“ARYAN.” BESERTA satu tepukkan dibahu kanan aku.
Kus semangat!! Aku berpaling laju sambil mengurut dada dengan perlahan-lahan. Tersengih Lina melihat reaksi aku dengan sergahannya tu. Makcik ni nak buat aku mati terkejut ke apa?
“Sorry.. aku tak sengaja. Aku ingat kau tengah khusyuk tengok tv. Mana tahu, rupa-rupanya kau tengah dok melamun. Hehehe..” Lina tayang muka comel dekat aku.
Aku mencebik dan menghala mata aku ke kaca tv yang sekarang ini menyiarkan cerita ‘Adnan Sempit’, bila dah bertukar siaran ni? Sah!! Memang otak aku melayang entah kemana aje tadi. Bantai aje la tengok cerita yang dah berkali-kali dok ulang dekat Astro ni tapi yang peliknya, aku belum sempat nak menengok lagi sebab dulu masa cerita ini mula-mula disiarkan aku tengah sibuk edit akaun syarikat. Tak dan nak tengok tv ke wayang ke cd ke dvd ke skrin hitam putih ke. Erkk.. skrin hitam putih? Ada lagi ke?
Sekarang ni aje aku boleh tengok semua cerita terbaru sebabnya aku dah senang-lenang, goyang kaki, besarkan badan sebab dah jadi suri rumah sepenuh masa tapi kekadang sibuk juga dengan kerja dekat rumah. Siapa kata suri rumah goyang kaki? Memang nak kena tendang lelaju dengan aku. Kerja? Entah!! Aku tak pernah tanya dia pasal kerja yang dia offer dekat aku dulu, entah ingat ke lupa pakcik tu. Cuma kekadang, ada juga dia suruh aku tengokkan akaun syarikat dia dan buatkan laporan ringkas untuk dia. Jadi, tak sia-sia la aku belajar subjek akaun semasa STPM dulu dan pengalaman aku sebagai penolong akaun sandaran dekat syarikat lama.
“Nah!!” terkejut aku apabila ada mug melayan di depan aku. Kepala aku sedikit kebelakang.
“Ehh.. makcik ni. Melamun lagi?” soalan Lina buat aku pandang dia yang sedang meniup airnya.
“Aku haus tadi lepas sergah kau. Itu yang aku ke dapur buat air untuk aku dengan kau sekali. Nah!! Penat tangan aku menyua ni.” aku mengambil mug dari tangan Lina.
“Thanks.” Aku turut meniup air. Mana tidaknya, panas giler weii.. makcik ni sebenarnya ada niat nak melecurkan lidah orang ke apa. Lain kali kalau buat air cuba ikhlas sikit. Buat la milo tarik ke milo suam-suam kuku ke milo ais ke. Ini tidak, milo panas tahap gunung berapi juga yang makcik ni nak buat. Huh!!
“Weii.. aku nak tanya ni.. kau nak aku selok-belok ke straight macam pokok kelapa?” berkerut dahi aku mendengar soalan merapu Lina tu. Dah mula la tu nak buat perangai giler dia tu.
“Suka hati kau la.”
“Erkk.. erkk.. erkk..” berkerut dahi aku mendengar suara Lina tersekat-sekat. Bila masa makcik ni jadi gagap? Aku pandang Lina yang sedang pandang aku dengan pandangan teragak-agak. Dah kenapa pula makcik ni?
“Aku tanya ni, kau jangan tersentap ek?”
Aku hirup air perlahan-lahan. Kalau gelojoh ada yang lidah aku merah macam kena panggang. Belum lagi tahap kesakitannya. Waaa.. rasa macam ngilu pula lidah aku minum air buatan makcik ni. Macam mana la keadaan si Amar lepas diorang kahwin, ek? Jangan sampai ada berita si Amar masuk ICU sebab melecur tahap kritikal di bahagian lidahnya sudah. Terima aje la, Amar. Saya bersimpati dengan nasib awak.
“Apa dia?”
“Tadi lepas majlis, ada orang tegur aku.”
