Aku memandang dia yang sedang menyuap nasi dengan muka begitu berselera sekali. Waaa... puji Opah nampak? Dia tahu tak siapa yang masak lemak cili api ni? Sepatutnya, dia puji aku bukannya Opah. Apa punya hubby la air tangan wife sendiri pun tak kenal.
“Ehh!! Bukan Opah yang masak. Tu isteri kamu, Aryan yang masak.” Dia memandang aku dengan pandangan tak percaya.
Cehh!! Bukannya dia tak biasa makan masakan aku, yang tiap-tiap hari dia dok makan tu buat dekat kedai mamak ke? Memang dia saja nak buat aku angin satu badan. Dah tu, siap buat muka macam tu lagi. Lain kali, malas aku nak masak untuk dia lagi. Biar dia masak sendiri.
“Err.. sedap awak masak.” Puji dia beria-ia.
Aku hanya mencebik dan menjeling tajam kearah dia.
“Makaroni bakar yang abang masak semalam, tak dapat menandingi lemak cili api awak ni. Betul!” beria-ia dia berkata dengan muka serba salah.
Tahu buat salah, mula la buat muka macam tu. Ingat aku nak maafkan dia macam tu ke? Takkan!! Walau sebanyak mana kata-kata sweet dia tu, aku akan keraskan hati aku yang dah nak cair ni.
“Hemm..” jawab aku sambil buat muka.
Aku dapat merasakan dia sedang perhatikan aku yang sedang dok menyuap nasi. Ini kenapa pulak tengok aku macam aku ni tak ada hidung?
“Awak makan pedas-pedas macam ni, sakit perut awak tu tak datang balik ke?” soalan dia buat dahi aku berkerut. Tak ada kena-mengena sakit tu dengan makan pedas, okey. Sakit tu datang first time aje, hari yang kedua dan seterusnya tak ada.
“Sakit perut?” soalan Opah bersertakan kerutan didahinya.
“Haah, Opah. Semalam Aryan sakit perut sebab datang bulan. Risau saya dibuatnya”
Aku julingkan mata. Risau kebendanya. Sepatutnya, dia mengurangkan kesakitan aku tapi makin menambahkan kesakitan aku tu ada la. Dah la buat jantung aku nak tercabut dengan kelakuan pelik dia tu. Untung aku tak masuk ICU sebab masalah jantung.
“Kamu masih sakit perut lagi ke, Aryan?” soalan Opah aku jawab dengan anggukan.
“Bukan sepatutnya dah baik lepas kahwin ke?” berkerut dahi aku mendengar kata-kata Opah tu.
Dah.. Opah nak cakap apa pulak dengan aku ni? Apa kena-mengena baik sakit perut aku dengan kahwin? Langsung, tak ada kaitan. Ke memang ada kaitan? Entah!! Aku tak faham maksud Opah tu.
“Maksud Opah? Aryan tak faham la.”
“Kahwin tu ubat paling mujarab bagi orang perempuan yang selalu sakit datang bulan. Jadi ubat kamu tu, Syah” Bertambah berkerut dahi aku mendengar penjelasan Opah tu.
Huh!! Lagi tak faham apa yang Opah cakapkan. Bila masa pulak dia jadi ubat ni? Bukan dia orang ke? Mungkin, Opah nak cakap dia yang bagi ubat tapi bila masa dia jadi doktor ni? Bukan SM ke? Aku berpaling apabila terdengar dia tersedak. Yang dia tiba-tiba tersedak ni kenapa pulak? Aku bagi dia gelas berisi air putih dan dia menyambut dengan senyuman sumbing.
“Ohh.. macam mana nak baik, Opah?” soalanku mengundang senyuman dibibir Opah.
Pelik sangat ke soalan aku tu? Kenapa Opah senyum semacam aje ni? Buat bulu roma aku berdiri tak tentu pasal aje. Opah mengerling ke arah dia yang sedang teguk air dengan senyuman mengusik terukir di bibir Opah. Lagi pelik!
“Kamu tanya, Syah.” Kata Opah sambil menyambung suapannya tu. Aku pandang dia dengan pandangan mengharap. Aku memang tengah confuse ni, boleh tak dia terangkan dekat aku sekarang ni? Memang tengah pening kepala.
“Nanti abang bagitahu awak.” Kata dia sambil memandang aku dengan muka sedikit memerah.
