MATA AKU HANYA tertumpu kepada dia yang tenang duduk di hadapan Tok Kadi. Melihat wajah tenangnya tu membuat aku serba sedikit lega dari kegelisah di hatiku sejak aku bangun dari subuh tadi. Dada yang berdebar macam nak pecah, seakan-akan turut tenang seperti dia. Seperti dia perasan aku tengah perhatikannya, dia menoleh kearahku dan memberi aku senyuman manis. Tergamam seketika aku melihat senyuman menawan dia walau hanya untuk seketika. Kali pertama, aku melihat senyuman ikhlas dari bibirnya. Memang menawan sekali sehingga buat hati aku mula cair. Aku memejamkan mata dan mengulang kembali mengingati wajahnya yang tengah tersenyum manis tu.
Dan dia juga kelihatan sangat kacak dengan baju melayu berwarna krim bersampingkan kain songket yang disulam dengan benang emas berlatarkan warna hitam. Memang menambahkan kekacakan diwajahnya yang sedia ada kacak tu. Gambarannya ini akan kusemat dikotak fikiranku dan akan kusemat jua dilubok hatiku ini. Terasa bahuku disentuh. Aku menoleh dan melihat Lina tersenyum sambil menunjuk kearah depan aku. Tergamam seketika aku apabila dia sudah berada dihadapanku. Terkebil-kebil mata aku memandangnya. Bila masa dia ada dekat depan aku ni? Bukan tadi ada dekat depan Tok Kadi ke? Pantasnya dia lafas akad nikah. Gaya macam minta order dekat kedai mamak aje. Rasa tak sampai lima minit aku melayan perasaan.
“Aryan salam.” Suruh Lina sambil menolak lembut bahuku. Aku yang masih keliru hanya menuruti arahan Lina. Tergamam sekian kalinya apabila terasa ciuman hangat di dahiku. Terasa air mataku berguguran tanpa dipinta, rasa sayu sangat apabila aku terima kucupan hangat dari dia. Alangkah bahagianya, andai Umi dengan Abah turut ada sekali menyaksikan hari berbahagia aku ni.
Aku pandang dia dengan air mata mengalir laju di mata aku. Sekarang, aku serahkan segala-galanya yang aku miliki kepada dia, aku tidak kisah dia ingin lakukan apa kerana dia sudah sah menjadi suamiku. Suami yang akan membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya. Terasa tangan kasarnya mengelap air mata dipipiku dengan lembut.
“Jangan menangis. Nanti orang kata you kena kahwin paksa dengan I pulak.” Bisiknya dengan nada keras.
Aku tergelak kecil. Memang ganguan emosi betul la dia ni. Aku baru aje nak jadi pelakon air mata, terbantut lakonan aku tau. Lagi satu, fail sungguh cara dia memujuk aku. Aku rasa dia bukannya nak pujuk aku, makin dia membebel dekat aku ada la. Susahnya dapat hubby macam dia ni. Redha aje la Aryan sebab kau dah jatuh cinta dekat dia. Bukannya, kau tak tahu perangai dia sebelum korang nikah pun.
Dia memandang aku dengan pandangan yang aku sendiri tidak faham dan seketika, terasa kepala aku diusap lembut olehnya. Aku membalas dengan senyuman yang cukup menawan. Suka pulak dia buat macam ni dekat aku, macam dia sayang sangat dekat aku walau itu hanya perasaan aku aje. Aku mengenggam erat tangannya yang aku salam tadi.
“Udah-udah la pengantin lelaki. Malam sikit kalau nak pandang pengantin perempuan lama-lama.” Kedengaran suara orang mengusik dan keadaan yang tadi sunyi sepi menjadi riuh rendah dengan usikan dari tetamu yang hadir.
Aku hanya mampu menunduk menahan malu. Terasa muka aku membahang. Jantungku mula berdegup lebih pantas dari biasa apabila dia membalas genggaman aku. Aku memberanikan diri untuk memandangnya yang sedang tersengih apabila disakat oleh hadirin yang hadir. Aku turut tersenyum melihat wajahnya yang berubah tu, mungkin malu sebab di sakat.