Berkerut dahi aku apabila Lina tidak menyambung ayatnya tu. Ini mesti dia nak suruh aku tanya siapa orang yang tegur dia. Kalau Encik Haikal tak payah sebab petang tadi aku jumpa dia juga tapi dari gaya dia ni macam bukan Encik Haikal yang tegur dia. Jadi, siapa? Aku menoleh memandang Lina yang tengah tunjuk muka serba-salah dia. Aku macam dapat mengagak aje orang yang tegur Lina tu, macam orang sama tegur aku petang tadi aje.
“Hemm.. siapa?” soalku dengan debaran di dada. Jangan la dia..
“O-Orang tu.. erkkk.. M-M... d-dia.. m-macam mana aku nak cakap, ek?” kata Lina sambil mengaru kepala dia yang tidak gatal tu. Habis serabai rambut dia, dah macam puntianak pulak aku tengokkan.
Melihat gaya Lina tu, aku dapat merasakan tekaan aku sebentar tadi memang tepat sekali. Orang sama yang kami berdua sekarang tengah fikirkan. Aku mengeluh dan meletakkan mug di atas meja kopi di hadapan kami berdua. Sekarang, aku buntu dengan perasaan aku sendiri. Sepatutnya, aku gembira dengan sapaan dia setelah bertahun kami mengikut haluan masing-masing selepas kejadian tu tapi aku dapat merasakan dia sedang merancang sesuatu dengan kemunculan dia yang tiba-tiba tu.
Okey.. aku tahu tak baik bersangka buruk tapi kalau melibatkan dia dan kejadian tu, memang aku tak dapat nak menghindari diri dari berfikir benda yang bukan-bukan. Mana tidaknya, tempoh hari kami terserempak tapi dia buat-buat macam tak kenal aku. Than, petang tadi dia tegur aku macam baru aje jumpa setelah bertahun lamanya kami tak berjumpa. So, haruskah aku tak bersangka buruk dengan dia?
“Petang tadi Mie tegur aku.” lancar ayat aku keluar dari mulut. Dari hujung mata aku dapat melihat Lina sedikit tersentak dengan apa aku katakan tadi.
“Mie? Maksud kau, Mie Abang Adib tu?” sayu aku dibuatnya apabila nama Abang Adib disebut. Dah lama aku tak dengar orang menyebut nama Abang Adib, seakan diorang semua ingin melupakan Abang Adib.
“Abang sayang Hanny sampai bila-bila.. sampai nafas terakhir abang, sayang itu akan kekal di hati abang.” Masih terngiang-ngiang suara Abang Adib di telinga aku.
“Errkk.. sorry.. aku tersebut nama Abang Adib.” Aku mengeluh berat. Senyuman manis Abang Adib tiba-tiba muncul di fikiran aku. Hanny rindukan abang..
“Kenapa Abang Adib pergi macam tu aje? Kenapa dia tak nak tunggu aku? Aku betul-betul rasa menyesal, Lina.” Lirih suara aku.
Terasa bahu aku digosok. “Sabar la.. mungkin, ada hikmah apa yang berlaku dulu. Aku harap kau bersabar, ye..”
“Kalau bukan kerana gift bodoh tu.. mesti kejadian tu tak akan berlaku, Lina. Kenapa aku degil sangat nak gift yang tak seberapa tu hingga A-Abang.” Tidak sanggup aku ingin meneruskan kata-kata aku, bertapa menyesalnya aku dengan kejadian tu.
Setiap kali aku teringat kejadian itu, terasa bertapa bodohnya aku dengan kedegilan aku. Kenapa aku beria-ia sangat menginginkan hadiah yang tak seberapa tu? Kenapa aku begitu kejam ? Kenapa aku begitu ego sekali? Kenapa aku terlalu mengikutkan perasaan? Kenapa aku tidak menerima alasan Abang Adib masa tu?
Kenapa aku begitu keras hati membiarkan Abang Adib pergi meredah hujan semata-mata permintaan aku? Kenapa Abang Adib menuruti kemahuan aku? Kenapa Mie tak menghalang Abang Adib dengan bersungguh-sungguh ketika itu? Kenapa semua yang ada masa tu tak menghalang Abang Adib dari pergi? Kenapa semua itu berlaku? Kenapa Abang Adib tinggalkan aku? Kenapa?? Menitis jua air mata aku yang aku tahan dari tadi.
