SAKIT HATIKU apabila melihat senyuman serba salah yang terukir dibibir Taqif itu. sudah berkali-kali dia datang lambat dari waktu yang dijanjikan. Kenapalah aku masih mengharapkan Taqif akan berubah? Aku mengeleng.
“Sorry.. saya betul-betul terperangkap dalam kesesakan tadi.”
Alasan yang ke seribu kali aku mendengarnya dari bibir Taqif itu dah buat telinga aku naik muak.
“Sudahlah.. saya sendiri pun tak pasti kenapa saya nak memperbodohkan diri sendiri menunggu awak berjam-jam dekat sini?” Rungutku.
“Dan kenapalah, saya sentiasa memaafkan sikap suka datang lambat awak tu? Huh!!” aku menyedut air dengan rakus tanda protes terhadap diri sendiri kerana terlalu lemah bila berhadapan dengan lelaki yang bernama Taqif.
Taqif tersengih sambil mengaru bahagian belakang kepalanya. “Sorry.. saya janji. Kali ni, last saya datang lambat.”
“Tak payah nak janji-janji. Awak tu suka buat janji melayu. Hari ni janji, esok lusa buat lagi. Lebih baik tak payah.”
“Sorry...”
Aku mengalih pandanganku ketempat lain kerana tak nak hati cair melihat wajah kesian Taqif itu. Dia memang tahu kelemahanku yang satu ni, mudah berlembut hati bila orang buat muka simpati dan kesian.
.....................
Alahaiii... semua ini gara-gara Taqif hingga aku lewat ke pejabat. Itulah, aku dah beribu kali suruh dia tukar kereta capuk dia dengan kereta baru tapi tak nak, kata ada sentimental. Last-last, menyusahkan aku aje bila kereta capuk dia buat hal dekat tengah jalan.
Berkali-kali aku menekan tombol naik bila pintu lif tidak terbuka-buka. Ishh!!! Time ni lah aku rasa pintu lif ni lambat sangat nak buka. Naik lenguh tanganku menekan. Sepantas kilat aku masuk kedalam lif bila pintu terbuka dan berkali-kali aku menekan tombol tertutup. Cepatlah!!!
Kelam-kabut aku keluar dari lif bila masa makin suntuk kerana pagi ni ada meeting dengan bos baru. Kenapalah pagi ni juga nak buat meeting? Asal tak buat esok lusa ke? Tengah aku merungut, aku terlanggar seseorang. Habis semua dokumennya terabur diatas lantai. Alahaiii!!
“Maaf.” Aku mengutip kertas-kertas orang yang aku langgar itu dan menyerahkannya tanpa memandangnya.
Tak ada masa nak menilik atau buat sesi soal jawab dengan orang yang aku langgar tu. Aku mencampak beg tanganku kebawah meja dan menyambar buku nota dan aku terpaksa berpatah balik bila terlupa nak mengambil pen di bekas pen.
Bila aku buka pintu bilik meeting semua mata yang ada berada dibilik meeting memandangku semacam. Terasa kepala lututku mengeletar. Tubuh pun seram sejuk macam berada di kutub utara. Gaya aku senyum pun macam robot kena botox.
“Mengalahkan bos aje kamu ni, Sura.” Perli kak Mas bila aku duduk bersebelahan dengannya.
“Kereta Taqif buat hal tadi. Itu yang terlewat.” Aku membuka nota dan bersedia untuk mendengar perbincangan atau perancangan baru dari bos baru.
“Buat hal lagi? Kamu tinggalkan aje si Taqif tu. Kedekut tahap apa entah!” rungut Kak Mas tu, aku hanya menangani dengan senyuman manis. Malas nak balas kata-kata Kak Mas tu. Ada Kak Mas ambil alih meeting ni dari bos baru. Bukannya Kak Mas tak tahu, aku dengan Taqif hanya kawan tak lebih dari itu.
“Sampai disini saja meeting kita hari ni. I akan maklumkan kepada you all meeting yang akan datang.”
Bila dengar ucapan yang aku tunggu dari tadi, terus aku cepat-cepat tutup nota dan bangun dari kerusi. Sudah tidak betah duduk lama-lama dekat sini sebab dari tadi mata Encik Aiff tidak berganjak dari memandangku atau aku yang perasan?