Berkerut dahi aku memandang reaksi mukanya tu. Kenapa pula muka dia berubah macam ni sekali? Merah giler! Pedas sangat ke lemak cili api yang aku masak ni? Rasanya tadi okey aje aku rasa. Takkan dia tak tahan pedas pulak, bukan dia ni hantu pedas ke? Selalu cakap masakan aku kurang pedas la, kurang garam la, kurang gula la, kurang segala kurang la.. susah juga nak jadi wife kepada hubby Syah ni.
“Bagitahu la...” suara aku meleret. Harap-harap dia bagitahu aku la.
Kenapa dia beria-ia nak bagitahu aku nanti? Sekarang tak boleh ke? Aku pun nak tahu juga apa ubat yang boleh menghilangkan sakit perut aku tu. Selalu sangat aku dengar kalau nak baik dari sakit perempuan cepat-cepat kahwin tapi tak pasti la apa kaitan dengan sakit perempuan dengan kahwin. Masa tu, belum kahwin lagi. Jadi, aku buat tak tahu aje. Sekarang ni, aku dah kahwin. So, aku nak tahu la juga apa caranya nak menghilangkan sakit perempuan tu.
Dia pandang aku seketika sebelum dia menyambung suapannya. “Nanti.. dekat bilik, ye.”
Aku pandang dia dengan pandangan pelik. Mana tidaknya pelik, dah dia buat muka macam tu. Ish... buat aku penasaran aje. Apa caranya sampai dia nak bagitahu dekat bilik? Asal tak nak bagitahu dekat sini aje? Bukan sama ke?
Aku melepaskan ikatan dirambut aku dan dengan perlahan-lahan rambut lurus aku jatuh kebawah. Aku berpaling apabila pintu bilik air terbuka dan memandangnya yang sedang menguak rambut kebelakang. Matanya terarah kepada aku dengan senyuman meleret. Apa pasal aku tengok dia ni lain macam aje? Erkk.. agak-agak kalau aku terjerit ke memekik ke, Opah tendang pintu bilik tidur kita orang tak? Tapi apa pasal aku nak menjerit?
Jantung aku mula lari tempo apabila dia berjalan semakin dekat kearah aku yang sedang duduk dihujung katil. Bawa bertenang Aryan.. dia Cuma nak ke katil sebab dia kan memang tidur sebelah kau. Jangan risau. Kalau dia nak buat apa-apa pun tak boleh sebab kau kan tengah cuti umum. Takkan la. Errkk.. apa pasal aku fikir macam tu? Fikir sebab lain tak boleh ke?
Nafas aku seakan terhenti apabila dia duduk disebelah aku. Begitu rapat sehingga bau Sean John Unforgivable amat kuat di liang hidungku. Nak gugur jantung aku apabila dia menyelak rambut aku yang menutupi leher aku. Terasa nafas hangatnya lembut menampar leher aku dan secara automatik, berdiri semua bulu roma aku.
“Hemm.. awak nak tahu?” soalnya dengan nada lembut sekali. Allah... kejab lagi conform aku pengsan. Jangan la buat suara macam tu. Tergoda I....
“Cara yang Opah katakan tu...” dia membisik sambungan ayatnya di telinga aku. Terus mata aku jadi bulat mendengar satu-persatu patah perkataan yang disebut dengan nada perlahan sekali walau perlahan, telinga aku dapat menangkap setiap butir bicaranya tu dengan begitu jelas sekali.
Terasa seperti nak rebah aje aku mendengar ayat-ayatnya tu. Aku setuju dengan tindakan dia tu untuk memberitahu aku maklumat yang aku sendiri tak tahu kewujudannya selama ini di bilik. Kalau dia ikutkan cakap aku tadi, mahu Opah nampak perubahan muka aku. Mahu muka aku dah berwarna-warni macam pelangi. Sekarang ni, pun dah bertukar warna.
“So.... awak nak tak?” senyuman nakalnya tu, buat aku nak pengsan sekarang juga.
Aku terkaku mendengar soalannya tu. Aku tak pasti samada nak mengangguk atau pun nak mengeleng. Tak tahu nak jawab apa dekat soalan simple dia tu, bagi dia memang soalan simple tapi bagi aku macam soalan mencari bala dengan maut. Kalau aku angguk macam belum bersedia lagi. Kalau aku mengeleng macam isteri nusyuk pula. Erkk.. tak nak jawab boleh tak? Aku dah termagu.