“Heh!! Kau okey, Aryan?” soal Lina meletakkan mugnya di atas meja dan memalingkan badan aku menghadapnya. Lina memandang wajah keruh aku.
“Sorry, Aryan. Bukan niat aku nak mengingatkan kau tentang kejadian tu. Aku tak sengaja. Sorry..” pujuk Lina dengan wajah menyesalnya.
Aku mengeleng dengan senyuman terpaksa. “Bukan salah kau. Aku yang terlebih sensitif bila ada orang sebut nama Abang Adib.” Aku lentokkan kepala aku di bahu Lina. Aku menarik nafas dan menghembus semahu-mahunya, seakan kesedihan dan kekesalan itu turun pergi dari hati aku.
“Dah la jangan diingatkan lagi kisah lalu, Aryan. Orang yang dah pergi, tak elok kita ratapinya selalu. Terseksa dia dekat sana.” Nasihat Lina aku dengar dengan mengangguk perlahan.
“Aku tahu, Lina. Tapi hati aku masih tak dapat menerimanya lagi, seakan Abang Adib masih berada di sisi aku, bergelak ketawa dan senyum dekat aku, Lina. Susah bagi aku untuk melupakan dia.”
“Dah la..” terasa bahu aku digosok.
“Aryan.. sebenarnya dah lama aku nak tanya dekat kau tapi takut kau sedih pulak? Lagi pun, sekarang ni kau tengah sedih. Jadi, okey la tu kalau soalan aku tu buat kau bertambah sedih.” Berkerut dahi aku mendengar ayat belit Lina tu.
“Apa benda yang kau mengarut ni? Aku rasa BM kau masa result SPM dapat A1 kan? Asal aku dengar macam budak tadika punya ayat aje?” tersenyum aku apabila Lina menolah bahu aku menggunakan bahunya. Aku tarik nafas dalam-dalam.. Terima kasih Lina kerana berada disamping aku selama ini. Andai, kau tak ada di sisi aku, tak tahu la apa yang berlaku dekat aku.
“Ishh.. ada ke patut cakap macam tu dekat aku.” kedengaran suara Lina seperti jauh hati.
“Dah la jangan merajuk. Kau nak tanya apa?”
Lina tarik nafas. “Errkk.. gift yang Abang Adib bagi kau tu, ada pada kau ke?” soalan Lina buat dahi aku berkerut. Gift Abang Adib?
Terkebil-kebil aku memikirkannya. Rasanya, Abang Adib ada bagi gift tu dekat aku tapi aku tak ingat pulak aku letak mana. Mana aku letak, ek? Tak apa esok pagi aku cari gift Abang Adib tu. Nanti aku selongkar semua tempat dekat bilik aku. Rasanya, aku memang ada ambil gift Abang Adib.
“Aryan.. aku tanya ni.”
“Ye, ye.. aku tengah berfikir ni, aku letak mana gift Abang Adib tu? Ke aku tak ambik gift Abang Adib tu? Aku lupa la.” Lina mengeleng mendengar kata-kata aku tu.
“Apa la kau ni.” kata Lina sambil mengambil mugnya. Nak buat macam mana kalau aku dah betul-betul lupa, aku letak mana gift Abang Adib tu? Takkan aku nak tanya dekat gift tu aku letak dia dekat mana. Nanti kata aku giler pulak. Meroyan hubby aku. Hubby?! Tiba-tiba rindu dekat dia pula. Kata subuh tadi nak call aku kalau dah sampai Perak. Ini dah malam, takkan tak sampai lagi? Bawa kereta macam kura-kura ke lepas aku bagi pesanan penaja.
“Lina aku rindu dia..” berlagu suara aku mengadu dekat Lina.
“Abang Adib?” aku menjawab soalan Lina dengan anggukkan.
“Kau ni.. kesian Abang Adib kalau kau buat perangai macam ni.” aku senyum mengusik.
“Aku memang rindukan Abang Adib tapi ada lagi sorang yang aku rindukan.” Aku tayang gigi.
