“KENAPA NI?” SOAL dia dengan nada lembut sambil menghulur tangan.
Aku memandangnya sambil menyambut huluran tangannya dan mencium tangannya dengan perasaan bersalah. Aku mendongak memandang dia yang sedang memandang aku dengan kening sebelahnya diangkat, reaksi biasa dia apabila dia bertanya. Nak cakap ke?
“Tak ada apa-apa.” Kataku sambil bermain dengan jarinya.
“Betul?” soalnya dengan nada meminta kepastian. Alahaii.. janganlah buat suara macam tu, abis runtuh tembok dekat hati aku ni. Tanpa sedar, aku menggeleng dan aku terdiam seketika apabila tersedar dengan kesilapan yang aku lakukan tadi sebelum mengangguk untuk soalannya tu.
“Mana satu ni? Ya atau tak? Bagitahulah.. abang sedia mendengarnya.” Dia buat lagi suara lembut tapi disertakan dengan desakkan. Dia ni nak pujuk aku ke nak mendesak?
Terasa pipi aku disentuh lembut dan anak mata aku pantas mencari anak matanya. “Cakaplah.” Pujuknya lembut. Alahaii.. runtuh semua tembok dekat hati aku ni.
Aku menarik nafas sebelum berkata. “Saya minta maaf.” Seraya aku berkata, aku melarikan anak mata aku ketempat lain.
“Min-tak ma-af? Kenapa? Awak ada buat salah dengan abang ke?” alahai... kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu pula inche hubby ni. Tak apa, sebab aku yang salah. Aku tak kisah reaksi dia macam mana sekali pun. Soalan dia aku jawab dengan anggukkan.
“Bila?” soal dia sambil jemarinya berlari ke daguku dan menolak keatas supaya aku memandang tepat wajah kacaknya tu. Memandang anak mata memukaunya tu membuat aku semakin gelisah dan jari aku ligat bermain dengan jarinya yang berada di pegangan aku.
“Tadi.” Aku menolak jemarinya yang berada di daguku dan aku menunduk menahan perasaan.
“Tadi..?” suara dia seakan meninginkan aku menerangkan kesalahan apa yang aku lakukan terhadapnya tadi. Sekarang, dia nak main tarik tali dengan aku ke? Aku menarik nafas.
“Yaa, tadi. Masa abang kejutkan saya dan secara tak sengaja saya ajak abang bertekak.”
“Dan..” kata dia buat dahi aku berkerut. Dia sebenarnya nak maafkan aku ke nak memerli aku ni? Okey... aku cakap!
“Dan buat perangai dekat abang sejak akhir-akhir ni.” aku menarik nafas lega apabila semua kesalahan yang aku lakukan, aku sudah meminta maaf dekat dia.
“Dan..”
“Dan?” Aku memandangnya dengan mata terkebil-kebil. Setahu aku tu ajelah yang kesalahan aku. Ada lagi ke? Aku dah buat muka blur.
“Lawaknya.” Kata dia sambil ketawa dengan jari telunjuknya diarahkan ke mukaku.
Hah? Aku makin bertambah blur. Apa yang lawak? Aku sentuh muka aku. Melihat dia semakin rancak ketawa membuat aku mengetap bibir kegeraman. Dia kenakan aku rupanya, kenapa aku slow sangat nak tangkap ni?
“Abang!” satu cubitan hinggap di perutnya.
“Auch!! Abang bergurau aje..” dia memegang erat pergelangan tangan aku.
“... dah lama abang tak sakat awak. Rindu.” Seraya dia berkata, dia menarik aku kedalam pelukannya dan aku membalas pelukannya dengan perasaan berbunga di sebabkan ayat terakhirnya tu. Rindu.
“Rindu abang juga.” Aku mengeratkan lagi pelukanku.
“Ye ke?” soalan dia buat aku mendongak memandangnya.
“Ye la.” jawab aku dengan senyuman manis terukir di bibir.
Dia buat muka tak percaya. “Kalau rindu abang, mesti awak tak buat perangai macam tu dekat abang.” Aku dah buat muka apabila dia mengungkit kesalahan yang aku lakukan.
“Abang ni..” aku dah buat suara orang jauh hati sambil menolak dadanya.
“Okay-okay... abang tak buat lagi. Abang harap, awak tak buat macam tu lagi. Awak buat abang rasa susah hati masa awak putuskan panggilan macam tu aje. Di sebabkan awak tak jawab panggilan abang dan jugak matikan telefon.. abang dapat tujuh saman masa abang bergegas balik kesini. Semua sebab awak tau.” Katanya dengan lembut.
