RASA dah lain macam aje gaya aku senyum ni. Mana tidaknya, dari pagi sampai la sekarang asyik senyum aje. Sampai kejang urat pipi aku dibuatnya. Aku sembunyikan muka aku dibelakang badan dia dan mengurut kedua-dua belah pipi aku. Macam mana la model-model iklan gigi boleh senyum sampai ke malam? Mau terencat urat pipi diorang tu.
Terasa tangan kasar dia menyentuh belakang tanganku. “Kenapa?”
Aku mendongak. “Pipi sakit sebab asyik tersenyum aje. Tak boleh rehat kejab ke?” soalku sambil buat gaya minta simpati. Mana tahu dia termakan dengan kata-kata aku tu.
Agak tergamam aku apabila dia turut mengurut lembut pipi aku. Alahaii... caringnya abang dekat Aryan. Macam mana la Aryan tak jatuh sayang dekat abang walau kekadang.. eh... silap bukan kekadang tetapi selalu abang buat Aryan sakit hati. Aku menyentuh tangannya yang tengah mengurut pipiku ni.
Kelihatan, dia mengangkat kening seperti isyarat bertanya. Aku hanya senyum manis sambil mengeleng dan aku menatap anak mata hazelnya tu dalam-dalam. Alamak!! Kenapa aku tengokkan pandangan mata dia semakin memukau ni? Jantung pun dah lain macam aje berdegup ni. Jangan sampai berhenti berdegup sudah!!
Aku terpejam mata apabila ada cahaya terarah ke mata aku. “Nice posing, Tengku. I want another posing but this time, I nak lagi romantik.” Pinta cameraman dengan siap bersedia untuk mengambil gambar.
Ishhh!! Kacau betul la cameraman ni. Baru aje nak main-main mata dengan dia. Tapi bengong juga aku ni, boleh pula main-main mata dengan dia time ambil gambar untuk gambar perkahwinan kami ni. Ishh, ishh... Aryan, jaga kelakuan sikit.
Berkerut dahi aku apabila tangan aku berada didalam genggaman dia. Aku memandangnya dengan pandangan pelik. Dia meletakkan kedua-dua tanganku diatas dadanya dan terasa pinggangku dipeluk olehnya. Tiba-tiba aku terasa saluran pernafasan aku mengecil apabila dia menarik aku supaya mendekati dia. Terhenti seketika pernafasan aku apabila minyak wanginya menusuk keliang hidungku.
Makin bulat mata aku jadinya apabila bibirnya mendarat lama dihujung hidung aku. “So nice, Tengku. Sekarang ni, Tengku dengan wife Tengku boleh tukar baju. I akan check semula semua gambar pengantin yang kita ambil tadi.” Terkebil-kebil mata aku memandangnya yang tengah tersenyum. Tak pasti senyuman dia tu bawa makna apa sebab aku bukan anak murid Tok Belalang.
Erkkk!! Bila dia nak lepaskan aku ni? Takkan la nak berkeadaan macam ni sampai kedai gambar ni tutup. Jantung pula dah mula la buat hal. Asyik berdegup dengan laju aje. Adoiii... boleh kepenatan jantung aku macam ni tau. Itu la, tempoh hari dekat hotel bukan main nak suruh dia peluk aku. Hah!! Sekarang ni, dia dah peluk aku tapi bukan main kelu pula lidah aku dibuatnya. Ambik kau!!
Berkerut-kerut dahi aku apabila wajahnya makin menghampiri muka aku. Terasa nafas hangatnya menampar lembut dimuka aku. Aku seakan-akan terkaku apabila bibirnya mendarat untuk seketika dibibirku disebabkan panggilan cameraman tadi menyuruh kami melihat hasil gambar yang diambilnya. Dia meleraikan pelukkannya dipinggangku dan berjalan menuju ke bilik sebelah tempat cameraman tadi.
Aku menyentuh dada aku. Terasa jantung aku bergerak lebih pantas dari biasanya, gara-gara ciuman yang tidak terduga itu. Ya Allah, dia cium aku. Cium aku!! Bukan sebarang tempat dia cium. Dekat bibir aku pulak tu. Bibir aku!! Ya Allah, rasa macam dalam syurga pula... aku tersenyum leber. Dia dah curi ciuman pertama aku walau hanya sekejab aje tapi ia adalah ciuman pertama aku.