Lina mencebik. “Tahu dah siapa. Pergi la call dia.”
Aku mengeleng. “Dia kata dia nak call aku. So, biar la dia yang call aku.”
Lina jungkit bahu. “Suka hati kau la. Jangan nak merengek nanti, kata rindu la sayang la miss la love la dekat aku. Kalau buat, aku pos laju kau terus ke Perak.” aku dah tersenyum lebar dengar ugutan Lina.
“Nak, nak..” berkerut dahi Lina mendengar kata-kata aku.
“Apa yang kau nak?” aku tayang gigi mendengar soalan Lina.
“Pos laju terus ke Perak.” Tergelak aku apabila tangan Lina mencucuk pinggang aku.
“Mengedik. Tahu la dah kahwin, tak payah nak tunjuk aku kenikmatan alam rumahtangga sebab aku pun tak lama lagi merasakan kenikmatan alam rumahtangga jugak.” Kata Lina sambil buat gaya gedik.
“Ek eleh, makcik ni. Cakap rindu pun jealous ke?” Lina jelir lidah dekat aku.
Aku berpaling laju apabila telefon aku berbunyi. Mesti dia yang call aku. Dengan pantas aku mengambil telefon yang aku letak dekat atas meja tadi. Berkerut dahi aku memandang nombor yang tertera di skrin telefon aku. Siapa yang call aku memalam buta ni? Nama tak naik pun.
“Siapa?” soalan Lina aku jawab dengan menjungkit bahu. Aku memerhatikan Lina bangun dan berjalan menghala ke dapur sambil membawa mugnya.
Aku letak telefon dekat telinga selepas aku menekan tombol hijau. “Yanni.” Terhenti jantung aku mendengar suara orang sebelah sana. Macam mana dia boleh tahu nombor telefon aku? kelam-kabut aku nak memutuskan panggilan dia.
“Yanni.. Mie tahu tu, Yanni.” Aku mengeluh berat. Ishh.. dia nak apa sebenarnya dari aku? Tak cukup lagi ke, selama ini dia buat aku rasa serba bersalah? Tak cukup lagi ke, dia menyeksa hidup aku?
“Mie just nak tanya khabar aje. Petang tadi, Yanni lansung tak bagi Mie peluang untuk bertanya khabar.”
Aku diam sambil menahan perasaan yang bercampur aduk ketika ini. Aku tak tahu macam mana nak menghadapi semua ini. Aku betul-betul buntu dengan situasi sekarang ni. Ya Allah, bagi la hambaMu kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang Engkau beri.
“Mie tak sangka Tengku Sarhan tu hubby Yanni. Tak sangka betul.” Kedengaran suara Mie sedikit sinis. Aku menarik nafas dalam. Bawa bersabar Aryan, nanti ada pecah telefon kau. Macam mana hubby kau nak call kau nanti?
“Mie kata just nak menanyakan khabar aje, kan? So, Yanni sihat sesangat. Mie dah dengarkan? Boleh Yanni tamatkan perbualan ni?” soalan aku disambut dengan gelak tak ikhlas Mie.
“Yanni, Yanni.. Yanni langsung tak berubah. Masih macam dulu.. kalau terasa dengan Mie, mesti nak putuskan panggilan Mie. I miss you so much, Yanni. But itu bukan tandanya Mie dah lupakan kejadian sepuluh tahun yang lalu.”
Aku memejamkan mata aku menahan perasaan. Mie.. kenapa Mie berubah seratus peratus ni? Yanni rindukan Mie yang dulu. Mie yang periang, suka bergurau dan suka menyakat. Bukan, Mie sekarang ini yang sentiasa bercakap sinis, meluap dengan perasaan benci dan dendam. Mie..
“Doktor.. ada emergency case.” Kedengaran suara perempuan di sebelah sana.
“Okey.. I’m coming.”
Kedengaran Mie berdeham. “Mie akan call Yanni lagi. Kalau Yanni tak nak angkat call Mie.. Mie boleh buat sesuatu dekat Teng-ku Ma-ri-am. You know him? Of course Yanni kenal, kan?” Bulat mata aku mendengar nama Nenda disebut oleh Mie. Astaghfirullah al-Azim.. Mie nak buat apa dekat Nenda? Jauhkan segala perkara tak baik dari Nenda, Ya Allah.
