni mesti berubah habis.
“Someone? Macam special aje someone tu sebab dapat hadiah beribu?” kedengaran suaranya seakan-akan memerli.
Perli nampak? Cakap aje la yang abang cemburu sebab tak dapat hadiah beribu dari Aryan. “Special? Tak ada la, dia sama macam Lina dengan Amar Cuma dia atas sikit.” Ye la, Encik Haikal tu kan bos aku mesti la dia atas dari Lina dengan Amar. Betul tak?
“Atas si..”
“Saya dah janji nak bagi gift dekat dia sebab selama ni, dia banyak menolong saya. Lagi pun, jam tu dah lama saya tempah dan hari ni, baru saya sempat nak ambil. Abang jangan risau nanti saya bayar balik dekat abang sebab saya dah gunakan kad kredit abang. Masa nak bayar tu, line untuk kad autodebit tak berapa nak okey. Itu yang saya gunakan kad kredit abang.” Aku terus pintas kata-katanya apabila aku dapat hidu yang dia nak bagi soalan yang membolehkan aku tak cukup nafas lagi.
“Kalau cakap terus-terangkan senang. Tak payah nak fikirkan ayat corner-corner ni, menyusahkan awak dengan abang sekali.”
Aku tayang gigi dekat dia apabila nada dia dah jadi macam biasa. Untung dia tak marah lama-lama. Kalau tidak, naya aje aku nak mengadap muka singa dia tu. Mahu perut aku kecut macam asam kecut.
“Tak payah nak bayar balik. Anggap aje abang pun ada sekali share dekat gift tu tanda terima kasih abang dekat someone yang banyak tolong awak tu.” Aku mengangguk laju.
Suka sebenarnya dengar ayat ‘Tak payah nak bayar balik’ tu sebab tak payah susah-susah aku nak keluarkan duit dekat bank. Aku pandang dia yang tengah menyuap nasi sambil senyum meleret. Terima kasih, abang. Sayang bebanyak dekat abang.
LEPAS aje aku hantar air kopi dekat pakcik kerek yang tengah membaca dibilik bacaannya tu, terus aku terjun keatas katil dan sempat lagi buat aksi berguling ke tepi sebab ternampak keypad telefon aku bernyala. Berkerut dahi aku memandang skrin telefon. Sepuluh missed call dengan satu mesej. Siapa aje yang rajin call aku bebanyak kali memalam buta ni? Macam tak ada kerja aje pemanggil ni? Nak habiskan kredit pun agak-agak la. Apa kata share aje top up dia yang banyak tu dekat aku dari mensia-siakan top up tu.
Lina?! Kenapa minah ni call aku? Urgent kot sebab minah ni takkan call aku sebanyak ni kalau bukan benda penting. Selalunya call aku sekali aje kalau aku tak angkat tapi mesej dia yang banyak masuk sebab nak suruh aku call dia atau balas mesej pertama dia tu.
Baki kredit banyak lagi ni, boleh call dia sebab aku bukan jenis orang yang suka hantar mesej ni. Buat penat jari aku aje dok menaip. Cewah!!! Ye aje aku ni. Hahahahaha.. ke sebenarnya nak riak sebab orang tu di top up kan oleh abang tercinta? Hehehehehe.. dengar-dengar pulak nak ditukar ke bil, abang tercinta yang tolong bayarkan. Hohohoho..
“Weee... penat aku dail nombor kau. Asal tak angkat?” soal Lina lepas jawab salam aku. Tak menyempat betul makcik ni.
“Makcik cuba tengok jam dulu sebelum call aku. Aku baru aje lepas makan malam tau. Hah!! Ada apa sampai call aku berpuluh kali ni?”
“Hehehehe... sorry. Lupa nak tengok jam tadi. Kau tak baca lagi mesej aku ek?”
Mesej?! Lina ni memang la, dah aku call dia disuruhnya baca mesej dia pula. Ada yang kena campak dalam kandang beruang panda ni. “Tak sempat sebab aku tengok nama kau naik banyak sangat. Itu yang aku terus call kau, takut urgent. Apa isi mesej kau tu?”
“Amar!!!” jerit Lina girang.
