“AKAK DYA.. cepatlah keluar. Nanti majlisnya dah mula.” Gesa Pina sambil membuka pintu kereta untuk aku. Aku masih membatu. Dalam keadaan sekarang, aku memang tak teruja majlis reunion ni sebab aku terpaksa mengingati kisah-kisah lalu yang aku ingin lupakan.
Siapalah orang yang bodoh teramat-amat menganjurkan majlis sebegini? Nak aje aku tenggelamkan orang itu dilaut China Selatan yang sekarang ini sedang bergelora.
Pina menarik lenganku supaya aku keluar dari kereta Perodua Myvi kesayanganku ini dan berkata. “Cepatlah, Akak Dya!!”
Aku memandang Pina dengan perasaan berbelah bagi. Aku memang teruja ingin bertemu kembali dengan rakan-rakan seperjuanganku ketika di KUITHO yang kini dikenali sebagai UTHM tapi perasaan malu, takut dan gementar bercampur aduk.
Dengan pakaian yang sedikit gempak yang dipilih sendiri oleh Pina dibutik Kak Mimie, menambahkan lagi kegusaran yang sedia ada dihatiku ini. Mesti ada yang akan memerli aku dengan pakaian ini. Dah macam artis nak ambil anugerah pulak. Tak sanggup!!
“Akak Dya....” sudah beralun-alunan suara Pina memanggilku supaya keluar dari kereta.
“Kita balik ajelah, Dik.” Aku buat muka minta simpati. Ada alasan lain yang membuatkan aku tidak berdaya melangkah ke majlis itu. Ia melibatkan seseorang yang pernah hadir didalam hatiku untuk seketika waktu dulu. Tak Sanggup!!
Berubah wajah Pina bila mendengar kata-kata yangku keluarkan sebentar tadi. Kejab lagi mulalah Pina membebel. Tak lama lagi. “Akak Dya jangan nak mengada-ngada. Kita dah sampai, jadi buat apa nak balik?” Pina buat muka tidak puas hati dekat aku.
Mungkin, Pina tengah menahan perasaannya dengan sikap kebudak-budakkanku ini tetapi aku benar-benar tidak ada kekuatan untuk melangkah ke majlis itu dan bertemu mereka semua. Tak kuat!!
Pina sudak buat gaya ala-ala mak-mak yang nak marahkan anaknya. “Baik Akak Dya keluar sebelummm....” Pina memandang sekeliling tempat letak kereta seperti mencari sesuatu. “Ah!! Dik soh abang baju biru tu dukung Akak Dya dari kereta.” Ugutan Pina tu buat aku tersentak.
Aku tepuk dahi bila lelaki yang dimaksudkan Pina menoleh kearah kami. Alahai!!! Kenapalah Pina buat perkara memalukan ni? Saja nak buat aku terkenal ke?
Alu menjeling kearah Pina yang tersengih sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal tu. “Dik.. agak-agaklah suara tu. Nak kasi satu dunia dengar ke?”
Pina menyusun sepuluh jarinya dan berkata. “Sorry.. tak sengaja. Mana Dik tahu abang tu pandang kita.”
“Dya Atilia!” berkerut dahiku bila ada seseorang memanggil nama penuhku. Serentak itu, aku berpaling dan kelihatan, seseorang yang amat-amatku kenali sedang menghampiri kami dengan senyuman manis.
Aku hanya tersenyum manis mendengar soalan Ayan bila aku sampai di majlis ini bersama Is. Mungkin, dia tidak menduga aku akan datang bersama Is. Pina! Awal-awal lagi dah minta diri ke lady room bila Is sudi masuk bersama denganku. Sajalah tu!!
“Wahhh!! Dya, you makin cantik sekarang ni. I tak percaya yang you ni Dya Atilia si ulat buku.” Tetiba suara orang yang paling aku menyampah datang menyapaku. Siapa lagi kalau bukan playboy termahsur di universiti dulu.