“Cik yang pakai baju kemeja biru boleh tunggu sekejab. I nak jumpa you secara personal.” Berkerut dahiku bila mendengar arahan Encik Aiff tu. Asal pula? Takkan nak bagi aku tazkirah sebab terlewat tadi.
“Baca doa banyak-banyak.” Pesan kak Mas sebelum meninggalkan aku yang dalam keadaan gelisah.
Jantungku mula berdegup kencang bila seorang demi seorang staff yang terlibat dalam meeting keluar. Seram sejuk tanganku menahan deberan didalam hatiku ni. Makin laju jantungku berdegup bila Encik Aiff bangun dari kerusi yang dia duduk dari tadi dan melangkah menghampiriku.
“Maaf, Encik!” terpancul ayat maaf dibibirku bila perasaan gemuruhku tidak dapat ditahan lagi. Yalah.. nak kata apa lagi kalau bukan maaf bila buat kesalahan.
“Why?”
Berkerut dahiku mendengar soalan Encik Aiff tu. Asal dia tanya aku balik? Aku memandang Encik Aiff meminta penjelasan dengan soalannya tu.
“Kenapa you minta maaf dengan I?” bertambah berkerut dahiku mendengar soalan Encik Aiff lagi. Tak faham ke buat-buat tak faham Encik Aiff dengan kelewatanku?
“Maaf sebab kelewatan saya. First time, saya lewat ke tempat kerja ni. Lagi pun, saya bukan saja-saja lewat.”
“Okey... biar saya duduk dulu untuk mendengar penjelasan awak tu.” Encik Aiff menarik kerusi yang berada disebelahku dan duduk menghadapku. Minyak wangi jenama BOSS menusuk keliang hidungku. Mak aii!! Wangi giler Encik Aiff ni. Bisa gugur jantungku macam ni.
“Boleh start.”
“Kereta kawan saya yang selalu tumpangkan saya pergi kerja buat hal tetiba dan menyebabkan saya lewat. Selalunya kereta kawan saya tak pernah meragam pepagi buta tapi entah apa nasib malangnya dia dok meragam pagi tadi. Saya dah berkali-kali suruh kawan saya tu tukar kereta tapi dia tak nak. Dia kata kereta tu ada banyak kenangan antara kami berdua. Seingat saya kenangan kami dengan kereta dia tu, hanyalah kenangan yang boleh buat saya geram bila saya teringat kembali. Rasa nak humban aje kereta kawan saya tu dekat kedai besi buruk. Okey, dah habis.” Aku tarik nafas bila mengabiskan kata-kataku dalam sekali nafas. Semput juga aku dibuatnya.
“Menarik.”
Menarik? Apa yang menarik?
.......................
“Sorry, Taqif. Saya tak boleh keluar lunch dengan awak hari ni. Saya sibuk sekarang ni.”
Kedengaran Taqif mengeluh. “Tak apalah kalau macam tu. Jangan kerja kuat-kuat sangat. Nanti awak sakit pula.” Pesan Taqif.
Aku tersenyum. “Okey.”
Aku meletak gagang telefon bila Taqif memberi salam.
“Jom, Sura. I dah lapar ni.” Encik Aiff mengosok perutnya sambil melangkah mendekati mejaku.
“Okey.” Aku mengambil beg tanganku dan berjalan seiring dengan Encik Aiff.
Sepanjang perjalanan ke restoran yang Encik Aiff tempah, kami berbual dengan rancak. Terasa hatiku ceria dengan layanan Encik Aiff tu. Encik Aiff memang lelaki dambaanku. Encik Aiff seorang lelaki yang amat memahami hati wanitaku, romantik, pertuturannya sentiasa manis dan pandai menjaga hatiku.
“Cuba rasa makanan I ni. Sedap tau.” Terkejutku bila sudu Encik Aiff berada dekat dibibirku.
Biar betul, Encik Aiff? Takkanlah dia nak suapkan aku dekat tempat macam ni? Aku mengundurkan sedikit kepala.
“Cubalah.” Encik Aiff mendekati sudunya kemulutku.
“Tapii..”
“Cuba.” Aku terpaksa membuka mulutku apabila terasa orang sekeliling memerhatikan gelagat kami.