“Awak tak nak tidur lagi ke? Malam ni, abang tak boleh tidur lambat-lambat nak temankan awak bermain sebab esok pagi abang gerak awal.” Aku berpaling memandangnya yang telah baring di pembaringannya. Kenapa dia cakap macam tu? Bila masa aku suruh dia temankan aku bermain? Tapi aku nak main apa memalam buta macam ni?
Aku baring jauh sedikit dari dia dan membelakangnya. Aku tahu membelakangkan suami tu dosa tapi aku dah tak boleh nak pandang muka dia sekarang ni. Malu tahap yang dah tak tertahap lagi dekat dia. Lagi pun, tak nak dia perasan dengan perubahan warna muka aku sekarang ni. Belum lagi, degupan jantung aku yang mengalahkan perlari seratus meter ni. Mahu dia gelakkan aku.
Terhenti seketika jantung aku apabila tangannya mula melingkar dipinggang aku dan bahu aku. Waaa... dia buat lagi. Belum reda lagi jantung aku berdegup, dia dah menambahkan lagi punca-punca kerosakan jantung aku. Memang tak lama aku pakai jantung aku ni.
“Bekal untuk abang masa dekat Perak.” Katanya perlahan bersertakan satu kucupan hangat di tengkok aku.
Aku betul-betul nak pengsan ni, bukan main-main tau. Please... dekat sesiapa yang tahu aku dah nak pengsan, tolong la panggilkan ambulans untuk menyelamatkan aku dari serangan sakit jantung. Jantung aku semakin lari tempo apabila terasa jemarinya menari-nari di setiap helai rambut lurus aku. Semakin sesak nafas aku apabila terasa dia menyelak rambut yang menutup leher aku dan dia mengusap lembut leher aku sebelum dia menghadiahkan satu kucupan hangat di belakang telinga aku.
“Good nigth, awak.” Laju jantung aku berdegup mendengar suara romantiknya tu.
Astaghfirullah al-Azim.. dia memang nak sangat aku jadi penghuni ICU ke apa? Jantung aku dah tak larat ni, jangan jantung aku hantar surat resign dekat aku sudah sebab jantung aku dah tak larat nak menghadapi keadaan macam ni.
“JAGA DIRI, makan ikut masa, jangan lupa solat, jangan naik cub sesorang kalau nak keluar, jangan.” Terhenti dia apabila aku menutup mulutnya dari terus bercakap.
“Ini sebenarnya siapa yang nak pergi dan siapa yang kena tinggal ni?” soalku dengan kening ternaik.
Dia mengalihkan tangan aku dari mulutnya dan bulat mata aku apabila dia mencium belakang tapak tangan aku. Dia tersenyum sambil menarik aku kedalam pelukkannya. Terasa begitu erat sekali pelukkannya.
“Jangan berbual dengan orang tak kenal, jangan ikut orang tak kenal, jangan jalan sesorang, jangan.” Dia tergelak apabila aku mencucuk pinggangnya.
Apa punya pesanan penaja yang dia bagi dekat aku ni? Semua pesanan macam untuk budak bawah umur aje. Aku ni dah sesuai jadi mak budak dah.
“I will be miss you.” Tuturnya lembut.
Me two, three, four, five... aku tersenyum manis dan memeluk erat tubuhnya seakan tidak ingin melepaskannya.
“Lagi-lagi, part nak kenakan, awak.”
“Huh!!” aku menolak dadanya tu. Ada ke patut cakap macam tu. Orang tengah dalam suasana romantik ni, boleh cakap macam tu. Terencat suasana romatik kita tau.
Dia meletakkan tangannya di atas kepala aku dan memandang lembut kearah aku. “Jaga diri, ye. Bila abang dah sampai Perak, abang call awak.”
“Drive safely. Jangan bawa laju-laju, ingat la orang yang menyayangi anda menunggu di rumah.” Tergelak aku apabila dia menarik hujung hidung aku.
“Bye..”
Aku melambai tangan ke arahnya yang sudah menutup pintu kereta. Berkerut dahi aku apabila pintu kereta dibuka dan dia melangkah mendapatkan aku yang sedang berdiri di depan keretenya. Terasa kali ini, pelukkannya begitu erat sekali dan aku membalas pelukkannya.