“E-Errk.. okey.” Antara dengar tak dengar aku menjawabnya.
“Good.. see you later. Opss.. maksud Mie dengar lagi suara gemersik Yanni later.”
Aku meraup muka aku berkali-kali. Ya Allah, dugaan apa yang Engkau berikan kepada hambaMu ini. Bertapa beratnya dugaan ini. Tak sanggup hambaMu ini menganggunya. Ya Allah... menitis air mata aku untuk sekian kalinya. Aku sanggup terima kebencian Mie terhadap aku tapi jangan la sampai orang yang aku sayang turut menerima tempiasnya. Aku tak sanggup melihat orang yang aku sayang disakiti oleh Mie. Mie.. berubah la Mie. Berubah kepada yang asal. Tolong la, Mie. Yanni merayu kepada Mie.
“Aryan.” Aku menoleh memandang Lina yang sedang membawa mugnya.
“Lina...” aku menangis teresak.
“DAH LA, ARYAN.... bawa bersabar. Banyak berdoa agar Mie berubah macam dulu.” Pujuk Lina sambil mengosok belakang aku. Aku menangis teresak-esak di bahu Lina. Untung Emak dengan Ayah tidak terjaga dengan suara esakkan aku ni kerana mereka berdua terlalu letih menguruskan majlis pertunangan Lina tadi petang. Kalau tidak, pasti kami berdua disoal.
“Mie.. Mie.. dia ada niat nak mengapa-apakan Nenda. Aku takut, Lina. Kalau Mie buat betul-betul macam mana? Dah la Nenda bukannya sihat sangat. Aku takut kalau hubby aku tahu, dia benci aku. Than, dia salahkan aku atas apa yang berlaku dekat Nenda. Lina.. aku tak sanggup kehilangan diorang. Aku sayang sangat dekat diorang.” Esakkan aku semakin kuat apabila aku memikirkan kejadian yang bakal terjadi.
Lina pegang kedua belah bahu aku dan memandang tepat kearah aku. “Bagitahu hubby kau semuanya sebelum dia tahu dari orang lain. Please, Aryan. Aku dah tak sanggup nak tengok keadaan kau ni. Please.. aku merayu dekat kau, bagitahu semua masalah kau dan kisah silam kau dekat dia.” rayu Lina dengan air mata mengalir di pipinya.
Aku mengeleng. “Aku tak nak bebankan dia, Lina. Cukup la dia tahu siapa aku sekarang ni, bukan aku yang dulu. Aku tak sanggup nak bagitahu dia yang aku ni pembunuh, Lina.”
“Aryan, kau bukan pembunuh. Ini semua salah..” terhenti Lina dari bercakap apabila telefon aku berbunyi sekali lagi. Kami berdua memandang telefon yang sedang berbunyi dan bergerak-gerak di atas meja. Mie ke? Teragak-agak aku mengambil telefon.
Aku menarik nafas lega apabila nama dia yang muncul di skrin. Aku menarik nafas dalam-dalam dan berdeham beberapa kali untuk menghilangkan suara serak aku. Aku tak nak dia tahu aku baru lepas menangis sebab aku tak tahu nak jawab apa kalau dia tanya. Lina menyiut bahu aku menanyakan siapa pemanggilnya. Dia mengangguk apabila aku sebut hubby dan bangun untuk bagi aku ruang berbual dengan hubby aku.
“A-bang.” Bergetar suara aku.
“Sorry.. lambat call. Mesti awak risau, kan? Abang dah lama sampai Perak tapi abang pergi tengok site dulu. Ini pun, abang baru check in hotel.” Kedengaran pintu ditutup.
“Ohh..” sedaya upaya aku mengawal suara aku dari dia.
“Penatnya.. kalau ada awak, boleh minta urut.” Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Kedengaran pula tilam berenjut. Mesti sekarang ni dia sedang berbaring di atas katil sambil berbual dengan aku. Tiba-tiba perasaan rindu menerpa kembali di jiwa aku.
“Abang dah makan?”