SEPANJANG perjalanan kerumah Opah, aku tersenyum lebar walau dia hanya menunjukkan reaksi yang selalu dia tayang dekat aku. Macam mana sekali pun reaksinya sekarang ini, ia masih tidak mampu melupuskan kebahagian dihati aku. Berbunga-bunga hati aku apabila teringat kembali ciumannya itu. Masih terasa bibirnya dibibirku. Aku ingin perkara tadi berulang kembali tetapi lebih lama berbanding tadi.
Sesekali, aku mencuri memandangnya yang tengah memandu melalui ekoran mata aku. Aku langsung tidak menyangka yang dia akan cium aku. Memang tak sampai dek akal aku ni. Mana tidaknya, dia selalu bersikap dingin dengan aku. Langsung tak ada tanda-tanda yang boleh menyebabkan dia cium aku. Haiii... rasa macam dalam mimpi aje apa yang berlaku tadi.
“Kenapa awak senyum semacam tu?” soalannya membuat aku memandangnya yang tengah membetulkan cermin mata hitamnya itu.
Cehh, cehh, cehh.. buat-buat tanya pula walau dia tahu apa sebabnya aku senyum semacam ni. Disebabkan ciuman dia la, apa lagi. Tak adanya jumpa duit sejuta tepi katil pagi tadi boleh menyebabkan aku senyum macam orang sewel macam ni melainkan berkaitan dengan dia aje aku senyum macam ni. Hanya kerana dia aje.
Baru aje aku ingin menjawab soalannya itu. Lidah aku kelu melihat seseorang yang aku kenali berada dihalaman depan rumah Mak Timah. Aku menoleh kebelakang untuk memastikan betulkah dia yang aku lihat sehingga susuk tubuh lelaki itu hilang dipandangan aku setelah dia membelok kereta masuk kehalaman rumah Opah.
Dia buat apa dekat sini? Setelah bertahun-tahun dia tidak pulang ke kampung, baru sekarang dia pulang tapi atas alasan apa dia pulang ke kampung? Adakah dia nak tuntut kembali apa yang pernah aku katakan pada dia dulu? Janji yang pernah aku buat kepada dia?
“Tak nak keluar ke?” aku pandang dia yang tengah bukakan pintu untuk aku.
Aku hanya memandangnya dengan pandang kosong sebab kepala aku sarat dengan kemungkinan-kemungkinan yang bersarang dekat dalam kepala aku. Terasa kepala aku disentuh lembut dan aku mendongak memandangnya yang tengah pandang aku dengan kerutan didahinya. Tolak ke tepi dulu Aryan. Jangan buat dia risau. Seboleh-bolehnya aku senyum manis dekat dia walau aku rasa senyuman aku nampak sumbang sungguh dimatanya.
“Jom masuk, bang.” Kata aku sambil keluar dari kereta dia.
“Abang ambil beg dulu dekat dalam bonet kereta.” Kata dia sambil mengosok lengan aku sebelum dia tolak aku perlahan supaya masuk kerumah Opah dulu tanpa dia.
Aku tak pasti apa maksud dia lakukan macam tu dekat aku. Kenapa dia bersikap pelik satu hari ni? Ke aku yang bersikap pelik? Aku mengeleng dan melangkah masuk kerumah Opah.
Aku hanya memandang Opah yang tengah membacuh air kopi untuk diminum bersama goreng pisang yang baru digoreng tadi. Dia pula ada dekat dalam bilik berehat sekejab sebab aku tengokkan muka dia agak penat. Mungkin, dia tak cukup rehat menguruskan majlis perkahwinan kami ni. Mana tidaknya, masa majlis di rumah Opah dia yang uruskan. Masa majlis di belah dia pun dia yang uruskan. Boleh dikatakan, semua dia yang uruskan. Bukan aku tak ambil tahu tapi dah memang dia yang nak uruskan sendiri. Jadi, aku nak buat macam mana.
“Aryan.. kamu tahu Mie dah balik?” soalan Opah tu buat kening aku berkerut.
Macam mana Opah boleh tahu dia dah balik? Aku pandang Opah yang tengah letak teko diatas meja makan. “Tadi Mie ada datang rumah. Dia kata nak jenguk Opah sebab dah lama tak jumpa.” Opah macam tahu aje apa yang berlegar didalam kepala aku sekarang ni.
“Dia cakap tu aje, Opah? Dia tak tanya pasal Aryan ke, Opah?”
Opah tarik kerusi yang berhadapan dengan aku dan duduk. “Dia tak tanya tapi Opah tengok gerak-geri dia seakan-akan mencari kamu. Opah bagitahu dia yang kamu dah kahwin dekat dua minggu.” Jawapan Opah tu buat jantung aku hampir-hampir berhenti.