Aku mengunyah perlahan-lahan. Pipi dah mula merah sebab Encik Aiff pandang aku dengan pandangan romantik. Rasa jantung aku dah nak mula berlagu jiwang karat.
“So?”
Aku hanya mengangguk dan senyuman manis terukir dibibir Encik Aiff bila aku bersetuju dengan pendapatnya tu. Kali pertama aku disuap oleh lelaki yang tak ada apa-apa hubungan special dengan aku. Ehh!! Taqif pernah suapkan masa aku merajuk dengan dia sebab dia mungkir janji tapi Taqif kawan baik aku. Jadi, itu tidak dikira.
Aku menoleh ke kanan bila kedengaran ada orang berdehem. Bulat mataku bila melihat Taqif berdiri dimeja kami. Aku langsung tidak dapat mengeluarkan kata-kata apatah lagi menahan Taqif pergi meninggalkan kami.
“Sekejab, Encik Aiff.” Kelihatan Encik Aiff sedikit bingung bila aku bangun dari kerusi dengan kelam-kabut.
Aku sendiri tidak pasti dengan tindakkanku mengejar Taqif. Aku perlu beri penjelasan yang semua ini bukan apa yang dia sedang fikirkan. Aku mesti menjelaskan tiada apa-apa yang terjadi di antara kami berdua.
“Awak! Awak! Awak! Taqif!” jeritku.
Taqif berhenti dan berpaling memandangku. Aku tercungap-cungap gara-gara mengejar Taqif yang berjalan menonong itu. Aku menarik nafas dalam-dalam. “Kenapa awak pergi macam tu aje tadi?” soalku bila Taqif tidak bersuara.
Taqif memandangku dengan pandangan yang aku sendiri tidak faham. “Awak kata awak sibuk tadi. Macam mana kita boleh terjumpa dekat sini dan saya tak jangka pula boleh nampak adegan romantik antara awak dengan lelaki lain.”
“Ye.. saya memang sibuk dan lelaki yang bersama saya tu adalah bos saya. Dia ajak saya keluar makan. Takkanlah saya nak tolak. Dia bos saya.” Dalihku.
“Bos! Siap bersuap-suap macam tu sekali.” Taqif senyum sinis.
Terasa telingaku panas dengan kata-kata Taqif tu dan membuat hatiku makin sakit hati adalah terlihat senyuman sinis terukir dibibir Taqif. “Kenapa awak cakap macam tu?”
“Kenapa? Awak boleh tanya kenapa. Awak sedar tak?”
Berkerut dahiku mendengar soala Taqif itu.
“Sedar apa, ye? Dahlah.. saya malas nak layan awak. Saya nak masuk.”
Terasa lenganku dipegang oleh Taqif. “Boleh tak awak lepaskan. Nanti orang cakap apa pula bila nampak awak pegang saya.”
“Ohh!! Kalau saya pegang awak takut dilihat orang tapi bila bos awak suapkan awak boleh pula.”
Aku rentap pegangan Taqif. “Kenapa dengan awak, asyik-asyik nak babitkan bos saya? Bos saya tak ada buat kesalahan pun.”
“Yes.. bos awak ada buat kesalahan.”
“Kesalahan apa?”
“Bos awak cuba rampas awak dari saya.”
Berkerut dahiku mendengar kata-kata Taqif tu. “Rampas saya dari awak? Kita ada apa-apa hubungan ke? Kita just kawan, kan? Tak lebih dari tu.”
Berubah wajah Taqif bila mendengar kata-kataku tu. “Awak tak sedar ke yang saya sukakan awak. Awak pun sukakan saya?”
“Nonsense.. bila masa saya suka awak. Saya Cuma anggap awak kawan aje, tak lebih dari tu.”
“Tapi cara awak layan saya tak macam kita sekadar kawan.”
“Maaflah kalau layanan saya selama ni buat awak salah faham dan sekarang ni, awak dah jelaskan yang saya tak pernah sukakan awak. Saya Cuma anggap awak kawan aje”
Pandangan Taqif kelihatan sayu selepas aku berkata begitu. Terasa hatiku pula sayu melihat perubahannya tu. Kenapa aku ada perasaan macam ni?
“Saya minta maaf kerana saya telah tersalah faham dengan hubungan kita selama ni. Maafkan saya.”