“Dah tapi rindu dengan masakkan awak pulak.” kedengaran suaranya lirih.
Aku tersenyum. “Bukan abang kata saya masak tak sedap ke?”
Kedengaran dia ketawa. “Yap.. rindukan masakan awak yang tak sedap tu.”
Aku mencebik. Sukanya dia ketawa. Tak habis-habis nak kenakan aku. Karang aku mogok dari memasak, dia juga yang susah. Menangis siap berguling dekat depan aku minta aku masak untuk dia pulak.
“Rindu dengan sikap kelam-kabut awak.. rindu dengan riak muka awak.. rindu dengan suara cemas awak.. rindu dengan bibir awak.” Katanya dengan penuh mengoda. Berdegup kencang jantung aku mendengar ayat terakhirnya. ‘Rindu dengan bibir awak’. Secara automatik tangan aku berlari ke bibir dan tersenyum lebar mengingati kejadian pagi tadi.
Aku menarik nafas hingga tersendu. “Awak menangis ke?” terkedu aku mendengar soalannya tu. Itu la gatal sangat nak menarik nafas, kan tak pasal-pasal dia tahu.
“M-Manada..” tergagap aku menjawabnya.
“Ye ke? Ke menangis sebab rindukan abang?”
Hah?! Rindu dia? Memang la sekarang ni tengah rindukan dia tapi tak ada la sampai nak menangis bagai nak rak. “Tak dan nak menangis sebab rindukan, abang. Saya menangis sebab, sebab.. saya tengah tengok cerita sedih. Hah, betul la!” kedengaran dia ketawa lagi.
“Cerita apa yang sedih sangat sampai awak menangis?” aku garu kepala. Logik tak kalau aku cakap aku menangis sebab tengok cerita Adnan Sempit? Tang mana cerita Adnan Sempit yang sedih ni? Entah! Bantai aje la.
“Erkk.. ce-cerita.. entah!!”
“Aik.. awak yang tengok sampai menangis bagai nak rak tapi awak tak tahu cerita apa.” Aku garu kepala mendengar kata-kata dia. Aduii.. salah bagi jawapan pulak.
“Erkk.. cerita, cerita.. ko-rea.. ah.. cerita korea, saya tak tahu tajuknya sebab Lina yang nak sangat tengok. Saya tumpang la sekaki.”
“Sekali tumpang menangis?” perli dia.
“Abang ni.” rungut aku dengan nada manja.
Panjang mulut aku apabila terdengar dia ketawa. “Hehehe.. okey.. abang nak mandi ni. Lepas, mandi abang call awak, ye.”
“Ehh.. tak payah la. Saya tahu abang penat. Lepas mandi, abang terus pergi tidur rehatkan badan. Eh!! Jangan lupa solat dulu.”
Sekali lagi dia ketawa. Murah ketawa betul dia hari ni. Kalau selalu punya la payah nak senyum, apatah lagi nak ketawa macam ni. Kena sujud syukur aku malam ni tapi tak boleh la pulak sebab aku tengah cuti umum.
“Betul ni?”
“Betul.”
“Okey.. nanti abang call lagi. Assalammualaikum.”
Waalaikummusalam.. aku jawab selepas panggilan dimatikan. Fuhh.. selamat dia tak banyak soal pasal aku menangis tadi. Kalau tidak, mati kutu aku nak dok menjawabnya. Tadi pun, dah tergagap nak menjawab. Aku berpaling mencari kelibat Lina. Fuhh.. sorry makcik sebab jual nama kau untuk menyelamatkan diri tadi.
BERKALI-KALI AKU cuba untuk melelapkan mata tapi masih tidak berjaya. Kenapa entah mata aku degil sangat malam ni? Aku memusing badan ke kiri dan kelihatan, Lina sedang tidur lena menghadap siling. Kelihatan, bibir Lina mengukir senyuman, apa aje yang dok makcik ni mimpi sampai tersenyum-senyum macam tu. Haii.. sedapnya makcik ni tidur, aku aje yang terkebil-kebil lagi ni. Huh!! Aku memusing badan ke kanan pula menghadap tingkap yang tertutup rapat yang disinari oleh lampu dari jalan.
