AKU HANYA MEMERHATIKAN tingkahnya dari tadi. Dari dia memperbetulkan kedudukkannya. Dari dia menghirup air. Dari dia makan. Dan malah, dia mengelap bibir dengan sapu tangan pun menjadi santapan mataku ni. Aku garu kepala. Kejap! Aku tak ada kerja ke? Terasa seperti dia memandangku, cepat-cepat aku menegok Hot Lemon yang berada di hadapanku. Takut kelakuan aku sebentar tadi terhidu oleh dia, aku mengalih mataku kearah lain. Jantung turut berdegup dengan pantas. Ya Allah, apa yang terjadi dengan aku ni? Betul ke aku sakit jantung ni? Lain macam aje jantung aku berdegup.
“You dah bagi kata putus?” Mataku terarah kepadanya kembali apabila kata-katanya tidak lekat di kepalaku. Apa yang dia tanya tadi? Hai.. Aryan, masa macam ni juga kau nak termenung. Masa lain tak boleh ke?
“Huh?” soalku bersertakan kerutan di dahi.
“You dah bagi kata putus?” suaranya seakan menahan geram. Mungkin sebab aku tidak mengendahkannya sebentar tadi. Dahiku berkerut mendengar soalanya tu. Dia jumpa aku hari ni hanya nak tanya soalan ni ke? Bukan tempoh hari dia dah dengar dari Opah. Atau nak ambil kesempatan untuk berdating dengan aku tapi tak nak mengaku dan buat alasan jumpa aku sebab nak tanya keputusan aku tu. Cehh!!
“Tengku sendiri dengarkan apa yang Opah katakan hari tu?” tiba-tiba, tangan aku rasa nak baling something dekat kepala someone la. Buat sakit hati aje dengar soalan dia tu.
“Dari Opah, ye. Tapi dari you, I belum dengar.” Kata dia sambil menanggalkan cermin matanya.
Terkebil-kebil mata aku memandang anak mata dia. Anak mata dia!! Anak mata dia berwarna hazel!! Cantiknya. First time, nampak anak mata cantik macam ni. Geram pula aku tengokkan. Mesti kalau dapat anak comel. Anak?! Jauhnya angan-angan aku ni. Belum apa-apa sudah jauh memikirkan tentang anak. Nampaknya, hatiku mula terbuka perlahan-lahan untuk dia. Walau dia selalu tunjuk sikap kerek dia, aku tetap menyenangi sikapnya tu. Conform!! Otak aku dah mereng.
Aku memandang anak matanya dengan pelbagai perasaan, seakan dia turut membalas renunganku dan semakin bertambah lagi rencah dekat perasaan aku sekarang. Dup!! Terus mukaku terasa berbahang apabila aku seakan sedar yang aku sudah terlalu lama merenungnya. Aku mengalih pandanganku. Dia perasan ke aku berkhayal sambil memandangnya? Malunyaaa..
“So?” berkerut dahiku. Huh? Apa pasal tiba-tiba dia sebut ‘So’ ni?
“So?”
Dia mengeluh. “Keputusan you.”
“Ohh.. saya setuju dengan hal perjodohan kita tu.” aku tengok dia macam terkejut aje dengan apa yang aku katakan tadi. Erkk!!! Aku ada cakap benda yang tak sepatutnya ke? Yang dia buat muka macam tu, apa ke hal? Ke aku salah cakap? Betul la apa yang aku cakapkan tadi. Aku cakap ‘Saya setuju dengan hal perjodohan kita tu.’, kan? Bukan aku cakap ‘Saya nak duit satu juta sebagai persetujuan hal perjodohan kita tu.’, kan? Ada niat nampak? Hahahaha..
“Kenapa you ketawa?” soalan dia, buat aku memandangnya. Erkk.. aku tengah ketawa ke tadi? Bukan aku ketawa dalam hati ke? Waa... bertambah malu aku. Kenapa la aku buat perangai tak siuman depan dia ni?
“Hah!! Manada saya ketawa.” rasa macam jawapan yang menunjukkan aku macam orang bodoh aje. Dia buat muka. Ish!! Rasa nak tendang lelaju aje kaki dia dekat bawah meja ni. Suka sangat tunjuk muka yang membuatkan aku rasa macam aku ni orang bodoh. Ke aku memang orang bodoh?