Macam mana la reaksi dia masa tu? Pasti dia agak terkejut dengan berita yang baru dia dengar dari Opah tu. “Kamu masih berhubung antara satu sama lain ke, Aryan?” soalan Opah tu buat aku pandang Opah.
Kenapa Opah tanya soalan macam tu? Bukannya Opah tak tahu hal sebenar yang berlaku diantara kami dulu? Atau Opah tidak percaya apa yang aku katakan selama ini.
Aku hanya mengeleng. “Tak Opah. Sejak kejadian tu, Aryan dengan Mie terus tak berhubung lagi. Lagi pun, itu permintaan Mie sendiri. Jadi, Aryan turutkan aje permintaannya tu. Aryan tak nak terus mendesak dia, takut dia makin bencikan Aryan.” Aku mengeluh.
Setelah bertahun-tahun, aku cuba mengelak dari berbicara tentang dia dan kejadian itu tetapi sekarang ini, dengan kepulangan dia yang tidakku duga ini telah memaksa aku membuka semula cerita lalu. Ia membuatkan hati aku pedih seperti dihiris pisau berkali-kali. Terasa tanganku diusap lembut oleh Opah.
“Bersabar la, Aryan. Pasti satu hari nanti Mie akan memaafkan kamu. Dia pasti akan sedar semua yang berlaku itu bukan berpunca dari kamu tapi kehendak dari yang Esa.” Aku tersenyum mendengar pujukkan Opah itu.
“Aryan akan bertahan hingga ke hari tu, Opah. Hari dimana Mie akan memaafkan Aryan. Aryan akan bertahan.” Aku senyum manis dekat Opah.
Aku memandang Opah yang tengah mengerut dahi. Kenapa dengan Opah ni? Gaya macam nampak hantu aje. “Mari sini, Syah.” Terus tegak badan aku mendengar nama dia disebut oleh Opah. “Opah goreng pisang tanduk ni. Makan sekali dengan Aryan. Opah nak masuk kebilik, nak sembahyang Asar. Sekejab lagi Opah turut serta dengan kamu berdua.” Opah bangun dari kerusi dan berjalan ke bilik air.
Dia dengar semuanya ke? Jangan la dia tanya siapa Mie tu? Jangan la dia suruh aku ceritakan apa masalah aku dengan Mie tu? Jangan la... kedengaran kerusi ditarik disebelah aku. Aku seboleh-bolehnya mengawal mimik muka aku dari berubah. Aku menoleh kearah dia yang dah duduk dan memberikan senyuman manis dekat dia.
“Abang nak air?” soalku tapi tangan aku dah menuangkan air kopi dicawan kosong dan meletakkan didepannya.
Dia mengambil pisang goreng dan mengunyah perlahan-lahan. Melihat reaksinya sama seperti biasa membuatkan aku sedikit lega. Mungkin, dia tidak dengar perbualan aku dengan Opah tadi. Aku melepaskan nafas lega dan mengambil pisang goreng.
“Petang-petang macam ni, Aryan dengan Opah selalu minum petang sambil berbual. Selalunya, Aryan dengar Opah ceritakan pasal cucu kawan dia baru kahwin la, cucu kawan dia baru lepas bersalin la, cucu kawan dia baru tunang la... macam-macam la sampai kekadang Aryan dengar pun dah naik tuli dengar cerita Opah tu. Sekarang ni, senyap Opah dah senyap sikit dari menceritakan hal cucu-cucu kawan dia tu sebab Aryan dah kahwin. Tapi Aryan rasa tak lama lagi mesti Opah mula ceritakan hal cucu-cucu kawan dia yang baru dapat anak kalau.” aku terus diam apabila benda yang aku katakan ni ada kaitan dengan dia.
Aku mengunyah goreng pisang perlahan-lahan dengan anak mata kuarahkan ketempat lain. Adoii.. Aryan.. kenapa la kau ni jenis banyak mulut? Boleh tak kalau dalam satu hari kau tutup mulut dari mengeluarkan ayat-ayat merapu kau? Untung tak terlepas cakap. Kalau terlepas, mahu aku yang termalu.
“Kalau?” soalannya tu buat aku menoleh kearah dia yang tengah memandang aku.
Alamak!! Aku nak cakap apa dengan dia? Cari idea untuk menyimpangkan soalan dia tu. “Abang dah call Nenda yang kita dah sampai rumah Opah?” berkerut dahi dia mendengar soalan dia dijawab dengan soalan.
