RASA NAK humban diri dekat dalam laut aje.. malu weehhh!!! Kenapa aku tak cam muka dia langsung? Wahhh!!! Rasa nak gaibkan diri aje sekarang ni. Tak dapat nak lupakan macam mana dia senyum masa tu, cara dia pandang aku.. wahhh!!!! Bengangnya!!
Tapi tak boleh salahkan aku jugakan.. masa tukan gelap, manalah aku nak perasan muka orang yang aku sambar tu. Kalau aku tahu awal-awal yang tunang-bukan-tunang-aku hensem, dah lama aku ajak dia kahwin. Ah ak!!
“Dya, jomlah ke restoran. Party dah nak mula ni..” aku mengerling kearah Maz yang dok menempekkan bedak dekat mukanya. Nak tunjuk lawa dekat siapa aje minah ni? Aku tak ada hati nak melawakan diri. Kalau, aku lawakan diri boleh membuat muka aku berubah seratus peratus dari muka asal. Memang aku akan buat.
“Aku rasa aku nak demamlah.. boleh tak aku berehat dekat office ni?” aku letak tangan dekat dahi. Macam pelik aje ayat aku ni. Boleh rasa ke nak demam ni? Entah!!
Maz mencebik. “Tak payahlah kau nak berlakon depan aku. Aku bukan juri pilih kasih. Dah jangan banyak cekadak, jom pergi.”
Panjang muncung aku bila alasan aku tak diterima oleh Maz. Apa punya kawanlah. Aku berlakon punyalah bersungguh-sungguh untuk dia. Boleh dia buat tak layan. Hampeh!!
“Tetiba nak sakit perutlah aku..” aku menekan perut. Ini, aku no komen... tetiba dah keluar dari bibir aku. kekadang, otak aku ni memang tak betullah.
Maz pandang aku dengan pandangan tajam. Uittt!!! Nak kasi tembuskah?? Takut pula tengok minah ni pandang aku macam tu.
“Jangan nak mengada. Cepattt...” Maz menarik tangan aku. Dengan malas, aku bangun juga. Takut minah ni angkat aku pula.
Sepanjang perjalanan ke restoran aku memang berwaspada sampai nak tersandung dek batu yang sesuka hati baring dekat tengah jalan. Maz mulalah menonjolkan bakat terserlahnya tu. Naik pekak telinga aku dengar.
“Maz.. kau tak penat ke dok membebel aje dari pagi tadi?”
“Tak penat pun.. Cuma haus aje.”
Sarkastik betullah jawapan Maz ni. Untung kawan baik merangkap rakan sekerja. Kalau tidak, dah lama aku humban dalam kolam ikan ni. Biar, dia temankan ikan-ikan berenang dekat kolam tu. Kalau yang ada nak lemas boleh buat CPR.
“Hah!! Apasal anak dara berdua ni datang lambat? Mengalahkan birthday girl nya pula..” Amin serbu aku dan Maz dengan perlian. Mamat ni, dua kali lima aje dengan minah sebelah aku.
“Aku tunggu tuan puteri ni.. banyak sangat songehnya tadi..” perli Maz.
Aku apa lagi buat muka orang tak bersalah. Aku terus tinggal diorang dan dapatkan Qiss yang bersama rakan-rakan sebayanya. Echa dengan Laily pun ada disamping Qiss untuk memerhatikan Qiss. Echa dengan Laily adalah anak kembar Puan Zarina dan anak sulong Puan Zarina, Qaseh baru aje masuk USM. Jadi, tak dapat nak menghadiri majlis harijadi adik bongsunya tu. Manakala, Puan Zarina dengan Encik Ali sibuk melayan tetamu yang hadir. Kebanyakkan tetamu yang diundang oleh Puan Zarina ada yang aku kenal sebab mereka adalah rakan-rakan Puan Zarina yang selalu membuat tempahan di resort ni.
Aku peluk Qiss sambil mencium pipi montelnya. Aku memang suka dengan pipi montel Qiss. Geram!! “Happy birthday, Qiss... ni Aunty Yaya belikan hadiah.”
