BERKALI-KALI AKU MEMBACA laporan kewangan yang berada di hadapan aku. Takut aku tersalah kira atau tersalah letak nombor dekat laporan kewangan ni. Walau aku ni adalah pekerja contoh dalam kurungan poyos si Lina katakan. Aku masih perlu mengekalkan reputasi aku tu. Ahak!! Jadi, kena la baca berkali-kali laporan ni. Kalau la betul terjadi benda yang tak diharapkan tu. Mahu huru-hara syarikat Perdana Holding ni. Mahu tutup periuk kuali rezeki aku dekat sini. Nak cari kerja dekat tempat lain dengan keadaan ekonomi yang tak seberapa stabil ni, memang amat payah. Makan akar pokok la jawabnya.
Tapi bengong juga aku ni. Ada future husband yang kaya raya macam pakcik kerek tu. Tak payah nak makan akar pokok bagai. Just order dekat dia punya maid nak makan apa. Silap hari bulan bertambah berkilo-kilo berat badan aku. Hahahahaha.. berkerut dahiku apabila satu kotak bersaiz sederhana kecil dibalut dengan cantik terletak elok diatas mejaku. Mata aku mengikuti tangan yang meletak kotak hadiah tu. Kelihatan, Encik Haikal tersenyum apabila pandangan kami bertemu. Bila masa Encik Haikal berdiri dekat depan meja aku ni? Senyap sungguh pergerakkan mamat sorang ni.
“Apa ni, Encik Haikal?” soalku sambil meletakkan laporan kewangan diatas meja. Cehh!! Tortoise dalam perahu, dah tahu masih ask. Hadiah la... takkan bonus sepuluh persen pulak. Kalau betul bonus sepuluh persen, memang aku peluk cium Encik Haikal sekarang juga. Dengan duit bonus sebanyak tu.. ishhh... tak dapat aku nak bayangkan apa yang aku dapat beli.. hahahaha... kereta sukan satu!!
Encik Haikal tersenyum manis. Aduii... boleh kencing manis tengokkan Encik Haikal tersenyum ni. Angau pun masuk dalam pakej. Asal la Encik Haikal tak sukakan aku. Kalau suka, memang aku tayangkan dekat pakcik kerek tu. Ingat dia aje yang ada peminat. Aku pun ada.
“Takkan hadiah birthday tahun depan, Encik Haikal?” soalku sambil membelik hadiah tu.
“Tak la.. hadiah wedged awak.” Berkerut dahiku mendengar jawapan Encik Haikal tu. Wedged?! Apa ke makhluk tu? Wujud ke dekat dalam kamus dwibahasa terbitan Oxford Fajar? Tak apa, balik nanti aku cari dekat dalam kamus yang entah mana aku campak lepas habis STPM dulu.
“Wedged? Apa benda tu, Encik Haikal? Bahasa baru ke? Tak pernah dengar pun saya. Rasanya, tiap-tiap hari saya belik kamus dwibahasa.” Ceh!! Ayat belakang tu macam nak tunjuk rajin aje. Ah ak!! Encik Haikal ketawa kecil mendengar lawak bodoh aku tu. Alamak!! Bertambah hensem pulak Encik Haikal ni. Aryan!! Ingat pakcik kerek kau tu. Alaaa... bukannya dia tahu pun aku tengah jadi kucing siam made in Malaysia. Dia tak ada pasang cctv dekat pejabat aku ni. Tak tahu la dia...
“Wedged tu singkatan dari wedding dan engaged.” Mulut aku berbentuk ‘o’ sambil mengangguk apabila mendengar penerangan Encik Haikal tu. Pandai betul Encik Haikal bergurau dengan staff nya. Patut la Encik Haikal jadi jejaka idaman setiap staff perempuan dekat sini. Tak kira la bujang atau yang dah kahwin. Itu belum dikira lagi makcik-makcik cleaner dekat pejabat, nak dibuat anak menantu. Dah la hensem, baik, peramah, pandai jaga perasaan semua staff. Memang sesuai title jejaka idaman tu.