Adoiii... pekak telinga aku dek jeritan Lina ni. Belum umur aku cecah 40 tahun dah jadi pekak sebab selalu sangat dengar makcik ni menjerit. Terpaksa la aku pakai alat bantuan untuk mendengar ni. Huh!!
“Wee.. pekak telinga aku. Hah!! Kenapa dengan Amar?”
“Dia... dia... dia... hahahahahaha.” Berkerut dahi aku mendengar Lina ketawa gedik.
Kenapa pula dengan makcik ni? Kena sampuk dek angin utara ke apa? Memalam buta macam ni ketawa macam tu. Menakutkan aku aje, dah la aku duduk dekat bilik tidur ni sorang-sorang. Ish!!
“Kenapa kau ketawa macam tu sekali? Takut aku mendengarnya. Cepat la, dia kenapa?” gesa aku.
“Hehehehe... di-a han-tar rom-bong-an me-mi-nang.” Satu-persatu Lina sebut.
Aku salah dengar ke apa? Sound trouble ke aku lepas makcik ni menjerit sesuka hati tadi sampai telinga aku salah tangkap. “Hah!! Biar betul?” terus aku duduk tegak dekat atas katil.
“Betul la. Hujung bulan ni, kitaorang tunang. Bestnyaaa...” kedengaran suara Lina teruja. Sebenarnya, aku dengar miang semacam aje suara Lina tu.
“Tahniah.. seronok aku dengar hubungan korang makin serius.”
Aku julingkan mata apabila terdengar Lina tergelak miang. “Mesti la. Itu pun aku ugut dia, baru dia nak tunang.” Berkerut dahi aku mendengarnya.
“Ugut? Kau ugut apa aje?”
Makcik ni memang tak boleh percaya sangat. Boleh pula main ugut-ugut bagai. Ugutan apa aje yang makcik ni dekat Amar sampai lelaki tu setuju nak hantar rombongan meminang. Ni mesti guna taktik kotor yang menyebabkan Amar tersentap untuk beberapa hari. Kenal sangat makcik ni!!
“Aku cakap kalau dia tak nak hantar rombongan meminang, aku cari lelaki lain.”
Kan, aku dah kata. Memang tak boleh dipercayai. “Tak patut la kau.”
“Ada aku kisah. Yang penting hujung bulan ni kitaorang bertunang.”
“Ada aje kau ni. korang ikat berapa lama?”
Kalau Lina, aku tahu dia tak suka ikat terlalu lama. Dia pernah cakap dengan aku yang dia tak setabah mana-mana perempuan yang suka ikat bertahun-tahun. Tak sanggup nak mengadapi dugaan bertunang ni. Tambah dia lagi, bertunang tu bukannya tiket dia dengan Amar boleh buat-buat benda yang berkaitan dengan ‘SOMETHING’!!
Mengerunkan betul masa dia cakap macam tu. Lagi-lagi, dia cakap sambil buat gaya kucing siam tengah kemaruk nak mengawan. Ishhh!!! Naik bulu roma aku masa tu. Apa lagi dekat sebelah aku masa tu ada majalah, nasib malang bagi bahu dia kena pukul dengan majalah dari aku.
“Itu la yang aku bengang, Aryan. Punya la susah aku suruh dia hantar rombongan meminang tu. Tup-tup, dia cakap dengan mak ayah aku tak nak ikat lama-lama. Dia nak buat majlis hujung tahun ni. Geram aku.” Kedengaran suara Lina kegeraman.
“Okey la tu. Tertunai impian kau tak nak tunang lama-lama.” Aku gelak. Termakbul niat kau, Lina.
“Itu la. Eh!! Jangan lupa datang rumah aku sebelum majlis tunang tau. Kau jangan nak merasa jadi tetamu pulak. Masa majlis kau, aku bertungkus-lumus menolong dekat dapur tau. Jadi, sila la tolong mak ayah aku dekat dapur ye.”
Aku mencebik. Bertungkus-lumus konon!! Bertungkus-lumus menengokkan makcik-makcik buat kerja dekat dapur ada la. Lepas tu, ganggu ketenteraman aku yang tengah serabut dan tak berapa nak tenteram. Itu ke tungkus-lumus yang dia katakan?