Dia la lelaki yang berjaya membuat aku jatuh cinta sepenuh hati tanpa melakukan apa-apa. Hanya melihat jelingan tajamnya dan kata-kata perliannya sahaja sudah membuat aku tersungkur dikakinya. Aku berharap sangat agar rumah tangga kami di hiasi dengan kasih sayang, kebahagian dan restu dari semua orang.
“Tahniah, Aryan.” Tiba-tiba Lina pelukku dengan erat.
Ketawa kecil aku dengan gelagat Lina tu. Kedengaran esakkan kecil dari Lina. Lina, kau la kawan dunia dan akhiratku. Selamanya kita berkawan. Aku membalas pelukkannya dengan erat sekali. “Terima kasih, Lina.”
Aku hanya tersenyum apabila saudara-mara belah Umi dan Abah mengucap tahniah atas pernikahan kami berdua sebentar tadi. Aku terpandang Opah yang berdiri dihujung ruang tamu sambil mengelap air matanya yang deras mengalir dipipinya. Sayu aku melihat keadaan Opah itu. Pasti berat hatinya untuk melepaskan aku pergi dari hidupnya. Opah, terima kasih atas segala yang Opah berikan kepada Aryan.
Disaat ini, aku ingin berlari dan mendakap tubuh Opah dengan erat untuk meluahkan semua kasih sayangku selama ini untuknya. Belum sempat aku mengorak langkah, terasa tangan aku dipegang. Agak terkejut aku apabila dia memegang tanganku. Seperti dia perasan dengan perubahan dimukaku, dia terus membongkok sedikit.
“Jumpa Nenda dengan adik I.” Pintanya.
Tanpa sempat aku memberi kata putus. Dia terus menarik aku keluar dari rumah Opah. Aku hanya mampu memandang Opah yang tersenyum manis kepadaku. Opah, Aryan datang kejab lagi. Aku memandang bahagian tepi wajahnya yang kelihatan dingin tapi tenang seperti biasa. Berkerut dahiku mengingati kembali punca dia menarik aku sekarang ini. Nenda.. adik.. selama ini, dia ada keluarga. Kenapa dia tidak pernah nak memperkenalkan ahli keluarganya kepada aku? Adakah perkahwinan kami ditentang oleh ahli keluarganya dan itu sebab dia berbuat sedemikian? Adakah keluarganya membenci diriku?
Aku memeluk lengannya dengan erat apabila terasa tangggapanku itu bakal benar. Setiap langkahku menambahkan lagi debaran di hatiku. Jangan la benda yang tidak diingini berlaku. Seakan dia mengerti apa yang bergelora di hatiku, dia mengosok lembut belakang tanganku. Aku memberi senyuman manis apabila pandangan kami bertemu. Terima kasih sebab tenangkan hati saya. Semakin erat pelukkan aku di lengannya.
Kelihatan seorang wanita separuh abad sedang duduk didalam khemah yang disediakan untuk tetamu yang hadir dan seorang gadis muda yang mengikut pengiraanku baru lepasan SPM duduk bersebelahannya memandang kearah kami yang menghampiri mereka. Mengeletar badanku bila pandangan mereka berdua bertemu dengan pandanganku. Cepat-cepat aku menundukkan kepala.
“Nenda..” panggilnya dengan mesra.
“Eh!! Abang.. waa.. cantiknya kakak ipar Nani bila tengok dari dekat macam ni.” Terus tubuhku dipeluk oleh gadis muda itu.
Tergamam aku dengan sikap terlebih mesra adik iparku ini. Lari dari apa yang aku bayangkan tadi. Aku hanya meneliti sikap adik iparku yang mesra alam ni. Tak ada pula gaya kau-rampas-abangku dekat muka adik iparku ni. Gaya macam dapat lolipop sebesar tapak tangan tu ada la. Adakah sebentar tadi aku yang terlebih berfikir?
Aku teragak-agak untuk membalas pelukkan adik iparku ini. Sebenarnya, aku tak tahu nak mengayakan macam mana nak peluk budak kecik ni, gaya dia peluk aku dah macam peluk teddy bear aje. Dan dia pulak macam memahami keadaan aku apabila melihat wajah serba salahku itu dan dia menarik adiknya jauh dari aku.