“Tahniah ye, Aryan. Saya doakan awak bahagia hingga keakhir hayat.” Berkerut dahiku melihat senyuman hambar Encik Haikal selepas mengucap tahniah dekat aku. Uittt!! Ni kenapa tetiba muka Encik Haikal keruh semacam? Takkan sedih sebab aku nak kahwin? Ala.. aku kahwin aje, bukannya aku nak duduk dekat Pluto pun. Emo la Encik Haikal ni.
“Ala.. tak nyah la touching-touching, Encik Haikal. Saya kahwin aje, bukannya ada niat nak pindah ke Pluto pun.”
Encik Haikal tersenyum sambil mengeleng. “Ye la, Aryan. Kalau memang betul awak ada niat nak pindah Ke Pluto. Kesian saya sebab susah nak cari perempuan macam awak.” Berkerut aku mendengar kata-kata Encik Haikal tu.
Apa maksud Encik Haikal susah nak cari perempuan macam aku? Aku ni unik sangat ke sampai susah nak dicari? Ke baru hari ni Encik Haikal perasan bertapa cantik dan ayu aku ni. Ala.. lambat sikit aje Encik Haikal perasan sebab hati aku dah bagi dekat pakcik kerek tu tanpa dia pinta. Jangan nak perasan, Aryan. Tak ada makna Encik Haikal sukakan kau.
“Tapi kenapa Encik Haikal bagi saya hadiah awal sangat. Dua minggu lagi la wedged saya tu.” Aku memandang tepat muka hensem Encik Haikal. Jangan, jangan..
Ternaik keningku. “Encik Haikal jangan nak cakap yang Encik Haikal tak dapat datang ke wedged saya. Bersusah payah saya sediakan tempat Encik Haikal tau. VVVVVVIP lagi.”
Encik Haikal tersenyum. “Bukan saya saja-saja tak nak datang. Aryan takkan lupa? Tarikh wedged Aryan sama dengan flight saya nak ke UK. Sebelum nak terbang kesana saya kena prepare apa yang patut. Takut lupa pula saya nak bagi hadiah wedged awak.”
Hah!! Aku betul-betul lupa la. Sibuk sangat dengan persiapan majlis. Ini semua gara-ara pakcik kerek tu. Sesuka hati dia aje nak gabungkan majlis pertunangan dengan pernikahan. Memang la dia kata senang buat satu majlis tapi aku juga perlu membuat persiapan jugak. Bukan main terjah aje. Mana sempat dua minggu tapi untung pakcik kerek tu dah settle hampir kesemua persiapan wedding kita orang. Aku just tinggal hal-hal yang tak seberapa penting aje tapi still sibuk.
Aku mengebil-kebilkan mata, kononnya minta simpati dekat Encik Haikal. “Alaaa... Encik Haikal. Saya terlupa meeting Encik Haikal tu. Sorry.. tapi tak apa. Nanti saya bagi Encik Haikal something special untuk tanda terima kasih saya dekat Encik Haikal sebab bagi saya hadiah.”
“Okey.. saya tunggu. Jangan sampai saya tuntut. Okey la.. saya ada meeting dekat Khawarizmi Corporations. Bagitahu dengan Ayu, maybe saya masuk lambat sikit.”
“Okey, boss.” Kataku siap dengan tabik hormat. Ketawa kecil Encik Haikal melihat kelakuan aku tu. Aku turut ketawa. Ada-ada aje la kau ni, Aryan. It’s okey la.. esok-esok dah tak boleh nak bergurau senda dengan Encik Haikal. Jadi, biar la aku bergurau dengan Encik Haikal sepuas-puasnya. Hehehehe..
“ARYAN!!!” NYARING LINA menjerit memanggilku. Aku berpaling dan menghadiahkan Lina jelingan tajam yang membawa maksud aku tak suka cara dia memanggil aku dengan cara sebegitu. Dibuatnya aku gol macam mana. Kempunan aku nak kahwin dengan pakcik kerek tu.
Lina tersengih.