“Are you sure?” aku mengecilkan mata aku. Pakcik ni memang nak kena baling dengan aku la. Nak yang mana satu? Kerusi? Meja? Sudu? Garfu? Atau yang paling best, pisau? Ada orang keluar dari restoran sihat walafiat tapi dia kurang sihat dengan segala benda aku baling dekat kepala dia terpacak macam bendera.
“Yes!!” jawab aku dengan bersungguh walau aku tahu hakikat yang sebenar.
“Okey.. boleh kita berbalik kepada topik asal kita?” soalan dia aku balas dengan anggukan. Aku memadang tepat kearahnya. Tak nak berkhayal masa dia bercakap, ada tak pasal-pasal kepala aku bengkak pula sebab tak dengar apa yang dia cakapkan. Tapi mata aku ni macam gatal nak bergerak memerhatikan dia la. Segaknya dia dengan kemeja berwarna hijau muda ni, memang sesuai dengan kulit putih melepak dia tu. Tie pula warna hijau gelap, memang kena la warnanya. Pandai dia bermain warna.
Aku bermain dengan hujung lengan baju kurung aku. Berkerut dahi aku memandang baju kurung yang aku pakai. Errkkk!! Macam mana boleh sama warna pulak ni? Dia stalker aku ke masa aku keluar dari rumah pagi tadi? Patut la, rasa macam ada orang ikut aku aje pagi tadi. Kau siapa sampai dia nak stalker kau, Aryan? Hahahaha..
“Hemm!!” mata aku bergerak keatas apabila dia tiba-tiba berdeham. OMG!! Aku buat lagi sekali. Kali ni, tertangkap terang-terangan pulak tu. Waaaaaaaa....
“So, keputusan you memang muktamad?” Aku ni tengah tahan malu plus segan sebab dia tangkap aku tengah berkhayal, boleh pulak dia bagi aku soalan yang membuat aku sakit hati. Aku dah bagi jawapan pun boleh dok tanya lagi. Aku tarik balik karang, padan muka. Jangan time tu meraung, berguling, merengek, melutut, aku buat bodoh aje. Uitt!! Jauh sungguh imaginasi aku.
“Why? Saya boleh tarik balik ke keputusan yang saya dah buat tu, Tengku?” berkerut dahi dia bila dengar soalanku tu.
Dia mengeleng dan menegakkan badannya dari bersandar. “No!! Sesuka hati you nak tarik balik. I dah settle kan semua persediaan majlis perkahwinan kita. You jangan nak buat I malu!” muka yang sedia ada serius bertambah serius.
Aku menelan air liur perlahan-lahan. Uittt!!! Gerunnya... aku acah aje. Boleh pakcik kerek ni anggap serius. Memang tak boleh bawa surau la.. ehh!! Gurau...
AKU MEMANDANG LINA yang sedang memandangku tidak berkelip. Lagi satu riak muka yang memang aku dah hafal. Kalau nak mengorek cerita orang, pasti muka kucing dengan mata sebesar-besar alam dibuatnya. Aku campak dekat luar alam karang, baru tahu langit tu dengan kerak bumi berapa jauh jaraknya.
“Apa cer?”
“Kau nak cerita apa? Ana Lu’Lu’. Dewa Cinta. Nur Khasih The Movie. Sekali Lagi. 3, 2, 1, Cinta.” Semua cerita terbaru di Malaysia aku sebut. Saja nak mengusik Lina. Lina mengembungkan kedua-dua pipinya tanda protes dengan gurauanku itu. Gaya Lina tu sebijik macam ikan kembung yang berenang tergedik-gedik aje. Tiba-tiba tercetus ketawa aku apabila melihat gelagatnya itu. Lina buat muka tak puas hati. Tidak semena-mena, lenganku menjadi mangsa cubitannya.
“Sakitlah..” kataku sambil mengosok.
“Padan muka. Siapa suruh ketawa macam katak dalam selimut? Lepas tu, bagi jawapan luar alam pulak tu.” Lina memuncungkan bibirnya.