Berkerut dahi aku apabila terasa bantal aku bergegar. Aku menyeluk bawah bantal dan terasa telefon aku bergetar. Setiap malam, aku memang silent kan mood telefon sebab tak nak tidur aku diganggu dengan bunyi yang menyakitkan dari telefon aku. Time malam aje la menyakitkan, time lain tak menyakitkan pun. Siapa yang mesej aku memalam buta ni? Tak tahu orang nak tidur ke? Berkerut dahi aku memandang nama pengirimnya.
-Miss me? Mst miss kn sbb xada abg nk tmnkan awk tdo?
Aku tersenyum membaca mesej dia. Patut la tak boleh nak tidur, rupa-rupanya dekat sebelah aku tak ada dia. Tapi asal dia tak tidur lagi? Takkan dia pun tak boleh tidur macam aku jugak?
+Nope.. bley aje tdo.. lg pn mlm nie ada tmn tdo.. ;)
Beberapa minit kemudian mesej dia masuk.
-Hwo?? Opah?? Xmlu dh bsr pn tdo ngan Opah.
Aku tergelak perlahan sebab tak nak Lina tersedar sebab gelak aku yang tiba-tiba ni. Ada ke patut tidur dengan Opah. Macam tak ada kerja aje.
+Lina la.. cm xada keje aje tdo ngan Opah.. dr tdo ngan Opah, baik tdo ngan abg.. ;p
-Tdo ngan abg.. why??
Aku garu kepala membaca soalannya tu. Nak jawab apa ni? Sebab tidur dengan abang lagi seronok dari tidur dengan Opah. Gitu ke? Kalau dia tanya kenapa. Aku nak jawab apa?
-Dh tdo ke?
+Xlah..
-Dh 2, asl xbls msj abg?
+Tgh bfkr.. hehehehe..
-So.. dh dpt jwpan yea?
Berkerut dahi aku. Jawapan apa? Tadi dia ada tanya aku ke? Macam tak ada aje. Melainkan..
+Jwpn apa?
-Nape tdo ngn abg lg baik dr tdo ngan Opah?
Aku menelan air liur. Erkk.. tiba-tiba rasa macam tak ada jawapan untuk soalan dia tu la.
+Xad jwpan... hehehe
-Xad jwpn? Ke awk sgn nak ckp? Ckp aje la yg awk sonok tdo ngan abg..
+Hahahahaha..
-Gelak plk.
+Nape msj sy mmlm buta nie? Miss me?
Tersengih aku apabila aku menggunakan ayatnya. Suka pula aku dengan ayat dia tu. Miss me?
-Yap.. xad tmn tdo, xleh tdo..
Aku tersenyum gatal. Aryan pun tak boleh tidur walau ada teman tidur. Mungkin, teman tidur bukan abang kot. Itu yang tak boleh tidur. Hehehehe.. gedik kau, Aryan.
+Sblh abg ada antal uling?
-Ad, why?
+Bygkan antal uling tu sy. Than plk dy cam abg plk sy smlm.. ;)
-Xbley sbb dh cuba td.. hemm.. nak ke Perak x?
Berkerut dahi aku membaca mesejnya. Ke Perak? Macam la Perak tu dekat macam rumah Opah dengan rumah Lina. Aku mengeleng. Eh!! Dia mana nampak pun kalau aku dok mengeleng ni sampai tercabut kepala.
+Xnak la.. jauh..
-Flight ad.. abg tmphkan tkt utk awak, nk?
Huh?! Flight? Minta nyawa jawabnya aku kalau naik flight. Fobia dekat tempat tinggi. Lagi-lagi, hari tu terbaca surat khabar pasal kapal terbang terhempas. Waa... memang terkulai aku dekat depan dewan pelepasan.
+Erkk.. xnk sbb tkut tggi.
-Abg ambk..
Bulat mata aku membaca mesejnya. Ambik aku? Sah!! Dia sekarang dah tak berapa nak betul sebab rindukan aku. Hahaha.. kalau dah rindu sangat dekat aku, cepat-cepat settle kan masalah dekat site sana. Nanti dia penat, aku juga yang kena.