“I tak cantik ke, Az?” suara kegedikkan Ayan sudah keluar. Tadi bercakap dengan aku bukan main kasar tapi bila lelaki, dia sapa dengan suara manja ala-ala kucing siam. Menyampah!!
Aku melihat Az tersenyum sambil matanya memerhatikan dada Ayan yang terdedah tu. Itulah kerja makcik sorang ni, dari dulu tak berubah dengan cara pakaian yang tak cukup kain dengan benangnya. Meluat juga aku dengan diorang ni. Nak aje aku laga-laga kepala diorang ni.
“You sentiasa cantik macam dulu.” Pujian Az tu buat Ayan tersenyum lebar.
Kembang tekak aku dengar ayat-ayat terlebih madu Az ni. Baik aku cari topik yang sesuai untuk dibual. Bukannya boleh percaya dengan diorang ni. Entah topik apa-apa aje diorang bualkan. Aku ni bukan jenis tibai aje bila nak berbual kalau dengan Pina ke, kawan sekepala ke, bolehlah juga aku tibai apa-apa tapi dengan ulat-ulat bulu ni. Minta ampunlah!
“Az, awak pun datang ke majlis ni?” saja aku tuju soalan macam tu dekat playboy ni. Ingat dia aje yang boleh perli orang, aku pun pandai juga. Lagi pun, aku nak tuju soalan ni dekat dia ‘Datang juga awak dekat majlis yang entah apa-apa ni. Sesuai ke dengan standard awak tu?’ tapi disebabkan aku ni baikkan..
“Mestilah... I nak jumpa semua ex-ex I.” Dengan bangga dia berkata. Macamlah jumpa ahli keluarga dia yang dah lama tak jumpa. Tak faham betul aku dengan playboy ni. Yang buat aku lagi tak faham dengan semua ex-ex dia yang boleh tersenyum manis bila berjumpa dengan dia. Tak faham!!
“Nah..” tetiba Is datang bersama dua gelas air. Tadi dia tinggalkan aku bila Ayan menyapaku. Katanya, nak tinggalkan aku sorang-sorang dekat majlis ni, dia sedikit risau. Tapi aku tak pasti apa yang merisaukan dia bila aku ditinggalkan sorang-sorang. Bukannya, aku tidak boleh jaga diri sendiri.
Is menghulurkan satu gelas kepadaku. “Terima kasih... ada nampak adik saya?” risau juga aku bila Pina tak muncul-muncul lagi. Takkanlah dia tersesat dekat hotel ni.
“Dia berbual dengan Apiz engineer tu.” Iz menunduk sedikit kerana dia terlalu tinggi. Mana tidaknya, aku dah pakai kasut dua inci ni pun masih tak mampu menandingi ketinggiannya itu. Mak dia bagi dia minum susu apa masa dia baby?
Aku hanya mengangguk. Pina dah mula operasi sesi mengenali sesiapa aje yang mengenali aku masa dekat U dulu. Nasib badan dapat adik macam tu. Untung pandai bawa diri kalau tidak, mahu aku kena sesah dengan Mama.
“I tak tahu pun yang you all berdua ni bersama?” soalan Az buat aku pandang dia. Soalan dia tu macam ayat tak puas hati aje. Lagi satu, kenapa soalan dia sama dengan soalan Ayan? Diorang berpakat ke? Aku pandang muka Is dan kelihatan, senyuman manis terukir dibibir Is. Ini lagi pelik. Kenapa Is tersenyum? Sawan senyum ke? Sah! Macam mana aku boleh terjebak dalam golongan yang tak berapa nak betul ni?
“Adalah dalam waktu-waktu terdekat ni. Aku dah lama dok mengusyar si Dya ni tapi agak payah jugalah aku nak mendapatkannya dan akhirnya, aku dapat memilikinya.” Rahang bawah aku hampir-hampir jatuh cecah lantai. Biar betul?! Betul ke yang cakap macam tu Is? Ke ada orang gunakan teknologi canggih dan menggunakan suara yang seakan-akan suara Is.