Tergamam aku apabila bibirnya mendarat di bibir aku. Terkaku seketika aku dibuatnya. Untung keadaan masih gelap lagi. Kalau tidak, buat malu aje dengan kelakuan dia yang tiba-tiba ni. Dia melepaskan pautan di bibir aku dan merenung dalam ke anak mata aku. Aku turut membalas renungannya walau aku tengah malu tahap nak terjun gaung. Berkerut dahi aku memandangnya yang seperti ingin mengatakan sesuatu tapi seakan-akan ragu.
“Tunggu abang balik, ye.” Aku mengangguk.
Dia menghadiahkan satu kucupan hangat di dahi aku sebelum dia masuk ke dalam kereta dan dia melambai sebelum kereta mewah dia hilang dari pandangan aku. Aku tersenyum mengingat kembali kelakuannya tadi. Dengan perlahan-lahan, aku menyentuh bibir aku yang baru dicium oleh dia tadi. Aryan cintakan abang... aku melangkah masuk ke dalam rumah sambil memeluk tubuh menahan kesejukkan di pagi subuh.
“MAKSU LELA... biar Aryan aje yang lap. Maksu Lela pergi la berehat dekat bawah khemah dengan mak.” Kata aku sambil menarik lengan Maksu Lela yang sedang duduk bersila di lantai.
“Tak apa ke, Aryan? Banyak ni kalau Aryan lap sorang-sorang.” Maksu Lela memandang aku dengan muka tak sampai hati.
Aku senyum. “Tak apa.. kejab lagi si Lina tolong. Dah la Maksu Lela pergi berehat sana. Dari semalam Maksu Lela tolong. Dah pergi.” Aku tolak Maksu Lela dengan perlahan.
Maksu Lela melangkah perlahan-lahan kearah pintu utama dengan sesekali memandang kearah aku. Aku duduk di tempat Maksu Lela dan mengambil lap yang digunakan oleh Maksu Lela tadi. Boleh tahan juga majlis tunang makcik ni, kalah time majlis kahwin aku aje. Terlebih diva gitu tapi nak buat macam mana dah makcik tu satu-satunya anak perempuan mak, mesti la mak suka apabila anak perempuannya bakal mendirikan rumahtangga. Emak ni sebiji macam Opah, nak buat majlis semua besar-besaran.
“Aryan..” aku menoleh dan kelihatan, Lina berjalan kearah aku. Dah tukar baju makcik tu. Ingat nak pakai tunang dia tu sampai majlis nikah.
“Encik Haikal dah nak balik.”
“Okey..”
Aku bangun dan berjalan kearah pintu utama tapi aku patah balik dan berjalan kebilik Lina apabila aku teringat gift Encik Haikal yang aku letak di bilik Lina pagi tadi. Sempat lagi aku balut dengan sampul hadiah dekat bilik Lina. Dek nampak makcik tu, mau mengaum dia. Lagi yang buat aku nak ketawa apabila teringat kembali reaksi wajahnya masa bagi gift Encik Haikal dekat aku semalam.
“Kenapa, bang?”
“Nice watch.” Lepas dia cakap macam tu, terus dia masuk ke bilik air.
Masa tu, memang terpinga-pinga aku tetapi bibir aku mula mengukir senyuman. Bagitahu Aryan la yang abang cemburu sebab tak dapat gift macam Encik Haikal. Kalau abang nak, Aryan boleh belikan. Bukan setakat satu, seratus utas jam tangan pun Aryan sanggup belikan sebab abang yang minta dekat Aryan.
“Encik Haikal dah nak balik?” soalku dan Encik Haikal berpaling kearah aku. Apabila pandangan kami berdua bertemu, Encik Haikal memberi aku senyuman paling manis. Aku turut tersenyum.
“Yap.. saya terpaksa balik awal sebab lepas ni, saya kena tengok site dekat Kamunting”
Memang tak patut betul makcik Lina ni. “Susah-susahkan Encik Haikal datang aje. Nanti saya piat telinga Lina sebab menyusahkan Encik Haikal.”
“Heh.. tak apa. Lagi pun, saya memang nak datang ke majlis Lina. Okey la.. saya terpaksa pergi dulu.” Encik Haikal tersenyum manis sekali lagi.