“Jangan buat kakak ipar Nani macam tu. Terkejut dia. Cuba tengok muka dia.” Dia menunjuk mukaku yang sedikit terkejut.
Gadis muda itu ketawa kecil. “Sorry, Kak. Nani excited sangat nak jumpa Akak. Abang la suruh Nani jumpa Akak lepas majlis akad nikah. Takut sangat perangai buruk dia, Nani bagitahu dekat Akak.” Rungut gadis itu.
Aku memandangnya yang tengah memandang adiknya dengan pandangan tajam. Motif dia buat macam tu? Betul ke dia takut adik iparku ni bagitahu perangai sebenarnya? Ini yang terlebih extra cuak aku dibuatnya. Dibuatnya, dia dera aku macam mana? Dari gaya dia pun ada la sikit-sikit simptom kaki dera. Erkk... rasa sempat lagi aku melarikan diri sebelum dia ikat kedua-dua kaki aku ni tapi apa pasal kaki aku tak nak buka langkah? Macam redha aje gayanya.
Adiknya menjelir lidah dan memaut lengan aku. Adiknya meleraikan pelukkannya di lengan aku apabila dia ingin menarik rambut adiknya dan adiknya sekali lagi menjelir lidah yang sekarang berada di belakang seorang wanita yang sedang duduk sambil memerhatikan kami bertiga sejak tadi dengan senyuman manis terukir di bibirnya. Ni mesti nenek dia. Aku membalas senyuman dengan neneknya apabila pandangan kami bertemu.
“Nenda I, Tengku Mariam. Budak perempuan nakal dan tak tahu malu tu adik I, Tengku Syahzanani.”
“Tengku..” aku menghulur tangan untuk menyalami Tengku Mariam.
Senyuman Tengku Mariam serta-merta mati apabila mendengar suaraku. Berkerut dahi aku melihat perubahan mengejut Tengku Mariam. Erkk.. aku ada buat salah ke? Tengku Mariam memandang aku dengan pandangan tajam. Mak aiii.. tajam giler pandangan dia. Aku dah tahu dari mana dia dapat pandangan dengan jelingan tajamnya tu.
“Apa panggil Tengku ni?” kata Tengku Mariam dengan tegas.
Terkebil-kebil mata aku memandang Tengku Mariam. Mak aii.. garang giler. Sekarang ni pulak, aku sudah tahu dia mewarisi sikap garangnya itu dari siapa. Tadi bukan main senyum dekat aku. Rasa-rasanya, nenek dia kot yang menentang perkahwinan kitaorang ni. Macam mana ni? Takkan aku nak melawan Tengku Mariam? Usia Tengku Mariam lebih kurang dengan Opah aje. Kalau aku melawan Tengku Mariam bermakna aku melawan Opah.
“Nenda..” panggil dia lembut.
“Nenda tengah marah ni, Syah. Dah la Nenda datang dari jauh nak tengok hari berbahagia cucu sulong Nenda dan meraikan dengan gembira tapi isteri cucu Nenda kurang ajar dengan Nenda. Nenda tak suka!”
Bertambah cuak aku tengokkan Tengku Mariam marah. Kurang ajar?! Tidak pernah seumur hidupku melakukan perkara sedemikian. Apatah lagi dengan orang yang lebih tua dariku. Tidak pernah.. tapi kalau benar kelakuanku sebentar tadi adalah kurang ajar. Aku betul-betul meminta maaf. Aku kurang faham dengan adat diorang satu family.
Ye la kan, kerabat diraja katakan. Mana tahu nak junjung perintah ke apa, kan? Aku pandang dia dari hujung mata. Kenapa tak bagitahu kena junjung perintah masa nak menghadap Tengku Mariam ni? Saja nak buat aku kena marah dengan Tengku Mariam, kan? Suka la tu, sekarang ni?
“M-Maafkan, Aryan.” Aku menunduk dan menahan perasaan. Dah nak menangis ni sebab kena marah time majlis sendiri. Tak pernah dibuat orang, pengantin kena marah tau. Dalam sejarah tau, aku sebagai pengantin kena marah time-time majlis. Waa...