Aku mencebik. Tak patut sungguh makcik ni kata ketawa aku macam katak dalam selimut. Cakap la ketawa aku ni macam Sari Yanti ke Siti Saleha ke. Kalau nak buat aku bangga, cakap la ketawa aku ni macam bidadari turun dari syurga ke. Ini tidak, memang aku rasa nak merajuk la. Niat nak ceritakan hal tengahari tadi, terus aje terbantut. Huh!!
“Tak nak kawan... sesuka hati nenek tiri bau-bau bacang moyang kau kata aku ketawa macam katak.” Aku pulak yang tarik muncung.
“Ish.. makcik ni. Aku yang merajuk dulu tapi aku pulak yang kena pujuk kau. Mana aci?”
“Aci tak aci.”
“Ye la-ye la. Sorry.. janji, buat lagi. Ehh... silap!! Tak buat lagi.” Lina tayang gigi dengan buat muka comel. Aku buat bodoh aje dengan pujukkan Lina itu. Macam la aku kenal dia dua minit yang lalu, aku kenal dia sejak dalam perut mak dia lagi tau. Sekarang cakap tak buat lagi, esok-lusa-tulat-kelmarin dia buat lagi. Huh!!
“Aryan....” Lina buat suara meleret sambil mengoyangkan tangan kiri aku. Lagak macam budak kecil nak meminta sesuatu dari orang taunya aje gaya si Lina ni. Ishh!! Ini yang aku tak tahan ni.
“Okey.. aku bagitahu.”
“Oyeee..” Lina bersorak.
“Dia just ajak aku keluar lunch aje. Tak ada apa-apa yang berlaku macam dekat kepala otak kau sekarang ni. Puas hati sekarang?”
“Lahh.. lunch aje. Ingat ada adagen romantik ke apa. Buat penat aku aje pujuk kau macam apa. Tarik balik pujuk rayu aku tu.” aku mengeleng mendengar kata-kata Lina tu.
Macam-macam la makcik ni, aku sumbat dalam sampul pos express karang naya aje. Nak suruh aku buat macam mana? Kalau dah pakcik kerek tu punya gaya macam jumpa Perdana Menteri aje walau yang dia jumpa itu, aku. Future wife yang paling comel di dunia ini. Tak tergugat-gagat langsung dengan kecomelan future wife dia. Huh!!
“Motif bakal suami kau jumpa kau?” soalan Lina membuatkan aku menoleh kearahnnya yang tengah khusyuk melihat kesesakkan jalan raya. Memang sekarang ni waktu kemuncak bagi kesesakkan jalan raya. Time orang balik kerja, semua sibuk berpusu-pusu menuju ke destinasi masing-masing.
“Sebab keputusan aku.” Dahi Lina berkerut.
Aku tersenyum melihat reaski Lina tu. Aku dah agak dah reaksi Lina apabila aku bagi jawapan tadi. “Dari gaya dia menyoal aku. Dia tidak menyangka yang aku bersetuju dengan hal perjodohan tu. Itu sebab dia ingin meminta kepastian dari aku walau dia dah dengar persetujuan aku dari Opah.”
Aku mendepakan kedua-dua tanganku. “So, macam mana dia boleh tahu tempat kerja kau?”
Aku mengeleng. “Entah! Samada dia tahu atau tak tahu.”
Lina buat muka blur. Ish.. suka sangat buat muka macam tu kalau tak faham dengan apa aku katakan. “Lepas dia dengar keputusan aku dari Opah. Dia minta izin dekat Opah nak berjumpa dengan aku untuk berbincang hal kami berdua. Aku bagitahu aku jumpa dia dekat mana. Tak payah susah-susah nak ambil dan hantar aku dekat office.”
Lina mengangguk tanda faham. Kedengaran telefonku berbunyi. Siapa pula yang telefon ni?