“Ehh.. sebelum saya lupa. Ini gift untuk Encik Haikal dari saya dan hubby saya.” Kataku sambil menghulur gift kepada Encik Haikal.
Kelihatan, wajah Encik Haikal sedikit terkejut. Namun, Encik Haikal tetap menerima pemberian aku tu. “Terima kasih. Susah-susahkan awak aje, Aryan. Kalau awak tak bagi pun saya tak kisah.”
Encik Haikal membelek gift yang aku bagi dekat dia. “Buka la Encik Haikal. Mana la tahu Encik Haikal tak berkenan ke.”
“Ehh.. kalau yang bagi hadiah tu awak. Mesti la saya berkenan. Saya buka, ye?” kata Encik Haikal sambil membuka solotep yang dilekatkan di pembalut hadiah dengan penuh cermat.
Gaya macho abis Encik Haikal ni membuka hadiah, kalah aku yang perempuan ni tau. Kalau aku terus aje koyakkan pembalut hadiah, tak payah susah-susah nak buka satu-persatu solotep pembalut hadiah tu. Membuang masa aje. Lagi pun, bukannya boleh digunakan lagi pembalut hadiah tu walau cantik mana sekali coraknya.
“Jam?” soalnya sambil memandang aku yang sedang tersenyum.
“Jam ni special tau, Encik Haikal. Ia akan mengingati Encik Haikal kepada saya.”
“Why?”
“Sebab jam ni, menggantikan saya untuk mengingatkan Encik Haikal waktu lunch. Ia akan berbunyi setiap hari isnin hingga hari jumaat, tepat pukul satu petang.”
Encik Haikal tersenyum manis, lebih manis dari tadi. “Thanks sebab mengambil berat tentang saya.”
“Mesti la.. Encik Haikal kan bos saya. Ehh!! Ex-bos saya.”
Aku melihat Encik Haikal mengantikan Heuer Carrera Automatic miliknya dengan AP Millenary 4101 pemberian aku. “Nice watch. Pandai awak pilih. Errkk.. awak yang pilihkan?” soalnya dengan pandangan meminta kepastian.
Tersenyum manis Encik Haikal melihat aggukkan aku tu. “Saya pilih.. hubby yang bayar. Hehehehe..”
“Thanks again. Okey la... saya gerak dulu. Kirim salam dekat Lina. Assalammualaikum.” Encik Haikal mengorak langkah sambil tersenyum manis dekat aku.
Aku jawab salam Encik Haikal didalam hati dan menemani setiap langkah Encik Haikal dengan senyuman manis.
“Yanni.” Tersentak aku apabila mendengar suara lelaki yang amat aku kenali.
Aku berpaling dan bulat aku memandang lelaki yang berdiri sambil tersenyum. Kelihatan, senyumannya sedikit agak canggung.
“M-Mie.”
....................
P/S 1:: maklumat yg mungkin xpenting kot.. tapi nak share juga.. hehehe.. psl period pain tu.. Cik MI dah tanya dkt adik sepupu yg bakal jadi jururawat.. Dia kata xhilang terus la period pain bila dah kahwin... cuma sakitnya agak bkurang aje..
P/S 2:: Hehehe.. sorry tau sbb update bab 20 lmbt sbb terkandas mcari idea.. hehehehe... sbb xada idea utk bab 20.. CIk MI lbh kpd edit kembali bab2 sebelum nie.. jadi dkt blog dgn dkt P2U mmg xsama dgn dkt dlm buku(Klo rezeki dibukukan la.. Amin)...
P/S 3:: maybe, bab 20 ni bab last Cik MI update.. Tapi Cik MI belum wat kputusan samada bab 20 ni ada la bab terakhir atau x.. jadi, korang bodek la Cik MI supaya update bab seterusnya,, Hahahahah
P/S 4:: sbnrnya, bab 20 nie belum sepenuhnya di edit sbb bab ni baru aje abis ditaip n xada mood nak baca n edit blk.. Heheheheh... lagi pun, xlarat nak bertentang mata dgn TS.. xsanguup nak berhadapan dgn skp romantik dia.. naik bulu roma Cik MI ms taip bab 20 ni tau.. hahahahaha
P/S 5:: dkt sini Cik Mi nak ucapakan teme ksh atas sokongan korang smo.. tanpa korang sapa la Cik MI ni.. *lap air mata...
And... slmt mbaca....