Terhenti jantungku seketika air mata Taqif menitis. Taqif menangis? Aku hanya dapat memerhatikan pemergiannya dengan perasaan serba salah. Tak patut aku cakap macam tu dekat kawan baik aku. perasaan serba salah mula mengigit hatiku.
“Sura.” Aku berpaling.
“Kenapa you berdiri dekat sini? Jomlah masuk. You belum selesai makan lagikan?”
Aku hanya mengangguk dan mengikuti Encik Aiff masuk kembali ke restoran. Kenapa aku rasa seperti kehilangan sesuatu yang amat berharga? Aku mengeleng.
.........................
Sejak peristiwa di restoran itu, Taqif sudah tidak menghubungiku seperti dia mula ingin menjauhkan dirinya dari aku. Aku sendiri pun tidak tergerak untuk menelefonnya atau menghantar pesan ringkas yang selalu kami lakukan. Walau kekadang terasa janggal bila Taqif tidak ada disisiku seperti selalu. Kemana saja pasti aku bersama Taqif. Melakukan perkara kebudak-budakkan bersama-sama.
Kini, aku menghabiskan masa bersama Encik Aiff walau kami pergi ditempat yang sama pernah aku keluar bersama Taqif tapi aku still masih merasakan kekurangan sesuatu. Apa yang aku dengan Encik aiff lakukan lebih dari segi lakonan semata-mata. Jika bersama Taqif, aku menjadi diri sendiri dan buat apa yang aku sukakan. Memang berbeza sama sekali diantara Encik Aiff dengan Taqif.
Taqif, saya rindukan awak. Saya rindu dengan perkara gila-gila yang pernah kita lakukan bersama. Awak masih marah dekat saya lagi ke? Call lah saya, Taqif.
Terkaku seketika aku apabila terlihat kemesraan Encik Aiff bersama seorang gadis disalah satu kedai yang berada di mall ni. Mesranya mereka berdua seperti sepasang kekasih. Motif Encik Aiff sentiasa cuba mendekati aku ketika di pejabat?
“Encik Aiff.” Panggilanku membuat Encik Aiff berpaling. Berubah wajah Encik Aiff melihatku dan cepat-cepat Encik Aiff meleraikan pelukkan dilengannya itu.
“Su.. ra..” Aku tersenyum manis untuk menutup luka dihatiku bila mengetahui Encik Aiff hanya mempermainkan perasaanku.
“Siapa dengan Encik Aiff ni? Manis orangnya.”
“Aira, bakal tunang Aiff.” Hampir pitam aku mendengar ayat Aira tu. Bakal tunang? Selama ini, Encik Aiff sudah ada pilihan tapi masih cuba untuk mendekatiku. Terasa hatiku diselar dengan beribu-ribu belah pisau.
“Ohh.. tahniah. Awak berdua memang sesuai bersama. Saya minta diri dulu.”
Aku berpaling meninggalkan pasangan kekasih itu dengan perasaan kecewa. Terasa duniaku gelap untuk seketika ni. Terasa begitu kecewa bila perasan dipermainkan. Taqif... adakah perasaanku sekarang ini sama dengan perasaan Taqif masa tu?
Aku mendail nombor Taqif untuk meminta maaf dengan kata-kataku tempoh hari. Taqif, please angkat? Saya faham dengan perasaan awak sebab saya juga mengalami perasaan kecewa tu.
...................
Mengapa kau pergi..
Mengapa kau pergi..
Disaat aku mulai mencintaimu..
Berharap engkau jadi kekasih hatiku..
Malah kau pergi jauh dari hidupku..
Kenapa begitu terlambat aku menyedari yang aku mencintai Taqif? Setelah dia jauh meninggalkanku bersendirian didunia ini.
Menyendiri lagi...
Menyendiri lagi...
Disaat kau tinggalkan diriku pergi..
Tak pernah ada yang menghiasi hariku..
Disaat aku terbangun dari tidurku..
Hatiku tertutup untuk mana-mana lelaki setelah Taqif. Hatiku penuh dengan cinta Taqif. Tidak sanggup untuk berpaling arah kepada lelaki lain.
Aku.. inginkan dirimu..
Datang.. dan temui aku..
Kanku.. katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu...