Walau nadanya lembut tapi memang berkesan sungguh membuat perasaan bersalah aku berlipat kali ganda dari tadi. Aku gigit hujung bibir apabila mendengar kata-katanya tu. Tujuh saman? Astaghfirullah al-Azim... untung tak ada kejadian yang tak diingini berlaku semasa dia memandu pulang kerumah Opah masa tu. Kalau tak, memang aku rasa berdosa sangat sebab buat dia susah hati sampai macam tu sekali. Belum lagi dengan sikap dingin aku masa dia balik tu. Alahai... jahatnya aku.
“Sekali lagi maaf.” Terasa telekung aku ditanggalkan dan dia letak tepi.
“Abang maafkan.” Kata dia sambil membuka ikatan rambutku.
“Jangan buat lagi.” aku mengangguk. Terasa jemarinya bermain-main dengan rambut aku.
“Macam inilah isteri kesayangan abang.” Sekali lagi dia menarik aku kedalam pelukannya.
Aku tersenyum bahagia di dalam pelukannya dan mengeratkan lagi pelukanku. Terasa selamat sungguh berada di dalam pelukannya, seakan dia melindungi aku dari segala bahaya yang ada.
“So, nak cemburu lagi ke?” soalan dia buat kening aku bercantum. Dia ada pasang niat nak buat aku cemburu lagi ke? Aku dongak memandangnya dan tiba-tiba dia tergelak. Mungkin di sebabkan reaksi aku terhadap soalannya tu yang membuatkan dia tergelak. Ish.. pandai inche hubby kenakan. Aku tersenyum senang mendengar dia ketawa. Cancel nak jauh hati dengan inche hubby sebab soalan dia tadi tu.
“Kuat juga cemburu awak, ye...” Mata aku yang sedia ada bulat semakin bulat mendengar kata-katanya tu.
“... orang kata cemburu tu tanda sayang. Jadi.. awak sayang abang?” terkebil-kebil mata aku mendengar soalan maut dia tu. Ya Allah.. dia tanya aku macam tu aje? Langsung tak ada corner-corner? Alahaii.. tak sensitif betul inche hubby ni tau. Anak rambut aku dia selit di telinga dan jemari dia mengangkat dagu aku supaya memandang dia.
“Sayang abang tak?” aku tolak tangan dia dengan perasaan malu yang mula mengambil alih perasaan bersalah di hatiku dan mengalih pandanganku ke tempat lain sebab tak tahan nak memandang anak mata memukau dia tu. Renungan mata dia tu boleh buat debaran di dada aku semakin kuat sampai nafas aku tersekat.
Terasa badan aku dicempung dan secara refleksnya kedua-dua tangan aku terus memeluk lehernya sebab takut jatuh dari cempungannya. Tak pasal-pasal aku jatuh macam nangka busuk lagi. Bulat mata aku apabila pipi kanan aku terasa hangat dan mata aku terpaku dekat senyuman menawan dia tu. Terlalu menawan hingga degupan jantungku mula lari tempo.
Terus tersekat air liur aku di tekak apabila aku dapat meneka apa yang dia inginkan dari aku. Baru aje dia ingin mendekatkan wajahnya ke wajahku, tiba-tiba telefon dia berbunyi. Aku melihatnya mengeluh berat sambil bangun dari atas aku dan duduk di tepi aku sambil mengambil telefon dia di atas meja kecil. Cepat-cepat aku membetulkan baju aku yang dah terselak dek tangannya.
Huh!! Selamat aku.. aku tarik nafas lega setelah hampir lima minit aku terasa sesak nafas dengan kelakuan terlebih romantik dia tu. Melihat air muka dia yang kelihatan hampa membuat aku tergelak dan gelakkan aku semakin menjadi apabila dia menghadiahkan aku satu jelingan tajam. Alahai.. lawak sungguh muka inche hubby sekarang.
“O-opss!!” Terus mati gelak aku apabila tangan dia mula merayap di sekitar perut aku sehingga membuat bulu roma aku berdiri tegak. Tangan dia dah mula dah!! Terkedu aku apabila dia mengangkat keningnya bersertakan senyuman nakalnya tu. Cehh!! Saja nak buat aku terkedulah tu.
P/S:: Ini rangka pertama... hahahahahah






8 Batang lolipop untuk Cik MI:
best sgt cik mi...
cpt la smbngg..!!
Hahaha.... asyik tergendala ja.... selamat dalam cemburu tu... hubby tu saja ja kan .... lepas ni kena pujuk lagi.... kalau x ....hahaha ... sendiri mau ingat lah...
kenapa pendek x puas tau.....
alalala...
sy suka TS sebab jujur jwb call depan isteri walaupun dari fyi...YAY! sayang TS! hahaha...
bila nak sambung lagi dah lama tunggu ni :((
cepatla sambung cik mi...nak tau kisah seterusnya...^___^
aduhaii.. terubat sikit rindu dgn TS.. best! smbg lg cik mi!
Cik MI...., bila nak sambung TS ni? letih dah tunggu T_T
best...
akak cpt2 la smbung....
Catat Ulasan