“Just kidding... aku baru aje jumpa dia. Itu pun dekat tempat letak kereta masa aku nak ke sini.” Jelas Is yang sebenarnya.
Berubah seratus peratus muka aku dengar ayat Is itu. Wahhh... bila masa dia pandai bergurau ni? Dulu masa dekat U punyalah serius macam nak apa. Mungkin, sel-sel serius dia dah hilang masa dia kerja kot?
“Korang dah terkena dengan kita orang.” Aku menyokong kata-kata Is tu dengan senyuman manis walau dalam hati bagai diselar berkali-kali dengan pisau daging. Tapi yang aku rasa dok selar-selar ni kenapa? Ada hati ke? Sudah semestinya aku ada hati. Kalau tak, dah lama aku duduk dekat rumah dua tiang tu.
“I dah tahu dari awal lagi. Mana mungkin Is yang kacak ni nak bercinta dengan si Dya ulat buku ni.” dengan megah Ayan bersuara. Cehhh!!! Macamlah dia tu bagus sangat. Ambillah si Is ni. Tak heranlah aku. Banyak lagi mamat-mamat lebih hensem dari Is kat luar tu.
Aku senyum. “That right.. mana mungkinkannn...” Aku rasa ayat aku tu macam ayat perli tapi tak berapa nak pasti tuju dekat siapa.
Wajah Is tiba-tiba berubah. Mungkin, terasa dengan kata-kata aku sebentar tadi. “So, I ada peluanglah nak mengusyar si Dya ni.” Az dah mula mendekati aku dengan pandangan menggoda. Aisehhh!!! Playboy dah nak mulakan misi menggatal pula. Pergi cari orang lainlah...
“Tak ada peluanglah.. saya dah bertunang.” Diorang pandang aku dengan pandangan tidak percaya. Apa motif aku cakap macam tu?!
“Really?!” soal Is macam tak percaya dengan apa yang aku katakan sebentar tadi. Aku sendiri pun tak percaya apa yang aku katakan tadi.
Aku hanya mampu mengangguk sambil mengukir senyuman plastik. Dah terlanjur menipu jadi teruskan aje. Mungkin, sebab inilah Mama tak bagi aku dengan Pina menipu. Jadi, terimalah padahnya.
“So mana kau tunang? Ke betul, kau dah bertunang?” soalan Ayan tu aku dengar seakan-akan ‘Ada ke orang nakkan kau?’. Pekakkan telinga, Dya. Mungkin, dia cemburu dekat kau yang dah bertunang sorang-sorang.
“Kejab lagi dia datang. Tadi dia suruh saya pergi dengan adik saya dulu. Nanti dia ikut sebab dia ada kerja sikit.”
Wahhh!!! Lancar aje aku bercakap, macam dah biasa menipu aje. Dan datang dari mana tunang aku tu? Langit?!
“Ehh... kejab ek.. henset saya bergetar. Maybe, dia dah sampai. Saya nak pergi jemput dia dulu dekat luar.” Aku menyelongkar beg tangan untuk mencari henset yang langsung tak menunjukkan ada pangilan masuk.
Wahhh!!! Mana aku nak cari tunang aku dalam keadaan macam ni? Ada tak, kedai berhampiran yang memberi khidmat menyewa tunang? Aduihhh!!! Kau memang bodohlah, Dya. Kenapa kau cari masalah? Kau dah tak ada kerja lain ke?




2 Batang lolipop untuk Cik MI:
nice intro.....mana nak cekau tunang nie Dya....ada jual 2 seringgit tak hahahaha.....
Ezz: thanks sbb bg komen.. nie dok kembang2 nie sbb dpt komen.. hehehehe
Catat Ulasan