Terasa diriku ditarik dan dalam sekelip mata, aku berada di dalam pelukkan Tengku Mariam. Terasa dia mengosok belakang badanku dengan lemah-lembut. “Nenda tak suka isteri cucu Nenda panggil Nenda, Tengku. Panggil Nenda aje Aryan. Sekarang ni, Aryan cucu Nenda bukannya orang luar. Ingat tu.”
Teguran lembut Nenda itu membuat air mataku mengalir jua. Sikap Nenda tidak tumpah macam sikap Opah yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang. Kasih sayang yang begitu ikhlas dari hati yang begitu mulia sekali bagiku. Aku membalas pelukkan Nenda. Terasa kepala aku diusap oleh seseorang dan apabila aku menoleh, kelihatan dia tersenyum manis melihat aku yang sedang mengalir air mata. Dia ni tengah perli aku ke apa ni? Macam suka aje aku dok menangis ni.
Aku menjelir lidah dekat dia dan dia sambut dengan gelakkan kecil. Memang tidak pernah terlintas di fikiranku, penerimaan keluarganya terhadap diriku sebegitu baik sekali. Terasa seperti ahli keluarga sendiri, bukan keluarga mertua langsung. Kemesraan yang ditunjukkan oleh ahli keluarganya amat aku senangi. Kini, aku turut berkongsi kasih sayang dengan orang yang menyayaginya selama ini.
“Maafkan Aryan, Nenda.” aku mengeratkan lagi pelukkan.
“Syyy.. maafkan Nenda juga sebab takutkan Aryan tadi.” Aku mengeleng dan Nenda menghadiahkan satu ciuman di pipi kiri aku.
“Ahh!! Akak pun tak boleh panggil Nani, Tengku Syahzanani. Panggil aje Nani. Tak pun budak comel.” Nani tunjuk peace dekat aku apabila aku dengan Nenda meleraikan pelukkan tapi Nenda masih memeluk pinggangku dan aku memeluk mesra bahu Nenda yang seperti selalu aku lakukan kepada Opah.
Tergelak aku mendengar celoteh Nani. Kering la air liur aku nanti melayan celoteh adik ipar aku ni. Mahu tak cukup mulut nak melayan kerenahnya tapi aku suka sebab dah lama aku menginginkan seorang adik.
“Perasan betul.” Dia buat muka.
Nani mencebik. “Biar la. Yang Abang jealous tu, kenapa?”
“Tak ada makna nak jealous.”
“Jealous.”
“Sudah-sudah la kamu berdua ni. Tak malu ke Aryan tengok kelakuan kamu dua beradik ni? Asyik nak bertekak aje. Kamu, Syah kan sekarang ni dah bergelar suami. Masih lagi nak bersikap macam budak-budak.” Marah Nenda.
Dia hanya mengangkat bahu sambil memandang ketempat lain. Nani pulak tersengih sambil memeluk Nenda dengan begitu mesra sekali. Tergelak aku apabila dia sempat menarik rambut Nani dan mula la Nani merengek. Dapat aku mengagak yang diorang rapat sangat dengan Nenda. Tumpang kasih sayang Nenda selepas kematian kedua-dua mertuaku. Tersenyum aku melihat kemesraan mereka bertiga.
Seronoknya melihat kemesraan mereka ni. Penuh dengan gelak-ketawa dan kasih sayang. Tapi yang pelik macam mana dia boleh jadi orang kurang mesra? Dingin macam ais dekat kutub utara adalah. Mungkin masa mama mengandungkan dia, mama mengidam makan makanan sejuk kot. Nani pulak? Mungkin, Mama mengidam makan makanan manis kot. Itu yang terlebih mesra. Pandai sungguh kau buat statement, Aryan. Kau guna maklumat mana ni? Hehehehe..





3 Batang lolipop untuk Cik MI:
hehehe..
tak puas la...nk lg...hehe
awww~
dah kahwin!
nampak dah sifat2 baik TS.
hopefully x de la TS garang semacam dgn Aryan lepas ni...herm...
tthanks cik MI!
byk2 lagi scene romantik, ye. hehehe.. :p
Catat Ulasan