Sempat juga, aku beli hadiah untuk Qiss masa beli kek tadi. Itu pun, mamat tu yang ingatkan aku. Kalau tak, memang aku dah lupa sebab dah termalu sesangat dengan dia. Mana nak ingat hadiah ke apa. Wahh!!! Kenapa aku ingat dia je? Tak boleh-boleh...
“Terima kasih, Aunty Yaya.” Qiss terus cium pipi kanan aku. Senang aku dengan sikap mesra Qiss ni. Qiss memang rapat dengan aku apabila dia datang ke resort, pasti dia akan mencari aku yang memang suka dengan budak-budak.
Aku terus mendapatkan Maz selepas jumpa Qiss. Dari gaya Maz cakap tu, mesti dok mengumpat orang yang dia rasa nak mengumpat. Aku sendiri pun tak pasti, dapat manfaat apa dengan mengumpat ni. Dapat dosa adalah..
“Kau tahu tak Fifi? Tadi akak terserempak dengan adik Puan Zarina. Hensem giler... akak yang tengok pun hampir-hampir tercium dinding.” Bersungguh-sungguh Maz bercerita dengan Fifi.
Adik Puan Zarina?? Tak tahu pun adik Puan Zarina ada sekali. Bukan ke dia kerja dekat UK aka Ulu Klang. Tapi bagus juga dapat jumpa dia. Nak tahu juga macam mana rupa Pak Su kesayangan Qiss tu. Setiap kali Qiss datang ke resort, pasti akan menceritakan pasal Pak Su kesayangannya tu. Sayang betul Qiss dekat Pak Su nya tu.
“Uiitt!! Korang kutuk adik Puan Zarina, ya??” sergah aku.
Maz menjeling dekat aku. Elehh... minah ni, nak merajuk dengan aku pula. Lusa-lusalah, merajuk dekat aku ek... hari ni, macam tak ada mood nak pujuk orang. Ak ah!!
“Malam sikit kalau kau nak merajuk dengan aku, Maz.” Kataku sambil mengambil air Maz.
“Kau ni memanglah, Dya..” rungut Maz.
“Cantik baju awak, Fifi..” aku buat tak endah aje dengan rungutan Maz tu.
Boleh tahan juga Fifi ni walau hanya pakai blaus panjang dengan seluar slack hitam. Nampak manis. Aku pula, dengan baju kurung pagi tadi. Tak sempat nak balik tukar baju. Tak kuasa aku nak balik semata-mata nak tukar baju tapi sempat juga aku mandi sebab bau badan dah macam kerbau mandi lumpur. Erkk!!
“Sempat balik, ek?”
“Ha’ah, Akak Dya. Saja nak melawa..”
Aku tersenyum. Kes nak mengayat adik Puan Zarina lah ni. “Ohhh!! Nak mengurat adik Puan Zarina ek?”
Aku lihat Fifi hanya tersengih. Uitt!!! Boleh tahan juga budak Fifi ni. Aku sendiri pun tak terfikir nak mengurat ke mengatal ke memiangkan diri ke dengan adik Puan Zarina tu. Tapi kalau ada peluang apa salahnya. Ak ah!!
“Hensem ke adik Puan Zarina tu?”
Maz dengan Fifi pandang aku dengan pandangan pelik. Pelik sangat ke soalan aku tu? Tak pun ada benda melekat dekat muka aku. Atau diorang baru sedar yang aku memang cantik. Ak Ah!!
“Kau tak pernah jumpa ke, Dya?” aku geleng.
“Rugi kau tak pernah jumpa dia... kalau tengok dia terus jatuh cinta...”
“Jatuh cinta dekat siapa?” tetiba ada orang menyampuk. Nak kata suara Amin yang memang kaki menyampuk, macam lain pula aku dengar. Jadi siapa yang dok menyampuk ni?
Bulat mata aku memandang dia yang tengah berdiri betul-betul belakang aku. Bila masa dia berdiri belakang aku ni? Tapi yang tak boleh blahnya, senyuman dekat bibir dia tu macam perli aku aje. Ini mesti kes nak kenakan aku pasal hal tunang tu.