“Dah.. boleh kita balik ke soalan abang tadi?”
Aku mengigit bibir apabila dia masih berkeras ingin tahu jawapan kepada soalannya itu. Adoiii... aku nak jawab apa? Takkan la aku nak cakap ‘Kalau Aryan tak mengandung lagi’. Wahh!!! Giler ke apa? Kalau aku teruskan juga, mahu dia tanya ‘Mengandung? Anak abang ke?’. Waahhh!! Time tu aku sanggup terjun lombong.
Aku mengaru leher aku yang tidak gatal tu. “Susah sangat ke nak jawab soalan abang tu?” soalan dia tu aku jawab dengan anggukkan. Memang susah, bang. Boleh buat jantung Aryan nak tercambut.
Dia tersenyum. Aku tak pasti senyuman dia ni boleh masuk kategori mana. Sinis bukan, manis bukan, sumbing lagi la bukan. “Kalau abang dapat sambung ayat tergantung awak tu. Boleh ke awak lakukan?” soal dia sambil angkat kening.
Terkebil-kebil mata aku memandangnya. La-ku-kan? Lakukan apa? Dia nak suruh aku lakukan apa? Asal aku tengok pandangan dia ni lain macam aje? Seram sejuk aku dibuatnya. Terasa tangan kirinya melingkar dibahuku dan dia menghampiri aku dengan perlahan-lahan. Jantung aku mula buat perangai dengan niat ingin melompat keluar apabila terasa nafas hangatnya semakin kuat menampar lembut ke mukaku.
“Kalau Aryan tak mengandung lagi!” terkeluar juga ayat tu dari mulut aku apabila bibirnya begitu hampir dengan bibirku. Terasa bibirnya mendarat dibibirku untuk sesaat.
Dia memandang wajah aku yang sudah merah padam dek kata-kata aku dan kelakuannya tadi. Dia tersenyum. “Senang aje abang dengar awak jawab soalan abang tu. So nak ke?” soalan dia tu buat aku menelan air liur berkali-kali.
Apa maksud soalan dia tu? Aku memandangnya dengan pandangan bertanya. Berkerut dahi aku apabila dia mendekati wajahnya kembali. “Buat awak mengandung.” Bisiknya perlahan. Teramat perlahan ditelinga aku seperti tengah mengoda aku.
Jantung aku berhenti seketika apabila mendengar suara mengodanya itu. Dia betul-betul maksudkan ke? Sebelum dia meleraikan pelukkannya dibahuku, dia sempat mengucup telinga dan pipi kananku. Agak tergamam aku dengan kelakuan romantiknya itu. Aku memandangnya yang tengah mengenyit mata dekat aku. Terasa kedua-dua pipi aku rasa pijar akibat menahan malu dengan kelakuan romantiknya itu.
Alamak!! Kenapa hari ni dia tiba-tiba jadi terlebih romantik ni? Aku tunduk dan merenung pisang goreng yang ada ditangan aku. “Bibir awak rasa pisang goreng la.” Lepas dia cakap macam tu dia terus gelak.
Aku hanya mencebik. Bengap ke apa laki aku ni? Dah memang aku tengah makan pisang goreng mesti la rasa pisang goreng. Tak adanya makan pisang goreng rasa anggur pulak. Ada yang cium meja ni.
“JANGAN tidur awal sangat malam ni.” Berkerut dahi aku memandangnya yang tengah bersiap untuk ke surau.
Terhenti tangan aku dari melipat kain. “Kenapa pula?” bukannya boleh buat apa-apa pun kalau tidur lambat, baik tidur awal.
Dia pandang aku sambil memakai songkok. “Bukan petang tadi awak kata nak mengandung ke?” soalnya sambil angkat kening.
Dengar aje soalan giler dia tu terus aku menyembam muka kekatil. Waaaa.... aku dah malu teramat-amat ni. Memang nak cari lombong la aku jawabnya ni. Nak terjun dekat lombong dan timbus diri sendiri. Kedengaran dia ketawa dan pintu bilik tertutup.





4 Batang lolipop untuk Cik MI:
akaakkkk...
cpt la smbngg...
haha....best2...suke2..hehe...tq cik penulis...puas hati sbb bnyk entry :)
hahahaha gelak gulin2. klaka la cite cik mi ni. bru follow latest entry da jatuh chenta. nak lagi ye cikmi~
yes! yes! yes!
sy ske TS yang romantik!!! dan yng cold jugak. hehe... arigatou cik MI!
Catat Ulasan