Taqif kembalilah kepada saya. Saya ingin berikan cinta saya kepada awak. Setiap hari, saya ingin ucapan bertapa saya cintakan awak.
Aku.. inginkan dirimu..
Datang.. dan temui aku..
Kanku.. katakan padamu, aku sangat mencinta...
Taqif, saya cintakan awak... sangat cintakan awak.. aku berpaling bila lagu Rossa bertajuk Terlalu Cinta berdendang. Taqif! Nada yang khas untuk panggilannya bila dia menelefonku.
“Assalammualaikum, Taqif.” Dengan penuh keceriaanku membari salam.
“Waalaikummusalam, Sura.” Hampir menitis air mataku mendengar suara Taqif. Begitu rindunya aku dekat dia.
“Boleh kita jumpa?” tersenyum lebar aku mendengar soalan Taqif itu.
“Boleh.”
“Dekat tempat biasa, okey.”
........................
Senyuman manis yang terukir dibibir Taqif membuatkan air mataku menitis kembali. Taqif sudah bertemu dengan kebahagiaannya tapi bukan bersama aku tapi dengan perempuan lain. Keceriaan yang terpancar diwajah Taqif membuatkan aku menyesali diatas perbuatan yang lalu. Seandainya waktu boleh diputar kembali, akanku katakan bertapa aku mencintainya. Air mataku sekali lagi menitis melihatan kemesraan Taqif bersama pasangan hidupnya.
“Kenapa you menangis?”
Aku mengelap air mata bila Encik Aiff berdiri disebelahku.
“Manada saya menangis. Ada habuk masuk kemata saya. Errkk... Encik Aiff buat apa dekat majlis kawan saya ni?”
“Pengantin perempuan tu, adik tiri saya. Jadi memang patutlah saya ada disini.”
Aku mengangguk.
“You tak nak jumpa kawan you sebelum balik?”
“Tidak perlu.. doa saya sentiasa bersama dia.” aku tersenyum manis sebelum berlalu pergi meninggalkan majlis perkahwinan Taqif. Hati saya hanya pada awak, Taqif. Saya doakan awak bahagia dengan pilihan awak.
“Sura.”
Sebelum berpaling, aku mengelap kesan-kesan air mataku. Tak nak Taqif tahu yang aku tengah menangis. Pasti hati Taqif akan rasa serba salah. Aku tak nak ia berlaku dihari berbahagia Taqif. Aku tersenyum manis melihat Taqif dengan persalinan pengantinya, nampak begitu segak Taqif dimataku sekarang ni.
“Awak dah nak balik?”
Aku mengangguk.
“Kenapa awak tak jumpa saya dulu sebelum balik?”
“Saya tak nak ganggu awak yang tengah melayan tetamu.”
“Ganggu? Awak langsung tidak menganggu saya, Sura. Sebab awak adalah kawan baik saya dunia akhirat.”
Aku tersenyum kelat mendengar kata-kata akhir Taqif itu. Kawan. Ayat yang pernah aku utarakan kepada Taqif. “Tahniah, Taqif. Saya doakan awak bahagia dengan pasangan awak.”
“Thanks, Sura. Saya pun doakan kebahagiaan awak.”
“Okeylah.. saya dah lambat ni. Saya kena pergi dulu.”
Sebelum aku berpaling, Taqif berkata. “Berikanlah Aiff satu peluang lagi. Dia benar-benar cintakan awak.” Aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Taqif tu.
Aku.. inginkan dirimu..
Datang.. dan temui aku..
Kanku.. katakan padamu..
Aku sangat mencinta..
Saya cintakan awak, Taqif. Saya doakan awak bahagia buat selama-lamanya. Ingatlah cinta saya pada awak walaupun awak tidak tahu perasaan saya yang sebenarnya. Selamat tinggal, Taqif.





2 Batang lolipop untuk Cik MI:
herm...
cerpen yang sedih ek?
ala...kenapa wat yang sedih? wat la yang gembira.
hehe...
anyway...sy gembira untuk Taqif!!! yes! alhamdulillah~
^^
cik MI, sy nak sambungan TS!!!
tak kejam kot rasanya lau nak cakap padan muka kat Sura. Huhu. bila ada depan mata, tak sukalah, marah-marah. bila tak ada baru nak hargai.
Catat Ulasan