Tertera nama Amar diskrin. Berkerut dahiku memandangnya. Kenapa Amar call aku? Bukannya dia tak tahu yang Lina ada bersama dengan aku sekarang ni. Sepatutnya dia call Lina. Dengan fikiran yang sarat dengan tanda tanya, aku menekan punat hijau. Sebelum sempat aku menjawab salamnya. Aku diserbu dengan pelbagai soalan dari Amar. Takut betul buah hatinya hilang. Tak adanya buah hati dia nak hilang. Kalau hilang pun tahu balik rumah sendiri. Bukannya masih budak-budak lagi buah hati dia tu. Aku tersenyum sambil mengeleng. Mungkin, ini cara orang menunjukkan kasih sayang. Aku memandang Lina yang memang sedang memandang aku.
“Kau tak dengar ke henset kau berbunyi? Buah hati-jantung-pisang-masak-lemak kau sibuk call aku menanya pasal kau.” Lina segera mengeledah beg tangannya setelah mendengar soalan aku tu.
“Allah.” Berkerut dahi aku memandang Lina menepuk dahinya.
“Fon aku tertinggal dekat pejabat. Aku pergi ambil fon aku kejab.” Tergesa-gesa Lina bangun. Aku mengeleng. Apa-apa ajelah si Lina ni. Benda penting macam tu pun boleh tertinggal dekat pejabat. Kata telefon dia tu buah hati-jantung-pisang-masak-lemak nombor duanya selepas Amar tapi gaya macam bukan buah hati-jantung-pisang-masak-lemak aje, anak tiri-ditirikan adalah.
“Aryan bagitahu Lina, saya dah sampai simpang tiga nak ke pejabat awak berdua.” Ternaik kening aku apabila terdengar suara Amar lagi. Laaa... ingat dah off tadi.
“Okey.” Punat merah aku tekan dan letak telefon aku kedalam beg tangan.
“Cepat sikit, Lina. Amar dah nak sampai.” Pesanku apabila melihat Lina nak tinggalkan hentian bas dan kembali ke pejabat. Untunglah pejabat kami terletak dekat saja dari hentian bas ni. Cuma makan masa lima minit aje. Kalau tak, memang bermalam la telefon Lina dekat pejabat. Meraung-raung la Lina dekat aku sebab tak dapat nak bergayut dengan Amar malam nanti. Balik-balik, aku juga yang kena. Huh!!
“Oraito.” Tergopoh-gopoh Lina ke bangunan Perdana Holding.
Aku mengeleng melihat gelagat Lina tu. Lina, Lina. Tak habis-habis dengan kekalutannya. Aku menoleh kekanan apabila terdengar ada kereta berhenti didepan hentian bas yang dari tadi aku dengan Lina melepak sambil menunggu Amar mengambil kami berdua. Sekejabnya, Amar dah sampai? Kata tadi dekat simpang tiga. Hari ni, bawa kereta macam pemandu profesional aje. Bukan selalu bawa kereta macam pak haji ke? Terkebil-kebil mataku memandang kereta mewah itu.
SEJAK AKU MASUK kedalam kereta mewah ni, aku hanya mendiamkan diri tetapi mata aku tak reti nak duduk diam. Asyik nak pandang orang sebelah aje. Macam la dekat sebelah aku ni, ada pertunjukkan orang baling pisau sambil tutup mata. Lagi pun, aku sendiri tak ada pasang niat nak berbual dengan orang sebelah yang mukanya dua puluh enam jam dingin mengalahkan air batu dekat kutub utara nun jauh tu. Dan dari gaya orang sebelah ni, memang tak ada gaya nak berbual ke berborak ke berceloteh ke, apatah lagi nak bercanda riang-ria Disneyland. Karang dia kata aku ni radio rosak pula, asyik nak berbunyi aje.
Aku memandang dia yang tenang memandu melalui ekoran mata. Segak pulak pakcik kerek ni petang-petang macam ni, dengan pakai baju tshirt po-lo. Aku mengerling jam yang terlekat di dashboard. Baru pukul enam setengah tapi dah bertukar kulit. Pukul berapa aje dia keluar dari pejabat? Sempat lagi mandi tu, patut la wangi semacam aje masa aku mula-mula masuk kereta mewah pakcik kerek ni. Ini mesti kes curi tulang? Tapi dia kan bos? Memang tak sesuai jadi bos sebab bagi teladan yang tak baik dekat orang bawahannya.