“Encik buat apa dekat sini? Kalau Encik nak makan, sila pergi tempat sebelah sana, ya. Sini ada majlis harijadi.” Selamba aje aku cakap dekat dia sambil tunjuk kearah bahagian restoran untuk penginap-penginap di resort ni makan.
“Saya...” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Qiss tiba-tiba terpah dia. Qiss kenal dia ke?
“Pak Suuu...” Qiss merenggek meminta dia mendukungnya.
Uittt!!! Pak Su?? Erkkk... aku rasa nak Amnesia lah.. aku pandang Maz dan Fifi. Maz buat muka toya. Manakala, Fifi tersengih. Aku toleh perlahan-lahan kearah dia yang tengah mendukung Qiss. Rasa leher aku ni macam patahlah, susah semacam nak menoleh.
“Encik Aril kenal Dya ke?” soalan Maz buat aku pandang dia yang tengah tersenyum lebar. Macam soalan kesukaan dia aje. Tak boleh jadi ni..
“Kenal gitu-gitu aje..” aku jawab cepat-cepat sebab aku takut kalau dia yang jawab dulu, mahu dia bagi jawapan yang boleh buat aku termalu sekian kalinya.
“Ya ke? Bukan ke saya ni tuna...”
“Jangan sebut!!” Sepantas kilat aku menutup mulutnya dengan tangan kanan aku. Kelihatan, dia agak tergamam dengan apa yang aku lakukan. Aku!! Lagilah tergamam sebab tak pernah buat macam ni dekat mana-mana lelaki. Dengan serta merta aku menarik tangan kanan aku. Tiba-tiba badan aku rasa panas semacam. Diorang tak pasang air cond ke?
“Sorry... tak sengaja..” aku dah tundukkan muka.
Wahhhh!!!! Malu tahap giga ni... kenapalah aku selalu menjatuhkan maruah aku depan dia ni? Aku kena blah cepat-cepat dari sini. Tak sanggup nak tengok muka hensem dia tu. Nanti aku termalu lagi..
“Errkk... Maz temankan aku ambil air..” aku terus menyambar tangan Maz dan tarik dia ke meja yang menyediakan air. Peduli dia nak fikir apa pun tentang aku yang aku kisah sekarang ni, malu aku.. malu!!!
“Maz... malunya aku.. mesti dia fikir aku nak ambil kesempatan dekat dia pulak.” aku mengeratkan lagi pelukkanku dilengan Maz.
“Tak apa saya tak kisah pun tapi saya rasa baik awak lepaskan dulu tangan saya. Orang pandang kita lain macamlah. Kalau awak nak peluk lengan saya juga, tunggu kita akad nikah dulu ek..”
Aku terus kaku bila dengar suara dia. Ahh!! Janganlah dia, janganlah dia. Perlahan-lahan aku mendonggak dan senyuman manis dia menjadi santapan mata aku. Terkebil-kebil mata aku memandangnya. Kenapa dia? Bukan Maz ke aku tarik tadi? Aku menoleh kebelakang dan kelihatan, Maz dengan Fifi tengah gelakkan aku.
“Sayang lengan abang.” Secara automatik aku melepaskan rangkulan aku. Aku bukan terkejut sebab panggilan tu, pandangan mengoda dia tu buat jiwa aku tersentap..
“Sorry.. tak sengaja.” Dia tersenyum lagi. Wahhh!!! Dia ni memang suka senyum dan perli aku ke? Kenapa aku tengokkan senyuman dia dah tak lawa lagi??




3 Batang lolipop untuk Cik MI:
hahaha....amboi terpeuk lengan mamat hensem....pas ni tak cuci tgnlah jawabnya Dya hahaha.....
huwah~~~
tak boleh jadi ni...
encik aril hensem~~~
xpaham sangatla sebenarnye...
mase ep 1 2,sape yg jadi tunang dya..
cane plak aril ni ley jd tunang dya?
bile mase plak dorg g bli hadiah same2?
konpius2,,ke sy yg blur?
Catat Ulasan