“Sorry-sorry.. aku dah terbiasa panggil kau macam tu.”
“Sorry-sorry naik lori la.. TERBIASA?! Itu aje la modal kau kalau buat benda yang tak sepatutnya. Ah!! Ada apa panggil aku macam nenek Tarzan ni?” Lina meletakkan sehelai kertas diatas meja aku sambil menaik-naikkan keningnya. Ini apa kes pulak? Semacam aje aku tengok muka minah ni. Gedik pun ada. Miang lagi la terserlah. Aku angkat kening kiri. Ini nak jadi kucing siam nombor dua ke?
“Borang permohonan untuk cuti.” Makin lebar senyuman Lina.
Berkerut dahiku. “Borang permohonan untuk cuti?” Lina mengangguk laju dengan soalan aku. Minah ni dah sewel apa? Kalau nak mohon cuti pun. Jangan la bagi dekat aku. Aku bukannya handle bahagian cuti-cuti Malaysia ni. Takkan Encik Haikal tersalah tukar jawatan aku dengan Kak Miza?
“Pergi la mohon dekat Kak Miza. Asal kau cari aku pulak? Aku bukan handle cuti-cuti sokmo ni. Kalau bab duit baru aku handle.”
Lina tepuk dahi. “Asal la aku dapat member selembab kau ni?” ternaik kening aku mendengar perlian Lina.
“Sebelum kau nak marah aku ke apa.. baik kau tangguhkan dulu. Tadi aku pergi bertandang kejab dekat meja Kak Miza. Dia tanya, bila kau nak mohon cuti untuk wedding kau. Itu sebab aku bawakan borang permohonan ni untuk kau. Takkan la kau tak nak cuti lama sikit untuk spend time berdua-duan dengan abang tercinta lepas kahwin.”
Aku garu dagu. Tak terlintas dalam fikiran pulak. Tak terlintas ke terlupa ke langsung tak terfikir? Katiga-tiga sekali. Kalau tak payah mohon tak boleh ke? Pakcik kerek tu mesti tak nak aku spend time berdua-duan dengan dia. Pepandai aje kau buat andaian, Aryan. Mana tahu pakcik kerek tu nak spend time berdua-duan dengan kau. Ish!!
“Okey.. aku isi sekarang. Hemmm... eh!! Aku nak mohon berapa hari ni?” soalku sambil memandang Lina yang dari tadi setia berdiri dihadapan meja aku.
Lina angkat bahu. “Mana la aku tahu. Bukannya aku yang kahwin. Kau kan yang kahwin. Takkan la kau tak bincang hal cuti dengan abang tercinta?” soalan Lina aku jawab dengan sengihan.
Lina mengeleng. “Kes lupa la ni. Pergi la tanya abang tercinta kau tu.” Tanya pakcik kerek tu? Erkk!! Tak payah la. Nanti dia sound aku sebab kacau dia tengah kerja macam mana? Harus la kalau aku yang tibai berapa hari aku perlu mohon cuti.
“Aku mohon lima hari aje la. Lagi pun, majlis aku hari sabtukan.. so Monday lepas tu aku dah boleh naik kerja.” Aku mengangguk setuju dengan cadangan aku sendiri.
Lina menahan aku dari mengisi. Aku memandangnya. “Banyak cantik. Dah pergi tanya abang tercinta kau. Mana tahu dia nak ajak kau pergi honeymoon. Mau dia bawa kau pergi Paris ke London ke. Tak ke menganga kau. Dah cepat call dia.” Gesa Lina.
Pergi Paris or London? Dalam mimpi pun jangan harap. Silap-silap, tak kemana pun. Honeymoon?! Mau jadi brackishmoon. Tak nak aku pergi brackishmoon dengan dia. Tak moh!!
“Cepat, Aryan.” Gesa Lina lagi.
Aku memandangnya. “Nak sekarang juga ke? Esok lusa tak boleh ke?”