+Lg2 la xnk sbb sshkan abg.. lom pnt drive lg.. xpe, sy tggu abg dkt umah.
-Xsshkan pun.. I miss you so much.. please... I begged you..
Alalalalala.. dia dah keluarkan ayat-ayat sweet dia la pulak. Nak bagi alasan apa ni? Aku gigit jari.
+Nape abg drive klo leh naik flight?
-Hemm.. saje nk mnikmti keindahan alam.
Aku mencebik. Boleh pulak dia jawab macam tu dengan soalan aku yang cukup dengan hiasan bunga tu. Huh!!
+K la.. sy nk tdo..
-Cam ne ngan Perak?
Ishh.. ingat dia dah lupa. Nak bina ayat apa ni?
+Sy tggu abg dkt umah aje la. Sweet dream, abg..
-Hemm.. k.. sweet dream too.
Aku letak balik telefon aku di bawah bantal dan cuba memejamkan mata walau mata aku masih lagi buat perangai degilnya. Ishh.. ada kena tibai dengan aku mata ni. Kau tahu tak aku penat macam nak tercabut badan ni. Ada aku panggang kau dekat kayu bara ni. Memang gedik sungguh mata aku ni. Huh!!
Itu la dia dah pelawa pergi Perak tak nak. Jual mahal konon, sekarang siapa yang merana? Diri sendiri juga, kan? Huhuhuhu... abang. Berkerut dahi aku apabila terasa bantal aku bergegar lagi. Takkan tak tidur lagi dia ni? Memang saja dia nak kacau aku yang tengah berusaha keras untuk melelapkan mata.
-Ku teringat hati, yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta?
Perjalanan sunyi, yang kau tempuh sendiri
Kuatkan la hati, cinta
Ingatkan kau kepada, embun pagi bersahaja
Yang menemanimu, sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada, angin yang berhembus mesra
Yang ‘kan membelaimu cinta
Kekuatan hati, yang berpegang janji
Genggam la tanganku, cinta
Ku tak akan pergi, meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu, cinta
*Khas utk wife abg yg kene tdo tnpa abg mlm nie....
Aku tersenyum leber membaca mesejnya. Dia tuju lagu Sebelum Cahaya dekat aku? Waaaaa... sweetnya dia ni. Macam mana la aku tak tangkap lentok dekat dia ni. Love you, abang!! Jerit aku di dalam hati. Kalau aku jerit betul-betul, mahu penghuni rumah ni terkejut beruk dek jeritan aku yang sebijik macam puntianak ni pulak. So, jerit la senyap-senyap macam ni. Hehehehe.. sukanya dengan mesej dia ni. Sukanya, sukanya...
.......................
P/S 1:: mst korang pening kepala dgn n3 kali nikan sbb Cik MI pun rs pening kepala... hahahahah sbnrnya, lom edit blk.. e2 yg dok tonggang langgang mcm tongkah pecah... hahahahah
P/S 2:: Utk meraikan jumla pengikut blog CIk MI yg dah mencecah lbh 100 org(Pehhh!! rmai giler.. terharu, beb) Cik MI bg gift full bab 21 nie.. ada kekurang harap dimaafkan..
So.. enjoy.. teme ksh dau keladi.. nt baca lagi..





8 Batang lolipop untuk Cik MI:
sweetnye bace mesej laki bini neh..(:
arghhh........sukenye la kalu aku yg jdi aryan....sweet giler....
macamana nak kata yea...hehehe so sweet... nak baca entry yg seterusnya...... :)
Hahaha .... Sweet juga Pak cik kerek ni....
Mula-mula jual mahal ... sekarang dah buat offer pulaka...
layannnn
haha...sweet btollah dorang ni!ske dgn cre TS lyn bini...hehe
sweet gila.... romantic tahap xingat tu.... i like... cik writer..karya anda semakin menyengat... tabek spring kat awak yea...
postlh lagi n3 baru cik Mi dh tak sabar nk tau
cerite seterusnya. Novel ni akan di bukukan ke?
wah best nya.. lagi kak mi...... cite akak bt sye hilang tension..... so sweat.. hehe
Catat Ulasan