“Siapa lelaki dekat bus stop tadi?” soalannya buat aku tersentak.
Aku pandang dia yang tenang memandu kereta. Dia cakap apa tadi? “Huh?”
Dia mengeluh.
“Dekat bus stop tadi tu, siapa?” soalan dia buat dahi aku berkerut.
“Amar.” Aku jawab sepatah sambil terpandang dia mengangguk. Kenapa dia mengangguk? Pelik sangat ke jawapan aku tu? Apa pasal tiba-tiba dia tanya pasal Amar? Amar.. huh!! Boleh kejung perut aku tengokkan reaksi Amar tadi. Mahu tak kejungnya, aku baru aje acah macam tu muka dah macam tertelan bola golf berbiji-biji. Sembelit biji golf pun ada.
Cermin kereta BMW 7th series tu diturunkan. “Jom.. you nak balikkan, I nak ke rumah Opah you ni.” Kata dia sambil menjengah sedikit. Aku menunduk sedikit untuk melihat wajahnya. Kena pastikan yang bawa kereta BMW 7th series tu dia sebab semua kereta mewah nampak sama aje dekat mata aku. Mana la tahu aku tersalah orang, tak pasal-pasal kena bawa lari sampai ke Siam. Uitt!! Cam ada niat aje.. hahaha.. tak berani. Dibuatnya kena jual, naya aje hidup aku.
“Saya balik dengan kawan saya, Tengku.” Dia tenung aku apabila aku katakan macam tu. Walau dia pakai cermin mata, aku dapat tangkap renungan tajam tahap maut dia tu. Memang mengerunkan.
“Okey-okey.. saya bagitahu kawan saya dulu.” Terkocoh-kocoh aku mencari telefon bimbit untuk mendail nombor Lina. Nak bagitahu dia, cik abang tersayang aka pakcik kerek nak tumpangkan balik rumah. Jadi, hari ni aku bagi dia peluang berdating dengan Amar lama-lama sikit. Tengah aku dalam kelam-kabut mencari telefon. Terdengar orang panggil aku.
“Amar... nasib baik awak dah sampai.”
Aku berjalan kearahnya sambil pandang muka blur-confuse dia. “Awak balik dengan Lina tau. Hari ni, ada orang tumpangkan saya balik.”
Amar pegang lengan aku bila aku nak melangkah pergi. Aku pandang pelik dengan kelakuan Amar tu. Kenapa pula dengan kawan aku sorang ni? Demam? Sawan? Ke kena sampuk dek Lina?
“Aryan, siapa tu?” soalnya siap buat muncung kearah kereta BMW 7th series milik pakcik kerek tu. Aku turut memandang kereta BMW 7th series itu. Aku tersenyum nakal bila idea nakal muncul.
“Penculik.”
“Hah?!” mulut Amar terlopong.
“Bye.. saya bagi awak dengan Lina dating lama-lama hari ni.” Kataku sambil menutup pintu kereta BMW 7th series milik pakcik kerek.
Memang tak dapat nak lupakan muka Amar tu. Amar, Amar.. sayang juga dekat kawan dia sorang ni. Dan baru aje tadi dapat mesej dari Lina bertanyakan siapa yang aku tumpang balik. Bila aku kata bakal suami aku, terus si Lina mesej tak nak ganggu aku berdating dengan abang tercinta dan doakan aku berbahagia melayan asmaradana. Mengarut betul si Lina ni. Dari muka abang tercinta aka pakcik kerek ni. Langsung tak ada gaya macam nak berdating. Gaya nak pergi bertempur tu adalah.
.....................................
P/S:: Di sini Cik MI nak ucapkan selamat menyambut puasa.. Jangan lupa puasa tau..





2 Batang lolipop untuk Cik MI:
awww~
TS ni sangat cold la...
kak MI, nanti akak kena buat TS romantik dgn aryan, ok? hehehe...
cik n.haliban:: teramat cold.. hehehe.. romantik? tggu ekk.. skang nie tgh berhempas bergolek utk myiapkan n3(TS still cold).. hahaha
Catat Ulasan