19 Batang lolipop untuk Cik MI:
romantiknya~cik mi yg cantik lagi manis...please kasilah chance kat sye nk kenali TS ngan AH lebih lame...huhu
sye ske cover yg ni! :)
gile ah Aryan! takkan itu pun tak tau? aku yg tak kahwen lagi neh, lagi pro..muahahaahah! tp serius, kalo aku ngn TS, kompem aku koma tak bangun2! gilos. hahhaa!
yeay!!cik mi sambung.. :)
sambungla lagi..hehe..
best2!!!
aduh..... TS romantiknya...penasaran Aryan dibuatnya....
cik writer... jgn stop cite ni.... baru je nak menghayati kisah ni.... sambunglah lagi...
wahai cik mie yang comel,
sambung la lagi...
"Tergoda I...." hahaha...i like that!!!
anyway, cik MI!!! nak lagi!!! sungguh la, x puas la baca skerat. lagi e...lagi eh cik MI... plissss... :D
sy pun meremang bulu roma baca. hahaha...gurau je. ske.ske. ske TS. hehe...
cik mi....smbung plezzz....kan berbulu terus muka dtin klau nk tggu bku....muahhaahaha....naye
last n3?sobs sobs....nk lg....
alaa..Cik Mi, sbg la skit lagi...bg la TS jpa Aryan dulu....plsssss :)
terbaek......oh TS aku cinta pada mu.....TS kau kena bertanggungjawab sbb buat aku jth hti ngan ko ye......kalo x aku lempang ko lelalu.....
abis la Aryan. Ti suami dia salah faham bila lihat jam tgn tu kat tgn En. Haikal. Bukan ke depa ada usahasama n sama2x ke Perak. Abih la...
Komen pribadi:
Kenapa harus Aryan bg jam tgn mahal2x simbolik nk ingtkan waktu lunch sedangkan dia dah tau En. Haikal tu suka dia. jgn la bg harapan kat En.Haikal, mcmna ni susalah nk lupakan Aryan. Lgpun Aryan dah bsuami n dia tak terus terang kpd siapa dia beri. n dtambah pkataan dia sblm ni yg mnyatakan "klu dia xterima pinangan ni dia akan terima en.Haikal". ni akan mnyebabkan salah faham pd suami dia wlaupun dia tak maksudkan perkara tu. sj nk test en.suami. Harap dijaga lagi perilaku Aryan. xnak la ada mslh berbangkit dlm khiduapan mereka. Lgpun En.Sahran dah mula dah nk blembut n bmesra ngan Aryan. Lps ni mgkin dia kecik hati n fikir bukan2x. tlajak kata mmg padahnya wlau kt tak maksud but manusia boleh tfikir pkara lain. Dah la ada jambalang yg sll nk goda En.suami. so jaga la hati TS tu baik2x Aryan.
Alaa cik Mi sambunglah lagi. cite ni bestlah...
alahai dik..sambungla citer ni..menghiburkan dan TS mmg jejaka idamanla dik..sepatutnya Aryan patut menyintai TS kenapa memberi harapan kat Haikal sdgkan dia tak mampu utk menunaikan..alahai..hukum nusyuz pulak Aryan..patutnya ko patut pikat suami ko yg tlh menjadi hak milik yg sah..harap harap bila TS balik dari o/station Aryan menjalani tanggung jawabnya sebagai isteri secara batin pulak ek..tak baik lama lama tak layan suami ..kang dia terngurat wanita lain..ce citer..apa nak buat lepas tu..
salam cik mi..peliss smbg blk yek..cite cik mi mmg best! hari2 bkk kt blog ni tau. nk tggu smbgn TENGKU SARHAN.. Jgn la ckp bab 20 ni bab yg terakhir kt blog ni. Sy nangis kang! xpun sy bako umah cik mi..hehehe gurau aje.. peliss ye cik mi.. jgn hampakan kami(pengikut setia anda) :'( (penat nangis)
A'haaa... dah ade sambungan... Aryan yang comel dan Syah yang romantik..Dah last n3 ke? Jangan la.. lss... Cik MI... tolong la sambung lagi ye...
tolong lah jangan last ... sebab lama tunggu tiba2 terakhir pulak...
...pleaseeeee.....
nak panjang lagi....please :'(
sambung la sampai habis cerita ni.. tamau la stop-stop please..
Catat Ulasan