Nak tekan nombor pakcik kerek tu aje dah buat perut aku kecut. Inikan lagi call dia semata-mata nak tanya pasal cuti. Mau aku kena sedas dengan dia. Taknak laa. Lagi-lagi teringatkan peringatan dia tempoh hari..
“Call I kalau hal penting aje. Kalau tak penting jangan berani-berani nak call I.” Jangan lupa dengan muka mengerunkan dia tu.
Arghh!!!! Tension aku dibuatnya. “Jangan nak gedik. Call sekarang. Asal susah sangat kau nak call abang tercinta kau tu?” Memang susah pun.. lagi-lagi sikap dia tu. Eeee... mengerunkan.
“Aryan!!”
“Okey-okey... aku call dia sekarang. And boleh kau bagi aku sedikit ruang untuk aku berbicara dengan abang tercinta aku.”
“Halau nampak?” Kata Lina sambil beredar dari meja aku.
Aku menarik nafas panjang. Dup dap-dup dap.. ish... aku ni macam nak jumpa doktor gigi aje lagaknya. Aku just nak call dia dan tanya dia berapa hari aku kena ambil cuti. Cuti! Hah!! Hal penting juga kan. Kalau Opah tanya aku berapa hari aku mohon cuti dan aku jawab lima hari. Tak ke Opah banyak songeh menanya dan dia turut terkena tempiasnya, kan. So memang penting.
Tut! Tut!
Tak angkat pun. Maybe dia sibuk kot. Baik aku letak aje. Sebelum sempat aku menekan punat merah. Kedengaran suara lelaki memberi salam bersertakan soalan.
“Kenapa call I time bekerja ni? You tak ingat lagi ke pesan I tempoh hari? Call I kalau hal penting aje. Kalau tak penting jangan berani-berani nak call I.”
“E-Erkk..” itu aje yang terkeluar dari mulutku setelah disembur dengan ayat-ayat cinta pakcik kerek tu.
“You nak apa?!” suara dia dah naik satu volume.
“Tak apa la.. assalammualaikum.” Terus aku matikan sebelum mendengar dia membalas. Terbantut aku nak menanyakan hal cuti-cuti wedged ni. Mesti muka dia gerun teramat giler menahan kemarahan sebab aku putuskan panggilan macam tu aje. Arghh!!! Aryan, kau memang menempuh maut dengan pakcik kerek tu.
Erkk!!! Mata aku terpaku apabila nama pakcik kerek tu tertera diskrin telefonku. Angkat tak, angkat tak. Kalau angkat mesti kena sembur. Kalau tak angkat lagi la kena double sembur. Redha aje, Aryan. Bukannya boleh mati pun dengar pakcik kerek tu sembur kau. Just telinga kau bernanar aje lepas dengar pakcik kerek tu membebel. Cehh!! Cakap aku macam nenek-nenek. Dia tu moyang kepada nenek-nenek sebab suka membebel dua puluh empat jam.
“Aryan jangan lupa hantar borang permohonan cuti kahwin kau dekat Kak Miza sebelum balik. Dia takut HQ tak nak approve cuti buat babys kau laki bini kalau hantar lambat.” Lantang suara Lina dipendengaran aku. Minah ni jerit ke apa? Blushing pipi aku bila terdengar gelak staffs disebabkan gurauan lucah Lina tu. Oii.. makcik, agak-agak la kalau nak melawak. Benda sensitif tu. Baling guna penebuk lobang karang, sewel satu hari.
Berkerut dahi aku bila terdengar sayup-sayup orang berdeham. Aku memusingkan kepala aku tapi tak ada sesiapa yang berdekatan dengan aku yang tengah saja-saja nak berdeham dekat aku. Gelakkan ada la. Mata aku jatuh kepada skrin telefon yang berada digenggaman aku. Bulat mata aku.. nak terjun bangunan sekarang jugak. Lina... aku bunuh kau!!





2 Batang lolipop untuk Cik MI:
hehe...kelakar la aryan ni
haha...
sy stuju dgn aryan!
sy pun dah jadi gerun dgn TS ni...
aih...
Catat Ulasan