“Cehh!! Ye la. Aku ni manada muka macam tetamu, kan?” aku buat suara ala-ala merajuk. Kedengaran suara Lina tengah ketawa.
“Uitt!! Merajuk nampak. Dah berisi ke? Sikit-sikit sentap.”
“Banyak la kau berisi. Isi perut ada la.” Tinggi suara aku kedengaran.
Agak-agak la makcik ni. Dah la malam, dibuatnya aku teringat-ingat kata-kata dia ada yang pakcik kerek dekat bilik bacaan sebelah menjadi mangsa aku malam ni. Mana tahu angin rimau aku nak dok menerkam mangsa datang, sia-sia aku masuk balai polis atas sebab merogol suami sendiri. Merogol!! Sah otak tak betul.
“Ye la.. okey la. Aku Cuma nak bagitahu berita yang bakal merubah kehidupan aku seratus peratus tu dekat kau.”
“Tahniah tau.” Ucap aku sekali lagi.
“TQ. Bye, Aryan. Jangan ganas-ganas tau buat projek dengan laki hensem kau tu.”
“Lina!!” jerit aku walau aku tahu sia-sia sebab makcik tu lebih awal putuskan panggilan sebelum dengar aku menjerit sekuat hati.
Hampagas betul la makcik ni, tau la tak lama lagi dia nak kahwin. Asyik nak cakap benda-benda yang berkaitan dengan kuning aje. Lari dari topik kuning sekejab tak boleh ke? Rasa macam ada tinggalkan anak dekat medan perang Iraq ke? Agak-agaknya, mahu si Amar bengang aje kalau dengar bakal tunangnya dah pandai cakap benda kuning tu. Mahu tak jadi tunang budak berdua tu, terus aje ajak kahwin sebab Amar takut Lina buat benda-benda pelik dekat dia. Hahahahaha..
Aku baring dekat atas katil sambil kaki buat gaya kupu-kupu terbang. Tangan dok sibuk buka inbox nak tengok isi mesej si makcik otak kuning tu. Berkerut dahiku. Encik Haikal mesej aku? Bila masa pula Encik Haikal mesej aku? Yang peliknya mesej dah dibaca tapi aku baru aje sentuh telefon aku tadi. Mungkin, aku tertekan ke apa agaknya. Itu yang tak perasan. Abaikan. Sekarang ni, nak baca mesej Encik Haikal.
-Mama pun kirim salam dekat Aryan juga. Mama pesan suruh datang rumah kalau ada masa dan jangan lupa bawa husband awak sekali. Mama kata dia rindu dekat awak tapi saya rasa mama saya rindukan kek coklat awak. ;)
Aku tersenyum mengingati kembali sikap mesra Aunty Lya. Lagi-lagi, masa Aunty Lya puji kek coklat yang aku buat tu sedap walau aku rasa biasa-biasa aje. Patut la Encik Haikal mesra dekat semua orang, rupa-rupanya dia mengikuti sikap mamanya. Rindu pulak dekat Aunty Lya bila bercakap tentang dia. Bila la nak pergi jumpa Aunty Lya lagi? Takkan nak datang macam tu aje, mesti la datang sebab dijemput. Baru la aku datang. Malu nak datang terjah macam tu aje. Hehehehe..





3 Batang lolipop untuk Cik MI:
kelakarnya si Watak Lina ni... cik MI amik dari sapa perwatakannya. mestinya seseorang kan..kalu Ayu pulak, suka amik watak my cousin kat kampung di Terengganu..hhehehe..saje nak glamourkan mereka dalam blog ayu..heheheh..leh share tak? ehheh
alala...
x nak la aryan timbulkan masalah~
hhuhuhu... sy pun cedih & marah bagi pihak TS! hahaha...
okey, cik MI. gambarre~
Ayu:: Hehehehe... Cik MI mmg suka jenis watak mcm Lina.. Lina 2 versi member rapat Cik MI... Boley aje nak share.. Ilmu baik kite share kan?? heheheh
Cik n.haliban:: Hohohohoho.. Ni pihak TS ek.. Cik Mi pihak Aryan tau.. hahahaha...
Catat Ulasan